top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6135)
KD Post (3266)
Other Pages (647)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- Soal dan Jawab: Hubungan Suami IsteriIn Keluarga·13 November 2021Mempunyai kawan yang berlainan jantina Soalan: Bolehkah orang yang sudah berkahwin mempunyai kawan yang berlainan jantina? Semasa suami saya tiada di rumah selama seminggu, seorang rakan sekerja lelaki datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak perempuan kami yang berusia lapan belas bulan. Selepas dia tertidur kami melepak menonton wayang bersama. Saya memberitahu suami saya mengenainya, dan sekarang dia kecewa dan merasakan saya telah mengkhianatinya. Adakah anda fikir dia bertindak balas secara berlebihan? Jawapan: Walaupun motif anda mungkin tidak bersalah, menjemput rakan sekerja lelaki semasa suami anda berada di luar bandar sudah “merentasi sempadan yang sesuai”. Jelas sekali, ramai orang yang sudah berkahwin menikmati persahabatan yang sihat dan tidak romantik dengan individu yang berlainan jantina. Namun demikian, adalah penting untuk mengendalikan hubungan ini dengan bijak dan berwaspada terhadap perangkap tersembunyi. Jika anda ingin menjaga kesihatan perkahwinan anda, adalah penting untuk meletakkan “sempadan” yang sesuai untuk melindungi hubungan ini. Pada hakikatnya, adalah jauh lebih mudah daripada yang anda bayangkan untuk melintasi batas dari persahabatan platonik kepada percintaan yang nampaknya “tidak berbahaya”. Tahap bahaya sangat tinggi apabila anda dan orang itu mempunyai banyak persamaan. Jika minat dan keserasian perangai yang dikongsi ini membawa anda kepada pemikiran yang “tidak berbahaya” seperti, “Orang ini lebih memahami saya daripada pasangan saya,” anda memang sudah berada di tempat yang berbahaya. Kami berpendapat bahawa perkahwinan anda sangat penting untuk anda. Kalau demikian, kami menggalakkan anda berbincang dengan suami anda. Akuilah kesilapanmu dan yakinkan dia tentang cintamu. Jika dia sukar “melupakannya”, mungkin terdapat beberapa isu berkait dengan kepercayaan yang lebih mendalam yang perlu anda berdua selesaikan. Sila hubungi Perkhidmatan Sokongan Keluarga kami di 03-3310 0792 atau tulis ke support@family.org.my . Menerima permintaan “friend” daripada bekas teman lelaki Soalan: Patutkah saya menerima permintaan “friend” di media sosial daripada teman lelaki lama? Saya mencintai dan komited kepada suami saya, jadi saya yakin ini tidak akan mengancam perkahwinan kami. Apakah pendapat kamu? Jawapan: Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah bertanya suami tentang pendapatnya. Adalah penting untuk bersikap terbuka dan jujur, dan menyimpan rahsia hanya menjejaskan kepercayaan. Jika perkahwinan anda kuat dan sihat, maka ia patut dilindungi. Anda perlu berhati-hati terhadap pendedahan hubungan anda kepada sebarang jenis ancaman, walaupun kemungkinan akan berlakunya kemudaratan amat kecil. Oleh kerana bekas teman lelaki anda yang mula menghubungimu, anda harus bertanya diri sendiri beberapa soalan tentang motifnya. Jika anda mempunyai apa-apa sebab untuk mengesyaki bahawa niatnya tidak baik atau tidak begitu mulia, abaikan permintaan itu dan teruskan dengan hidup anda. Jika anda masih berasa cenderung berhubung semula dengan lelaki ini, anda mungkin perlu mempertimbangkan motif anda. Adakah anda berasa terdorong untuk mengingati masa lampau kerana rasa tidak puas hati dengan keadaan sekarang? Pernahkah anda berfikir tentang apa yang “mungkin terjadi” sekiranya hubungan dengan bekas teman lelaki berjaya? Mungkin hakikatnya bukan begitu, tetapi ia harus dipertimbangkan. Akhirnya, ini adalah keputusan yang mesti dibuat bersama suami anda. Jika anda memilih untuk menerima jemputan “kekasih lama” untuk berhubung semula, buatlah demikian melalui akaun Facebook yang sengaja mencerminkan sifat perkahwinan anda yang sihat. Antara lain, laman Facebook anda harus diisi dengan gambar-gambar yang mengingati pengunjung laman tentang hubungan anda dengan suami. Seboleh-bolehnya, foto hendaklah kerap menunjukkan anda berdua bersama. Tujuannya ialah menunjukkan anda berdua sebagai satu unit. Ini akan menghalang teman lelaki lama anda daripada membuat sebarang andaian yang tidak wajar. Perkahwinan saya rasanya seperti suatu kesilapan Soalan: Apakah yang perlu saya lakukan jika saya takut perkahwinan saya mungkin suatu kesilapan? Hanya sebentar sahaja selepas majlis perkahwinan, dan saya sudah mula berfikir bahawa saya telah berkahwin dengan orang yang salah. Jawapan: Ringkasnya, perkahwinan bukan tentang “mencari orang yang betul.” Ia adalah tentang menjadi orang yang betul. Anda boleh mulakan dengan menumpukan perhatian pada diri sendiri. Jika anda berkahwin dengan jangkaan bahawa anda akan menemui kebahagiaan dalam pasangan anda, anda mungkin akan kecewa. Kepelbagaian emosi yang biasa dialami sebagai individu yang belum berkahwin berpotensi untuk menjadi lebih luas dalam suatu perkahwinan. Jika anda dan pasangan tidak bahagia dan tidak berpuas hati semasa bujang, perasaan tidak puas hati itu boleh bertambah buruk selepas perkahwinan. Tetapi jika anda masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang mendalam, dan keinginan untuk berkongsi matlamat dengan komitmen bersama seumur hidup, tahap kepuasan boleh meningkat bersama hubungan yang semakin maju. Kesimpulannya adalah jelas: jika anda ingin berpuas hati dengan orang lain, anda perlu belajar untuk berpuas hati dengan siapa diri anda. Kedua, lupakan pengaruh suasana romantik sebelum berkahwin dan belajarlah menghargai pasangan anda untuk peribadi mereka yang sebenar. Semasa berpacaran, kedua-dua bakal pasangan cenderung teruja dengan hubungan baru yang indah ini. Akibatnya, mereka tidak melihat sebarang kekurangan dalam keperibadian orang yang mereka sayangi. Terimalah bahawa anda kini berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kelemahan – sama seperti anda juga mempunyai kelemahan. Ketiga, ingatkan diri anda tentang erti cinta yang sebenar. Erich Fromm menulis: “Mencintai seseorang bukanlah sekadar perasaan yang kuat – ia adalah keputusan yang diambil, ia adalah suatu penilaian, ia adalah janji. Jika cinta hanya perasaan, tidak ada asas untuk berjanji untuk mencintai satu sama lain selama-lamanya." Jika anda mendapati sukarnya untuk mengamalkan cinta seperti ini dalam perkahwinan anda, sila hubungi Perkhidmatan Sokongan Keluarga kami di 03-3310 0792 atau tulis ke support@family.org.my . Kepuasan seksual pada usia tua Soalan: Adakah kepuasan seksual berkurangan apabila kita semakin tua? Saya dan pasangan saya berumur enam puluhan, dan saya bimbang isu penuaan mungkin mempunyai implikasi negatif terhadap hubungan kami di bilik tidur. Jawapan: Ramai orang seolah-olah percaya bahawa dorongan seks pasti akan berkurangan apabila usia meningkat, dan pasangan tua yang masih berminat dengan seks adalah tidak normal. Idea ini sebahagian besarnya adalah mitos. Sebenarnya, keinginan seksual lebih bergantung pada keadaan minda dan sikap emosi berbanding umur kronologi seseorang. Secara amnya, adalah perkara biasa untuk mempunyai minat berterusan terhadap seks sepanjang hayat dewasa. Seperti orang muda, orang yang lebih tua juga mengalami pelbagai perasaan dan emosi manusia. Mereka juga memerlukan kasih sayang – kadangkala dalam jumlah yang banyak. Penyelidik telah menunjukkan bahawa minat dan keupayaan seks yang normal berkekalan hingga umur lapan puluhan. Kekuatannya mungkin berkurangan dalam setengah kes sebab masalah yang berkait dengan imej diri, seperti perasaan bahawa seseorang itu tidak lagi menarik, tetapi ini tidak selalunya benar. Sudah tentu, ia juga boleh terjejas oleh penyakit, perasaan sakit, komplikasi prosedur pembedahan atau masalah fizikal lain akibat proses penuaan. Adalah penting untuk mengingati bahawa keintiman seksual dalam perkahwinan adalah proses sepanjang hayat. Cara meluahkan perasaan yang berbeza mungkin sesuai untuk fasa perhubungan yang berbeza. Jika perasaan sakit atau ketidakupayaan fizikal telah menghadkan beberapa jenis aktiviti seksual, harus diingati bahawa hubungan seks bukan semestinya satu-satunya pilihan untuk keintiman fizikal. Sentuhan, kedekatan fizikal, sentuhan kulit ke kulit, malah perbualan intim boleh menjadi sangat memuaskan jika tiada bentuk keseronokan seksual yang lain. Pada setiap peringkat hidup, sikap yang sihat terhadap seks dalam perkahwinan harus mempunyai ciri-ciri kejujuran, keterbukaan kepada satu sama lain, fleksibiliti dan kesediaan untuk berkomunikasi. Sila hubungi Perkhidmatan Sokongan Keluarga kami di 03-3310 0792 atau tulis ke support@family.org.my sekiranya anda ingin memohon bantuan. Menyelesaikan perbezaan pendapat mengenai kekerapan seks dalam perkahwinan Soalan: Bagaimanakah pasangan boleh menyelesaikan perselisihan mengenai kekerapan hubungan seks? Isteri saya akan berpuas hati dengan melakukan hubungan seks sebulan sekali, tetapi ini memang tidak dapat memuaskan saya. Siapa antara kita yang “tidak normal”? Jawapan: Perkara pertama yang perlu difahami ialah tiada situasi yang boleh disifatkan sebagai “normal”. Kajian menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian di kalangan pasangan dari segi kekerapan seks, dan individu berlainan mungkin berbeza secara radikal dari segi keinginan dan minat seksual mereka. Itulah sebabnya ramai pasangan bertelagah mengenai persoalan berapa kerap mereka “harus” melakukan hubungan seks. Berikut adalah empat perkara yang digalakkan oleh kaunselor untuk diingati dalam isu ini. 1. Setiap pasangan adalah berbeza. Jantina, jangkaan individu, peringkat kematangan sesuatu pasangan, dan perbezaan budaya semuanya mempunyai kesan. 2. Kualiti mendahului kuantiti. Ini tidak bermakna bahawa seseorang mempunyai alasan untuk mengelakkan dari hubungan seks. Sebaliknya, ia adalah seruan ke arah kecemerlangan. Sebaik sahaja komunikasi intim mula berkembang dan keperluan dipenuhi, peningkatan kekerapan seks biasanya akan menyusul. 3. Ada masa yang sesuai untuk berkhidmat. Malangnya, realiti dunia kita yang tidak sempurna boleh menyebabkan satu atau kedua-dua pasangan memerlukan pertimbangan khusus. Trauma seksual, penderaan, ketagihan, pengguguran dan penyakit boleh menjejaskan seksualiti kita dengan cara yang mendalam. Pemulihan selalunya lambat dan memerlukan kesabaran dan pemahaman daripada kedua-dua pasangan. Ia juga penting bagi seorang suami untuk memahami dan menunjukkan kepekaan terhadap kitaran pembiakan isterinya dan keperluan fisiologi unik yang lain. 4. Kesengajaan. Seks yang mengikut gerak hati dan spontan mungkin hebat, tetapi ia cenderung tidak akan berkekalan apabila pekerjaan, pinjaman yang harus dibayar balik dan anak-anak memainkan peranan yang semakin penting dalam hidup kita. Jika anda beri pasangan anda hanya sisa masa dan tenaga anda, anda berdua tidak akan berpuas hati secara seksual. Merancangkan masa dan tempat untuk keintiman nampaknya tidak begitu intim, tetapi kekurangan rundingan boleh membawa kepada kekecewaan. Berkawan dengan orang yang berlainan jantina Soalan: Saya seorang wanita yang telah berkahwin dengan bahagia selama enam tahun. Saya mempunyai beberapa “kawan lelaki” rapat di tempat kerja, dan saya tahu suami saya juga berkawan rapat dengan beberapa wanita di tempat kerjanya. Rakan-rakan lelaki saya kadang-kadang “bermain-main cinta” sedikit dengan saya, dan saya pasti suami saya juga menghadapi keadaan yang sama. Selagi tiada apa-apa yang berlaku, semuanya tidak berbahaya, bukan? Jawapan: Mungkin anda tidak menganggap “kegilaan cinta” sebagai ubat yang mengubah minda. Namun demikian, kaunselor Dave Carder telah menghabiskan 30 tahun yang lalu untuk mengkaji punca terjadinya hubungan sulit. Dia percaya kegilaan ini adalah sekuat mana-mana bahan ubat yang wujud. Carder berkata bahawa kebanyakan orang tidak bangun dan memutuskan, “Saya rasa saya akan merosakkan perkahwinan saya pada hari ini.” Hubungan sulit biasanya terjadi dengan perlahan-lahan, tanpa seseorang menyedari bahawa dia sedang hanyut ke arah bidang emosi yang berbahaya. Kegilaan cinta amat berbahaya kerana ia timbul dari hubungan harian. Pergaulan biasa dengan rakan sekerja, jiran dan rakan keluarga memang adalah tingkah laku yang tidak bersalah. Tetapi apabila dua orang bersama setiap hari, ia mungkin terjadi. Ia boleh berkembang sebelum sesiapa menyedarinya. Orang yang hilang kawalan terhadap nafsunya akan melakukan perkara gila. Mereka berkelakuan seolah-olah mereka benar-benar dipengaruhi oleh bahan yang mengubah minda. Dan pada pandangan Dave Carder, itulah hakikatnya. Orang-orang ini mabuk dengan emosi. Mereka tidak membuat keputusan yang rasional atau tidak peduli bagaimana pilihan mereka akan memberi kesan kepada orang lain. Untuk melindungi perkahwinan anda, perhatikan tanda-tanda bahaya sama ada emosi anda sedang “hanyut”. Ia mungkin bermula dengan berkongsi topik perbualan dengan seseorang kerana, dalam fikiran anda, mereka lebih memahamimu daripada pasangan anda. Atau anda mungkin berkongsi butiran intim tentang perkahwinan anda dengan orang itu. Perasaan anda pasti sudah melampaui batas apabila anda tidak sabar untuk berjumpa dengan orang tersebut, lebih daripada pasangan anda. Tanda-tanda ini selalunya tidak ketara, tetapi ia penting. Apabila perkahwinan anda melalui musim kemarau – dan ini pasti terjadi kepada semua hubungan – anda boleh mudah jatuh hati pada orang lain. Anda mungkin hilang akal; maka hampir tiada apa-apa yang dapat menghalang anda daripada menjalinkan hubungan sulit. Oleh itu, elakkan daripada membuat salah satu kesilapan terbesar dalam hidup anda dan jagalah hubungan dan emosi anda. Mengekalkan ‘percikan api’ selepas perkahwinan Soalan: Saya dan tuning saya tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru bersama. Bagaimanapun, saya khuatir bahawa keterujaan ini akan berkurangan dan menjadi rutin dan perkara yang biasa sahaja – terutamanya dalam kehidupan seks kita. Adakah anda mempunyai sebarang nasihat tentang bagaimana kita boleh mengekalkan ‘percikan api’ ini? Jawapan: Tahniah! Anda mungkin pernah melihat contoh-contoh sebaliknya tetapi izinkan kami menggalakkan anda dengan mengatakan bahawa dengan kerja dan komitmen, perkahwinan dan seks boleh kekal menarik dan memuaskan sehingga “maut memisahkan anda berdua.” Anda dinasihati untuk menumpukan perhatian kepada lima bidang ini: 1. Komunikasi terbuka: Amalkan tabiat “bertanya khabar” dengan satu sama lain. Anda akan menghadapi isu yang mencabar dalam perkahwinan, dan berbincang dengan penuh hormat dan menyelesaikan masalah bersama-sama adalah penyumbang penting ke arah hubungan seksual yang sihat. 2. Kekerapan hubungan seks: Ini berbeza antara pasangan. Isu yang lebih penting ialah keintiman yang kerap dan kerjasama untuk mengutamakan kehidupan seks anda berdua. 3. Memahami peringkat kehidupan anda: Musim kehidupan yang berbeza – seperti keibubapaan, penyakit atau penuaan – boleh mempengaruhi keintiman dalam perkahwinan. Pasangan yang berpandangan jauh tentang perkahwinan akan mencapai perspektif yang diperlukan untuk mengharungi masa yang sukar. 4. Di luar bilik tidur: Seks adalah salah satu bahagian yang penting dalam perkahwinan, tetapi aspek lain dalam hubungan anda juga mesti dipupuk untuk mengalami kehidupan seks yang memuaskan. “Berpacaran” dan “belajar-lah” tentang pasangan anda. Amalkan sikap hormat, saling menyokong, penyayang, murah hati, dan pemaaf antara satu sama lain. 5. Keselamatan emosi: Seksualiti dan keintiman adalah berkait dengan keterbukaan kepada satu sama lain, dan anda tidak akan bersikap begitu melainkan anda berasa selamat untuk berbuat demikian. Keselamatan emosi bermakna pasangan anda boleh mempercayai anda dengan perasaan dan kegagalan mereka, dan anda komited kepada mereka, walaupun mungkin tidak selalu bersetuju atau memahaminya. Yang paling penting, jagalah rahsia masing-masing – dan jangan ada rahsia antara satu sama lain. © 2018 Focus on the Family. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.10264
- Mengembalikan Kepercayaan Selepas Pengakuan Ketagihan PornografiIn Keluarga·13 August 2022Oleh Geremy Keeton & Joann Condie Menyembuhkan perkahwinan selepas kerosakan yang disebabkan oleh ketagihan pornografi bukanlah perkara mudah. Perkahwinan yang sihat memerlukan komitmen yang mendalam daripada kedua-dua pasangan. Dan untuk memulihkan perkahwinan yang rosak, kedua-duanya mesti mengambil tindakan. “Saya telah minta maaf, dan saya ikhlas.” Randy memberikan Marcia pandangan malu, kemudian beralih kepada ahli terapi. “Sudah sebulan saya tidak menonton pornografi. Kami telah menghadiri sesi ini selama tiga minggu sekarang. Berapa lama lagi proses ini?” “Ia akan mengambil masa selama yang diperlukan,” kata ahli terapi itu. “Tetapi semakin anda menekan Marcia untuk mempercayai anda, semakin sukar untuk dilakukannya. Anda perlu melihat perkara ini dari perspektifnya. Tingkah laku awak telah melukai hati dia. Perubahan singkat dalam tabiat tidak mencukupi untuk memulihkan kepercayaannya. Anda perlu bersabar dan dengan rendah hati mengikut pelan pemulihan untuk menunjukkan perubahan hati anda.” Ahli terapi memberi isyarat ke arah Marcia, “Untuk memberi Marcia peluang untuk sembuh, anda perlu mewujudkan akauntabiliti dan mendapatkan sokongan kumpulan lelaki yang dipercayai dan kaunselor. Adalah tidak selamat untuk dia meneruskan dengan hidupnya sehingga dia melihat hala tuju tingkah laku anda yang berubah dari segi jangka panjang.” Marcia melipat tangannya dan mengangguk. Pandangan ahli terapi beralih ke arahnya. “Bagi awak Marcia,” katanya, “sejauh yang saya tahu, Randy benar-benar insaf atas apa yang dia lakukan. Ia memerlukan dua pihak Menyembuhkan perkahwinan selepas kerosakan yang disebabkan oleh ketagihan pornografi bukanlah perkara mudah. Dari segi reka bentuknya, perkahwinan yang sihat memerlukan komitmen yang mendalam daripada kedua-dua pihak. Samalah untuk penyembuhan perkahwinan yang terjejas – kedua-dua pasangan mesti mengambil langkah khusus untuk memulihkan hubungan mereka. Sebelum kita mengkaji langkah-langkah khusus itu, kita perlu memahami bagaimana ketagihan pornografi dapat merosakkan kepercayaan. Kepercayaan boleh dipulihkan Kepercayaan itu cair, seperti sungai. Ia mengalir berdasarkan seberapa konsisten ia dipupuk. Ia memerlukan pemberian input setiap hari untuk mengekalkan kepercayaan pada tahap yang sihat. Apabila suami mengaku mempunyai masalah dengan pornografi, kepercayaan menjadi kering. Untuk mengisinya semula, suami mesti menunjukkan sifat amanah melalui tindakan yang boleh diperhatikan. Berita baik ialah sama seperti air boleh mengubah anak sungai kering menjadi sungai yang mengalir, memulihkan kepercayaan akhirnya akan membantu membina hubungan yang berkembang maju. Lama kelamaan, anda dan suami akan mengalami detik-detik kelegaan dan pembaharuan. Tetapi seperti yang Randy sedar, ia mengambil masa lebih daripada beberapa minggu sebelum kepercayaan itu dipulihkan. Selalunya, ia memerlukan usaha membina kepercayaan selama beberapa tahun untuk perkahwinan mencapai tahap di mana kepercayaan penuh dan tidak berbelah bahagi wujud. Apabila ini berlaku, ini adalah hasil daripada pelaburan dalam amalan akauntabiliti yang konsisten dan perkongsian hati melalui banyak perbualan yang telus. Kekal di lorong anda Randy dan Marcia terpaksa belajar bahawa kedua-duanya tidak boleh mengharapkan pasangannya melakukan semua kerja untuk memulihkan perkahwinan. Mereka perlu bekerja bersama-sama untuk memulihkan hubungan mereka. Tanggungjawab suami adalah untuk memulakan tindakan yang membina kepercayaan, hidup dengan amanah dan menyakinkan isteri bahawa tingkah lakunya benar-benar telah menjadi stabil dan berubah. Ini termasuk pelbagai tindakan atau garis sempadan yang ditetapkan yang memastikan kesetiaannya dan membuktikan komitmen jangka panjangnya untuk pemulihan. Sebagai contoh, banyak kumpulan pemulihan lelaki membantu suami mencipta senarai garis sempadan tingkah laku dan akibat pelanggaran untuk membantu mereka mengelakkan godaan yang melampau. Mereka bersetuju untuk mematuhi dan menyemak perkara khusus ini dengan kaunselor dan lelaki yang menyokong mereka dalam kumpulan itu. Jika mereka tergelincir atau mengalami godaan yang kuat, mereka membincangkannya dengan rakan pemulihan mereka dan memutuskan cara untuk bertindak balas dengan lebih baik pada masa hadapan. Perjalanan untuk memahami punca dosa ketagihan mereka ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Menentukan apa tindakan yang membina kepercayaan Para isteri, dengan pemberian pendapat anda, suami boleh mempelajari tindakan mana yang paling bermakna kepada anda dan membantu membina kepercayaan. Ini mungkin termasuk suami anda membuat panggilan telefon pantas atau menghantar swafoto yang membuktikan keberadaannya di sesuatu tempat. Ia mungkin bermakna menggunakan teknologi yang tidak begitu canggih dan sekatan komputer atau telefon tertentu untuk seketika waktu. Langkah lain mungkin merupakan menutup akaun media sosial yang bermasalah, memutuskan atau meminimumkan hubungan berisiko dan menukar pekerjaan. Biasanya, suami memerlukan bantuan dan sokongan yang mencukupi untuk mempelajari langkah-langkah ini dan berani mengambilnya. Saya biasanya mengesyorkan agar isteri bertegas dengan tindakan membina kepercayaan yang tidak boleh dirunding ini: suami anda memberi anda akses kata laluan kepada semua peranti dan akaun, dia mendapatkan sokongan dan akauntabiliti lelaki dan dia mendapatkan kaunseling profesional. Bagi anda sebagai isteri, tanggungjawab anda ialah bersedia menerima usaha membina kepercayaan dari pihak suami. Lakukannya tanpa bersikap lembut atau mudah tertipu. Tetapi anda perlu mengakui jika dia memberikan usaha yang benar dan ikhlas dalam perkahwinan anda. Walaupun rekodnya tidak sempurna, anda boleh yakin bahawa hubungan anda adalah penting baginya jika dia ikhlas dan pada umumnya konsisten dalam mengikuti rancangan pemulihannya. Jika anda tidak rela mengampuni atau berdamai, usaha suami untuk mendapatkan kepercayaan anda tidak akan bermakna kepada anda. Begitu juga, jika anda tidak menjaga diri anda secara fizikal, emosi dan rohani, anda tidak akan dapat mengenali atau menerima usaha perdamaian suami anda. Anda tidak akan mempunyai tenaga untuk melihat perubahan dalam tingkah lakunya. Pada ketika itu, anda berdua akan lebih cenderung untuk menyerah kalah dalam perkahwinan anda. Sudah tentu, anda telah melalui banyak cabaran. Anda akan memerlukan masa untuk memproses kesakitan dan apa yang hilang sebelum anda boleh berharap untuk berdamai. Tetapi apabila anda bersedia untuk bergerak ke arah pemulihan, langkah yang perlu diambil termasuk memperkayakan hidup anda, bekerja dengan kaunselor profesional, menjaga keperluan fizikal anda dan mendapatkan bantuan kumpulan sokongan. Anda menghadapi jalan yang sukar dan panjang, tetapi ia boleh dilakukan dan sebenarnya mempunyai ganjaran sepanjang perjalanan. Semasa anda berdua mengambil langkah ke arah pemulihan, anda akan dapat menyaksikan kerja keras dan dedikasi satu sama lain untuk membaiki hubungan anda, dan itu akan memberi anda harapan. Pelbagai isu boleh mencetuskan kebiasaan penggunaan pornografi. Memahami keperluan yang lebih mendalam bagi individu yang terjejas oleh masalah biasa ini adalah penting. Hubungi pembantu yang terlatih, dan jika anda pasangan suami isteri, lakukan bersama-sama. Perubahan boleh dilakukan! Kami boleh membimbing anda semasa anda mengambil langkah pertama anda ke arah pemulihan. Anda boleh menghubungi kami di 03-3310 0792 atau e-mel support@family.org.my © 2018 Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan izin.1049
- Maleakhi 4:2 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·13 December 2021Tetapi bagi kamu yang takut kepada nama-Ku, matahari yang penuh perbenaran akan terbit dengan membawa kesembuhan pada sayapnya. Sebagaimana anak lembu dari kandangnya, kamu akan keluar sambil melompat-lompat. 108
- Mengaku Yesus Kristus Tuhan dan dengan Iman percayaIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 June 2022Sebab, jika dengan mulut Saudara mengaku, bahwa Yesus Kristus itu Tuhan Saudara, dan dalam hati Saudara percaya, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka Saudara akan diselamatkan. Sebab dengan percaya dalam hati, orang dibenarkan di hadapan Allah, dan dengan mulutnya ia mengakui imannya ia akan diselamatkan. Roma 10:9-10 FAYH https://bible.com/bible/2727/rom.10.9-10.FAYH1020
- Manifesto Kerajaan Allah Untuk Pemuridan Yang Sejati (#17)In Manifesto Kerajaan Allah·26 November 2021MENDAMAIKAN MANUSIA: Dalam Konteks Perkahwinan (Bahagian 2) Dengan meletakkan standard kesucian yang begitu tinggi sekali sehingga ia melibatkan apa yang berlaku di dalam hati kita, Tuhan Yesus memberi kita kaedah untuk mendamaikan diri dengan pergelutan seksual. Kita mengikat perjanjian dengan bahagian-bahagian badan atau pintu-pintu deria kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa untuk tidak membenarkan rangsangan yang negatif masuk ke dalam hati kita. Contohnya, Ayub mengatakan: 1"Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku, bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi? 7Jika langkahku menyimpang dari jalan dan hatiku menuruti pandangan mataku, atau jika noda melekat pada tanganku, 9Jika hatiku terpikat kepada perempuan, dan aku menunggu di pintu jiranku, (Ayub 31:1,7,9,AVB) Damai sejahtera dengan isteri kita akan tercapai sekiranya kita mengambil langkah-langkah untuk tidak mengkhianati isteri yang kita kahwin pada masa muda kita: 13Inilah lagi satu hal yang kamu lakukan: Kamu meliputi mazbah Tuhan dengan air mata, tangisan, dan rintihan, kerana Dia tidak lagi mengendahkan persembahanmu dan tidak berkenan menerimanya daripada tanganmu. 14Kamu bertanya, "Mengapakah demikian?" Kerana Tuhan telah menjadi saksi antara engkau dengan isteri yang kaukahwin pada masa mudamu. Engkau telah mengkhianatinya, padahal dialah teman hidupmu dan isterimu berasaskan ikrar. 15Bukankah Allah menjadikan mereka satu? Jiwa dan roh mereka milik-Nya. Apakah yang dicari-Nya? Dia mencari keturunan yang salih. Oleh sebab itu jagalah dirimu, dan janganlah ada antara kamu yang mengkhianati isteri dari masa mudamu. 16"Aku membenci perceraian," demikianlah firman Tuhan, Allah Israel, "juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya," demikianlah firman Tuhan alam semesta. "Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat." (Maleakhi 2:13-16, AVB) Mengelak jauh lebih baik daripada mengubati. Jadi, kita sebenarnya bertindak sebagai pendamai di dalam perkahwinan kita apabila kita meletakkan kesucian yang tinggi di dalam hati dan perbuatan kita, terutamanya dalam hal seksual. Kita melindungi kemurnian perkahwinan dan ikrar yang telah dilafazkan apabila kita berkahwin dengan isteri atau suami kita. Allah benci perceraian kerana apa yang telah dipersatukan oleh-Nya jangan manusia pisahkan. Tuhan Yesus telah mengajar tentang hal ini di dalam interaksinya dengan beberapa orang Farisi: 3Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Yesus. Mereka bertanya, "Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?" 4Yesus menjawab, "Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? 5Setelah itu, Allah berfirman, 'Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.' 6Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan." 7Kata orang Farisi itu, "Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?" 8Yesus menjawab mereka, "Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu begitu tegar. Tetapi pada mulanya bukanlah begitu. 9Sesungguhnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina." 10Para murid Yesus berkata, "Kalau begitulah hidup suami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung." 11Yesus menjawab, "Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang dikurniai keupayaan untuk menerimanya. 12Ada beberapa sebabnya seseorang itu tidak berkahwin. Ada yang dilahirkan begitu, ada yang dibuat orang begitu, dan ada pula yang membuat dirinya begitu untuk mengabdikan diri kepada kerajaan syurga. Biarlah ajaran ini diterima oleh yang mampu menerimanya." (Matius 19:3-12, AVB) Jelas sekali, Tuhan Yesus menentang perceraian atas dasar bahawa suami-isteri telah menjadi satu secara rohani dan jasmani oleh Allah. Maka, perceraian adalah tindakan yang meniadakan kerja Allah di dalam kehidupan pasangan suami dan isteri. Orang Farisi telah membalas dengan merujuk kepada surat cerai yang dibenarkan oleh Musa sekiranya seorang suami ingin menceraikan isterinya. Hal ini dinyatakan di dalam petikan berikut: 1Seandainya seorang lelaki meminang seorang perempuan dan memperisterinya, tetapi kemudian dia tidak menyukai perempuan itu lagi setelah mendapati ada sesuatu aib padanya, maka dia boleh menulis serta menyerahkan surat cerai kepada perempuan itu dan menyuruh dia pergi dari rumahnya. 2Setelah perempuan itu keluar dari rumahnya dan pergi dari sana, dia boleh menjadi isteri orang lain. 3Tetapi jika suaminya yang kedua itu juga tidak menyukainya lalu menulis dan menyerahkan surat talak kepada perempuan itu serta menyuruh dia pergi dari rumahnya; atau sekiranya suaminya yang terakhir itu meninggal, 4maka suaminya yang pertama, yang dahulu telah menyuruhnya pergi, tidak boleh mengambilnya kembali menjadi isteri setelah perempuan itu ternajis, kerana hal itu keji di hadapan Tuhan. Janganlah kamu datangkan dosa atas negeri yang dikurniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu sebagai harta pusaka. (Ulangan 24:1-4, AVB) Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan petikan ini untuk menjustifikasikan perceraian, kerana itu bukan tujuan petikan ini. Tujuan peraturan ini adalah untuk melindungi hak para wanita. Peraturan ini melindungi reputasinya daripada dicemari oleh fitnah yang macam-macam, dan surat cerai itu memberi dia bukti serta pengesahan secara undang-undang bahawa dia bebas daripada suaminya dan boleh kahwin semula tanpa didakwa berzinah. Tetapi apa yang menjadi pertikaian ialah apakah dasarnya untuk seseorang suami menulis dan menyerahkan surat cerai kepada isterinya? Apa yang dikatakan di dalam petikan itu ialah suami mendapati ada sesuatu aib pada isterinya yang menyebabkannya tidak menyukainya. Apakah perbuatan aib yang dimaksudkan ini? Hal itu tidak dinyatakan tetapi kita boleh menganggapnya sebagai sesuatu perbuatan curang yang tidak melibatkan perzinahan secara fizikal. Ini ialah kerana perzinahan akan mengakibatkan kedua-dua orang yang berzinah dihukum mati: 10Seseorang lelaki yang berzina dengan isteri orang lain, iaitu isteri sesama jirannya, pastilah dia dihukum mati, dan begitu jugalah perempuan yang berzina itu dihukum mati. (Imamat 20:10, AVB) Jelas sekali bahawa terdapat konflik yang serius di dalam perkahwinan sebegini. Dalam situasi begini, pandangan Tuhan Yesus jelas - jangan pisahkan apa yang Allah telah satukan. Dalam kata lain, selesaikan masalah itu dan berdamai. Pandangan Tuhan Yesus yang tinggi tentang kesucian perkahwinan jelas dengan pendirian ini. Dia menyeru kedua-kedua pihak untuk berusaha berdamai satu dengan yang lain dan jangan bercerai. Apabila dia dipersoalkan tentang surat cerai yang dinyatakan oleh Musa dalam Ulangan 24, Tuhan Yesus mengatakan dengan jelas bahawa itu BUKAN kehendak Allah yang asal, tetapi adalah kompromi Musa untuk mereka yang tidak mahu berdamai. Hati mereka begitu tegar sehingga mereka tidak mahu mendengar nasihat, tidak mahu berubah dan saling mangampuni dan tidak mahu berusaha untuk berdamai. Maka, dalam kes yang ekstrem ini, Musa membenarkan surat cerai dikeluarkan untuk mengesahkan perpisahan itu. Tetapi, peraturan ini bukan justifikasi untuk bercerai atas sembarangan sebab. Apa yang dikatakan oleh Musa adalah dalam bentuk amaran, bukan syor. Amaran yang diberikan oleh Musa ialah jangan gunakan surat cerai secara sembarangan. Jangan ceraikan isteri, kemudian setelah isterinya telah kahwin semula, dan suami barunya meninggal pula, isteri itu diambil semula sebagai isteri. Perbuatan yang memandang perkahwinan dengan begitu rendah dan ringan sehingga diguna pakai sesuka hati adalah perbuatan yang menajiskan dan keji di mata Tuhan. Rancangan Allah yang terbaik dan asal ialah perkahwinan adalah untuk seumur hidup. Surat cerai adalah kompromi Musa untuk orang yang tegar dan keras hati sehingga tidak mahu berdamai, dan diberikan untuk melindungi para isteri daripada dipinggir seumur hidupnya daripada komuniti. Maka kita ketahui bahawa perceraian bukanlah kehendak sebenar Allah. Di dalam Perjanjian Baru, hanya diberikan dua kes sahaja yang mana perceraian dibenarkan, dan itu pun setelah semua percubaan untuk berdamai telah diusahakan tetapi akhirnya gagal juga (kes hati yang tegar dan keras). Dua kes itu ialah: Apabila terdapat perzinahan. 9Sesungguhnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina." (Matius 19:9, AVB) Apabila pasangan yang tidak beriman berkeras ingin menceraikan dan meninggalkannya. 12Kepada yang lain aku memberikan nasihat ini, iaitu nasihatku sendiri, bukan perintah Tuhan: Jika seorang lelaki beriman mempunyai isteri yang tidak beriman dan isteri itu bersetuju terus hidup bersamanya, maka lelaki itu tidak boleh menceraikan isterinya. 13Jika seorang wanita beriman mempunyai suami yang tidak beriman dan suami itu bersetuju untuk terus hidup bersamanya, maka wanita itu tidak boleh menceraikan suaminya. 14Seorang suami yang tidak beriman menjadi suci kerana isterinya. Demikian juga, seorang isteri yang tidak beriman menjadi suci kerana suami. Jika tidak, anak-anakmu akan menjadi anak-anak yang tercela. Tetapi dengan demikian mereka ialah anak-anak yang suci. 15Namun demikian, jika seseorang yang tidak beriman hendak meninggalkan isteri atau suaminya yang beriman, biarkanlah dia berbuat demikian. Jika ini terjadi, saudara atau saudari itu tidak terikat lagi. Allah mahu kamu semua hidup aman damai. 16Wahai isteri yang beriman, bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu tidak akan dapat menyelamatkan suamimu? Demikian juga, wahai suami yang beriman, bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu tidak akan dapat menyelamatkan isterimu? (1 Korintus 7:12-16, AVB) Namun begitu, kita perlu sedar bahawa apabila Tuhan Yesus meneruskan pengajaran-Nya di Matius Bab 5, dia bukan menumpu perhatian kepada hal perceraian, tetapi hal perzinahan, seperti yang dia telah mulakan di petikan sebelum ini. 31"Ada ajaran demikian: 'Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.' 32Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang menceraikan isterinya kecuali kerana zina, menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu, dia berzina." (Matius 5:31-32, AVB) Tuhan Yesus sebenarnya mengkritik amalan memberi surat cerai untuk sembarangan alasan. Seperti yang kita telah pertimbangkan, amalan ini sebenarnya tidak selaras dengan kehendak Allah yang asal. Sebaliknya, Tuhan Yesus mengatakan bahawa seorang yang menceraikan isterinya akan menyebabkan rantaian perzinahan berlaku jika wanita yang diceraikan itu berkahwin semula. Wanita itu akan berzina dan sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan juga berzina. Hal ini terjadi kerana surat cerai seperti yang diamalkan oleh orang Farisi untuk sebarang sebab adalah sebenarnya tidak sah di mata Tuhan, kecuali dalam kes berlakunya perzinahan. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Tuhan Yesus mendorong kita untuk berfungsi mengikut sikap indah seorang yang mendamaikan manusia. Cari jalan perdamaian, bukan perceraian. Saya sedar bahawa pada hari ini, terdapat orang Kristian yang telah melalui proses perceraian dan kahwin semula. Mereka tidak boleh patah balik kepada keadaan perkahwinan mereka yang asal, walaupun mereka kini sedar kehendak Allah yang sebenar. Apatah lagi, kalau mereka telah kahwin semula selepas perceraian. Apa yang saya telah menulis, sesuai dengan maksud firman Tuhan dan interpretasi yang telah diterangkan, bukan ditujukan kepada mereka. Saya harap kesedaran bahawa Allah begitu menghargai dan mementingkan kesucian perkahwinan yang baru ini akan mendorong mereka yang sudah berkahwin dan akan berkahwin untuk betul-betul menghargai perkahwinan dan pasangan mereka. Kepada anda yang telah berkahwin dan akan berkahwin, saya menyeru sesuai dengan firman Allah supaya memiliki pandangan yang tinggi untuk perkahwinan. Prinsip yang dipegang oleh anda sepatutnya sama dengan apa yang diajar oleh Tuhan Yesus, “Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.” (Matius 19:6) Itulah janji yang anda telah atau akan buat semasa perkahwinan anda. Selepas Tuhan Yesus menyentuh tentang hal perzinahan (sekiranya bercerai untuk sembarangan kecuali dalam kes perbuatan zinah), dia terus menggesa kita untuk menunaikan janji yang telah dibuat, tanpa keperluan untuk bersumpah demi apa sahaja. 33"Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: 'Jangan bersumpah palsu. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.' 34Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah. 35Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Yerusalem, kerana itu kota Raja Agung, iaitu Allah. 36Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmu walau sehelai. 37Katakan sahaja 'Ya' atau 'Tidak' dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana." (Matius 5:33-37, AVB) Orang yang hatinya suci akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk menunaikan apa yang dia telah berjanji (Kita telah pertimbangkan sikap hati ini dalam bahagian sebelum ini). Maka, dalam konteks perkahwinan dia akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk berdamai dengan pasangannya jika berlaku sebarang konflik. Perceraian tidak akan dipertimbangkan dan kedua-dua pihak mesti bersedia untuk bersikap pendamai untuk menyelesaikan apa jua masalah dalam perkahwinan mereka. Mereka perlu bertaubat daripada dosa mereka dan bersedia untuk membenarkan Roh Kudus mentahirkannya. Mereka mesti bersedia berubah demi kebaikan perkahwinan mereka. Malahan, Tuhan Yesus mengesyorkan supaya seseorang yang ingin membaik pulih perkahwinannya jangan degil dan tegar hatinya untuk membalas dendam dan menuntut keadilan 38"Kamu telah mendengar ajaran begini: 'Mata diganti mata, gigi diganti gigi.' 39Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya. 40Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga. 41Jika sesiapa memaksamu berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya. 42Jika seseorang meminta sesuatu daripadamu, berikanlah. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripadamu, usahlah berpaling daripadanya." (Matius 5:38-42, AVB) Berbuat baik dengan mengasihi pasangan anda, walaupun pada ketika itu dia seolah-olah seperti musuh anda 43"Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: 'Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu.' 44Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu. 45Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari untuk orang yang jahat dan orang yang baik. Dia menurunkan hujan untuk orang yang benar dan orang yang tidak benar. 46Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah ganjaranmu? Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian? 47Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian. (Matius 5:43-47, AVB) Berdoalah dengan ikhlas supaya Tuhan akan memberkati “musuh” anda dan jika dilakukan ini, sedikit demi sedikit hati anda akan menjadi lembut terhadap dia. Begitulah ajaran Tuhan Yesus di dalam Matius 5 yang boleh diaplikasikan di dalam konteks perkahwinan. Dorongan kepada kita ialah untuk memupuk sikap mendamaikan manusia dan akhirnya kita akan dikenali sebagai anak Allah yang mirip dengan sifat Allah yang mendamaikan manusia juga. Hal ini sangat sesuai diaplikasikan di dalam perkahwinan yang dipandang sesuatu perhubungan yang cukup penting untuk dijaga dan dipelihara dengan teliti. Jangan biarkan apa jua pun untuk menghancurkan kesatuan di dalam perkahwinan anda!1038
- Keselamatan bukan dari kami sendiri tetapi karunia dari TUHANIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·15 September 2021Karena kemurahan-Nya, Saudara diselamatkan karena iman kepada Kristus. Keselamatan tidak berasal dari Saudara sendiri, melainkan juga merupakan suatu karunia dari Allah. Efesus 2:8 FAYH https://bible.com/bible/2727/eph.2.8.FAYH105
- Soalan dan Jawaban: Tanda-tanda amaran bunuh diri di kalangan RemajaIn Keluarga·13 September 2023Soalan: Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada anak remaja saya sedang mengalami kecenderungan untuk membunuh diri atau fikiran yang membinasakan diri? Saya bertanya kerana bimbang bahawa anak says mungkin menuju ke arah ini. Adakah terdapat sebarang tanda-tanda amaran yang perlu diberi perhatian? Adakah kemurungan selalunya membawa risiko bunuh diri? Jawaban: Walaupun kemurungan tidak selalunya mengakibatkan bunuh diri, ia adalah salah satu sebab utama yang membawa kepada perasaan ingin membunuh diri dan oleh itu, ia harus dipandang berat. Sekiranya anda mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa anak anda sedang mengalami kemurungan klinikal, anda harus prihatin dan memerhati sama ada terdapat apa-apa tanda dan penunjuk yang biasanya berlaku. Anda harus melihat sama ada terdapat penilaian diri yang menyakitkan, imej diri yang negatif, perubahan emosi yang dramatik, tingkah laku bermuram dan menangis, mengasingkan diri dan bersendirian, perasaan letih dan lain-lain penyakit fizikal yang tidak boleh dijelaskan, prestasi sekolah yang buruk, dan kejadian tiba-tiba naik berang dan tingkah laku buruk yang terang-terangan. Jika terdapat gejala tersebut yang berterusan selama lebih daripada dua minggu, anda harus segera mendapat bantuan yang sewajarnya. Anda mungkin mahu menghubungi doktor untuk nasihat dan rujukan kepada seorang pakar. Walaupun mungkin tiada bahaya bunuh diri pada masa tersebut, anda masih perlu menangani kemurungan tersebut. Anda tidak menyatakan mengapa anda percaya bahawa anak remaja mungkin berasa ingin membunuh diri, tetapi tanpa maklumat spesifik tentang situasi anda, kami masih boleh membuat kenyataan ini: selalunya adalah lebih baik berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Terutamanya, sebarang percakapan tentang bunuh diri oleh anak anda – kenyataan-kenyataan seperti “Lebih baik saya mati,” atau “Mungkin hidupmu akan lebih senang jika saya tiada lagi” – harus dipandang berat dan diberi penuh perhatian. Faktor risiko yang boleh dikenalpasti untuk bunuh diri di kalangan orang muda termasuk yang berikut: gangguan perasaan, penyalahgunaan dadah atau alcohol, beberapa jenis penyakit personaliti, taraf sosio-ekonomi yang rendah, penderaan kanak-kanak, perpisahan atau perceraian ibu bapa, konflik dengan orang lain atau kehilangan sesuatu yang berharga. Anda harus sangat berhati-hati sekiranya terdapat faktor-faktor peramal berikut untuk bunuh diri: • Percubaan membunuh diri sebelum ini. • Sejarah keluarga membunuh diri. • Kehadiran sakit kronik, penyakit degeneratif, atau beberapa penyakit mental yang serius seperti gangguan bipolar. • Luahan rasa bersalah atau putus asa. • Mengugut, bercakap atau bergurau tentang bunuh diri. • Seorang remaja yang telah bergelut dengan kemurungan, tekanan, kebimbangan atau kekecewaan yang mendalam tiba-tiba kelihatan lebih gembira dan tenang. Ini mungkin petanda bahawa dia telah membuat keputusan untuk menamatkan hidupnya. • “Pembersihan rumah” – iaitu, dorongan tiba-tiba untuk memberikan harta benda peribadi kepada orang lain. • Bunuh diri di kalangan remaja lain dalam komuniti anda. • Kehilangan atau penghinaan yang mendadak dan besar. Ibu bapa harus berwaspada untuk memastikan anak mereka tidak menjadi mangsa buli fizikal atau sosial. Putus cinta dengan teman lelaki atau teman wanita yang dramatik adalah satu lagi situasi yang harus dipandang berat. Elakkanlah kecenderungan memandang remeh perasaan remaja. Tidaklah penting jika masalah itu kelihatan remeh atau mudah diselesaikan. Apa yang penting ialah bagaimana dia melihatnya. Anda boleh menilai tahap risiko dan kemungkinan bahaya dengan mengingati akrostik berikut: S-L-A-P: • S = Rancangan spesifik. Adakah anak remaja anda sedang mempertimbangkan tindakan tertentu untuk mengambil nyawanya sendiri (sama ada dimaklumkan kepada anda secara langsung atau dengan cara lain)? Jika jawabannya ya, teruskan ke soalan seterusnya. • L = Pelan yang boleh membawa maut (lethal). Adakah rancangan khusus ini benar-benar boleh membawa maut? Jika ya, dia kini menghadapi risiko lima puluh peratus. Teruskan ke “A.” • A = Adanya pelan. Bolehkah rancangan itu dilaksanakan? Adakah dia mempunyai akses kepada cara dan/atau bahan yang diperlukan untuk melaksanakan niatnya? Sebagai contoh, adakah mudah baginya untuk mendapat sejumlah besar ubat preskripsi? Jika ya, dia berada dalam bahaya yang besar, dan anda harus mengambil tindakan segera. Pastikan anda membaca soalan akhir yang berikutnya. • P = Kedekatan (proximity) bantuan. Adakah terdapat orang yang cukup rapat untuk menghalangnya daripada melaksanakan rancangan spesifik, yang membawa maut dan tersedia ini? Dia mungkin tidak akan mencuba apa-apa semasa rakan, keluarga atau orang lain yang dia hormati berada di sekelilingnya. Kebanyakan kes bunuh diri berlaku apabila individu yang tertekan itu bersendirian atau bersama orang lain yang berasa hendak membunuh diri. Jika tiada bantuan berdekatan, bawa anak anda ke tempat di mana dia boleh dijaga dengan selamat. Jika anda tidak boleh menempatkannya di bawah pengawasan keluarga, hubungi 999 atau bawa dia terus ke Bilik Kecemasan tempatan. Jika anda tidak pasti tentang jawaban kepada soalan ini, langkah seterusnya yang bijak ialah duduk dan berbicara hati ke hati dengan anak remaja anda. Jangan takut untuk mendesaknya. Desakkannya dengan beberapa soalan. Anda mungkin bermula dengan soalan seperti, “Dari manakah perasaan negatif ini datang?” atau “Apakah yang menyebabkan anda bercakap begitu banyak tentang menamatkan hidup anda?” Soalan “Apa yang perlu diubah untuk anda berasa lebih baik?" mungkin dapat membantu dan mendedahkan maklumat yang penting. Anda juga mungkin harus mendapatkan diagnosis psikiatri untuk menentukan perkara sebenarnya di sebalik kemurungan dan percakapan tentang bunuh diri. Anak anda mungkin bergelut dengan perasaan cemas, penyakit bipolar, atau penyalahgunaan dadah atau akohol. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan izin.1042
- ‘Kasih yang Tegas’ dalam Hubungan antara Orang Dewasa: Apa sifatnya, apa yang bukan kasih tegas dan bagaimana melaksanakannyaIn Keluarga·5 July 2023Soalan: Ketagihan pornografi suami saya sedang memusnahkannya serta perkahwinan dan keluarga kami. Para sahabat yang mengambil berat tentang kami menasihati saya menggunakan ‘kasih tegas’ dengannya. Namun demikian, saya telah membaca makalah yang menyatakan bahawa ini adalah pendekatan yang salah – dan belas kasihan dan kesabaran adalah cara yang lebih baik. Apa yang harus saya buat? Jawaban: Konsep tough love atau ‘kasih tegas’ sudah lama wujud – dan ia juga sekian lama disalahertikan dan disalahgunakan. Masalah dengan kasih tegas selalunya berkait dengan sebab seseorang menggunakannya dan bagaimana ia dilaksanakan. Inilah hakikatnya: Kasih tegas bukanlah formula atau penyelesaian mudah untuk perasaan sakit hati yang dialami-mu. Namun demikian, ia adalah tindakan yang betul dalam setengah situasi – dan satu-satunya pilihan yang sihat – walaupun perubahan yang dibawanya bukanlah apa yang anda harapkan. Kami berbesar hati menghuraikan dengan terperinci apa itu kasih tegas, apa bukan kasih tegas dan bagaimana mempraktikkannya. Apa bukan kasih tegas Bila orang yang dikasihi sedang mencederakan dirinya dan orang-orang lain, kami mempunyai tiga pilihan: · Berputus asa, mengalah dan memainkan peranan mangsa atau orang yang mengorbankan dirinya. · Merayu, meleter, mendesak atau menjadi orang yang terlalu bergantung kepada orang lain. · Memberikan kata dua dengan menetapkan batasan tingkah laku berasaskan kaedah kasih tegas. Petua: Hanya pilihan ketiga ialah keputusan yang sihat. Namun demikian, untuk memahami bagaimana kasih tegas berfungsi yakni keberkesanannya – kita mesti tahu apa yang bukan kasih tegas. Kasih tegas BUKAN perkara-perkara yang anda utamakan Keutamaan berbeza daripada tanda-tanda amaran. Manusia memang menghadapi kekecewaan dari masa ke semasa dan ada perkara yang mudah mengjengkelkan kita. Namun demikian, situasi seperti tidak suka bagaimana pasanganmu memuatkan mesin pembasuh pinggan, tidak bersetuju dengan cara anak perempuan mengemaskan rumahnya, atau berurusan dengan rakan sekerja yang malas, marah kerana kawan melupakan hari jadi anda, berbeza pendapat bagaimana membelanjakan bonus akhir tahun bukan situasi yang sesuai dengan kaedah kasih tegas. (Situasi sebegini adalah peluang untuk mencari cara penyelesaian konflik yang sihat atau mempelajari bagaimana bertolak ansur.) Kasih tegas BUKAN cara penyelesaian untuk segala masalah Tingkah laku yang sangat memudaratkan adalah kompleks – dari segi puncanya, impak dan pemulihan. Isu-isu seperti penderaan (fizikal, lisan, emosi dan seksual), ketagihan, kecurangan, sikap tidak bertanggungjawab dari segi kewangan dan lain-lain lagi tidak dapat diselesaikan dengan cepat. Kasih tegas adalah salah satu pendekatan yang sesuai dalam kes-kes sebegini dan boleh menjadi bahagian yang penting dalam usaha pemulihan. Namun demikian, setiap situasi adalah berlainan kerana setiap individu adalah berlainan. Ambillah sikap terbuka kerana kesudahannya mungkin bukan apa yang anda jangkakan. Kasih tegas TIDAK dilaksanakan atas sebab hukuman atau membalas dendam Jangan tersilap: Perasaan marah kerana ketidakadilan atau kezaliman adalah perasaan yang sihat. Masalah timbul apabila kita lupa bahawa kita semua melakukan kesilapan. Bila ini berlaku, kita mengalih dari sikap rendah diri kepada sikap bahawa kita lebih baik dari orang lain dan akibatnya, kasih tegas dilaksanakan kerana perasaan marah yang tidak sihat. Kita mungkin akan cuba menjatuhkan hukuman kerana kerosakan yang dilakukan oleh orang lain tanpa mempertimbangkan kebahagiaan mereka atau kesejahteraan jiwa kita. Kasih tegas tidak seharusnya diamalkan dengan sikap aku akan membalas dendam terhadap engkau kerana melukai aku. Kasih tegas BUKAN memanipulasi atau mengawal orang lain Tidak mengapa jika kita mengharapkan penyembuhan atau menginginkan kesejahteraan untuk semua orang yang terlibat. Tetapi manipulasi merupakan cubaan menghapuskan kebebasan memilih dan menggantikannya dengan kemahuan anda. Kasih tegas tidak dapat mengubah seseorang secara paksa, walaupun hidup mereka terancam. Kami memang tidak dapat mengawal hati atau tingkah laku orang lain. Kasih tegas TIDAK menafikan kepentingan garis sempadan tingkah laku Tanggapan salah yang sering berlaku ialah kasih tegas bersifat tindakan yang terlalu keras, bersikap dingin dan mengasingkan diri dari orang lain. Sesetengah orang tersangkut dengan ‘ketegasan’ dan gagal menyedari bahawa ‘kasih’ juga termasuk dalam proses tersebut. Mereka menyangka bahawa anda hanya perlu menetapkan garis sempadan tingkah laku walaupun dalam situasi yang berbahaya. Malangnya, pendekatan ini tidak berkesan dalam kes terbaik dan dalam kes terburuk, ia mendatangkan lebih banyak kemudaratan. Ya, garis sempadan tingkah laku adalah sebahagian besar kasih tegas. Namun demikian, tingkah laku yang merosakkan perlu ditangani dengan tegas – dan ini boleh dilakukan tanpa kekerasan. Kasih tegas BUKAN mudah Suatu lagi andaian yang salah ialah bahawa orang menggunakan kasih tegas kerana ia adalah jalan keluar yang mudah. Namun demikian, kasih tegas mungkin lebih sukar untuk orang yang melaksanakannya daripada orang yang menerimanya. Misalnya, orang yang memerlukan kasih tegas mempunyai garis sempadannya sendiri (walaupun ia tidak sihat) dan mereka biasa dengan keadaan di mana tiada orang yang mengganggunya. Sekiranya situasi semasa berubah, mereka mungkin bertindak balas dengan keras kerana cuba mengekalkan ilusi bahawa situasi adalah di bawah kawalan. Pergelutan ini akan dirasai oleh setiap orang. Kasih tegas bukanlah suatu cara penyelesaian mudah yang akan serta merta membetulkan hidup seseorang dan membaiki kelakuannya. Sebaliknya, ia adalah rancangan yang difikirkan dengan teliti untuk jangka masa panjang dan besar kemungkinannya adalah pedih untuk kedua-dua pihak sesuatu hubungan. Kasih selalunya menyatakan kebenaran, walaupun ia sukar. Dan walaupun ia adalah tindakan yang betul, ia tidaklah mudah. Apanya kasih tegas Salah satu fakta tentang kasih tegas ialah ia adalah terutamanya berkaitan dengan anda – bukan tentang orang yang melakukan kesalahan. Nanti. Apa?! Bukankah matlamat kasih tegas ialah membantu orang lain menyedari kemudaratan yang mereka lakukan dan mengubah tingkah laku mereka? Ya, tetapi satu-satunya cara untuk menggunakan kasih tegas dengan bijak – satu-satunya cara kasih tegas akan membawakan kesudahan sihat yang diharapkan – ialah menyedari siapakah diri anda. Untuk menjadi orang yang mempunyai keyakinan diri, teguh dan yang menyedari apa garis sempadan tingkah laku, keperluan dan tanggungjawab anda. Kasih tegas adalah cara menangani tingkah laku yang benar-benar memudaratkan Kecurangan. Pornografi. Penyalahgunaan dadah dan alkohol serta ketagihan. Penderaan emosi, lisan, fizikal, rohani dan seksual. Kemarahan yang bertindak ganas. Ketidajujuran. Sikap yang langsung tidak bertanggungjawab dalam hal kewangan. Keengganan mengakui kesilapan atau dosa. Itu adalah setengah tanda amaran yang tidak seharusnya diabaikan atau diterima semasa berpacaran, berkahwin atau memainkan peranan ibu bapa atau dalam apa-apa hubungan lain. Mereka mesti ditangani dan biasanya kasih tegas adalah jalan yang terbaik. Kami bukannya menyatakan bahawa anda seharusnya berlagak seperti anda tiada cacat cela dan itu bukan dosa yang anda tangani. Apa yang kami maksudkan ialah anda harus telus dan berterus terang tentang kerosakan yang didatangkan kepada hubungan anda. Kasih tegas adalah berkait dengan menambah keyakinan diri Menjadi lebih yakin diri bermakna bahawa anda tidak perlu bergantung kepada perkenan orang lain. Walaupun dalam keadaan sukar, anda masih boleh bergerak balas dengan yakin kerana jati diri. Dalam erti kata lain, anda mempunyai kekuatan ego – kesedaran diri yang kukuh bahawa harga diri anda tidak bergantung kepada orang lain. Kasih tegas adalah berkait dengan pembelajaran penerimaan diri Penerimaan diri berkait rapat dengan keyakinan diri. Misalnya, setengah orang menganggap pasangan seperti mentari hidup mereka. Namun demikian, orang lain tidak dapat menjana cahaya. Mereka boleh mencerminkan sesuatu kebenaran mengenai seseorang tetapi mereka tidak dapat mencipta kebenaran tersebut. Itulah sebabnya penerimaan diri adalah sangat penting: Suatu perkahwinan yang sihat sepatutnya berkait rapat dengan keutuhan pasangan – bukannya situasi kebergantungan di mana satu atau kedua-dua pihak bertindak dengan sikap, Saya bukanlah diri saya tanpamu. Kasih tegas adalah berkait dengan sifat berlandaskan realiti Anda harus mempunyai pertimbangan realistik tentang dirimu dan situasi yang dihadapi. Bukan sikap terlalu menekankan sifat kerohanian atau keengganan menghadapi realiti dengan anggapan bahawa situasi akan membetulkan diri. Sebaliknya, anda bertapak atas realiti (anda memberi fokus kepada) keadaan sebenar. Kamu tidak memandang remeh kerosakan yang sedang berlaku. Kasih tegas adalah berkait dengan pemahaman sebenar tentang garis sempadan Kita diajar mengambil berat dan membantu orang lain. Dan kita dikehendaki membantu mereka yang menanggung beban yang amat berat (balu, anak yatim, orang miskin dan kurang upaya). Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita seharusnya diperhambakan kepada keperluan yang dirasakan penting oleh seseorang. (Ini adalah kehendak dan keinginan yang dirasakan penting – dan bukannya kekurangan keperluan asas yang sebenarnya.) Manusia harus menangani tanggungjawab kehidupan harian diri mereka. Kasih tegas adalah berkait dengan pengetahuan batasan dan tanggungjawab anda Batasan peribadi adalah tempat di mana anda berakhir dan bermulanya orang lain. Batasan menentukan siapa diri anda, melindungi apa yang berharga untuk anda, menunjukkan tanggungjawab anda dan menjaga keselamatan anda. Anda mempunyai hak dan tanggungjawab menjaga kesejahteraan diri anda. Anda seharusnya bersikap jujur tentang diri anda dan apa anda boleh tangani dan sebaliknya, apa tanggungjawab anda dan sebaliknya, dan anda mungkin perlu membetulkan halatuju interaksi hubungan anda dengan orang lain. Kasih tegas adalah berkait dengan belas kasihan tetapi bukan sebagaimana yang difikirkan oleh setengah orang Para pengkritik kasih tegas selalu menganggap bahawa belas kasihan bermakna bahawa kita mesti bertolak ansur dengan orang yang melakukan kesalahan. Malah mereka yang terperangkap dalam hubungan yang memudaratkan mungkin percaya bahawa mereka menunjukkan belas kasihan dengan memberi satu lagi peluang kepada pesalah laku (dan banyak lagi peluang selepas setiap kesalahan). Mereka salah anggap bahawa sikap tegas akan memburukkan lagi keadaan orang yang bermasalah. Tetapi ini bukannya maksud kasih yang sebenar. Kasih yang ikhlas bukan bermakna tidak mengendahkan kelakuan seseorang. Sebaliknya, kasih yang ikhlas berbelas kasihan terhadap kelemahan seseorang (dan kita semuanya ada kelemahan) tetapi memahami bahawa membolehkan kelakuan buruk tidak akan membantu seseorang. Kasih yang ikhlas membuat tuntutan supaya seseorang berkelakuan baik, hidup dengan bijaksana dengan sikap berterima kasih dan berkhidmat kepada orang lain. Kasih dan perkenan bukanlah perkara yang sama. Anggaplah ketegasan sebagai kebenaran. Kasih tegas yang dilaksanakan dengan berkesan adalah kasih sejati. Kasih tegas mengiktiraf pilihan bebas Kita mesti membenarkan orang lain membuat pilihan dengan bebas walaupun mereka membuat pilihan yang buruk dan menerima akibatnya. Dengan cara yang sama, walaupun menyaksikan orang yang dikasihi memusnahkan hidup mereka adalah sangat menyakitkan – walaupun tindakan mereka mencederakan kita – kita mesti mengiktiraf hak mereka untuk memilih. Kasih tegas adalah berkait dengan proses menjadi orang yang kuat Apakah yang anda rela hilang sekiranya garis sempadan yang anda tetapkan dalam sesuatu hubungan tidak dihormati? Adakah anda rela kehilangan hubungan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan anda? Adalah penting untuk memupuk kekuatan rohaniah, emosi dan fizikal. Bidang-bidang ini akan terjejas dalam sesuatu hubungan yang rosak. Dan jika penderaan rumah tangga berlaku, si pendera akan sengaja menjejaskan identiti dan kekuatan pasangan mereka. Apakah yang anda lakukan untuk menjaga diri supaya anda tidak akan membuat keputusan yang terlalu dipengaruhi oleh emosi? Adakah anda sedang berjumpa dengan kawan yang dipercayai atau kaunselor berlesen untuk membantu anda menjadi kuat? Seseorang yang telah dilukai, diasingkan atau dipinggirkan oleh tindakan orang lain memerlukan orang yang bijaksana dan prihatin yang akan memupuk kesihatan dan keseimbangan dalam hidupnya. Kekuatanmu tidak perlu sempurna untuk membolehkan anda melaksanakan kasih tegas; kamu hanya perlu cukup kuat untuk melakukannya. Anda perlu kekuatan dalaman untuk menghadapi ribut yang bakal tiba bila anda menuntut akauntabiliti dari orang yang disayangi. Kasih tegas adalah berkait dengan keberanian mengambil tindakan – walaupun anda berasa takut Kasih tegas adalah berkait dengan menjaga kesejahteraan dirimu sambil mempertimbangkan kepentingan orang lain. Apabila anda memahami garis sempadan tingkah laku dan tanggungjawab anda, anda dapat berkata dengan berani, Tidak, kelakuanmu tidak boleh diterima. Anda tidak patut melayani saya (atau orang lain) sebegini. Kamu mungkin berasa takut tetapi masih cukup berani untuk mengambil tindakan yang sihat. Inilah masanya sistem sokongan anda menjadi sangat penting. Anda memerlukan orang-orang yang menyokong keputusan anda untuk bertindak. Dan anda memerlukan pendapat mereka yang tidak berat sebelah sama ada orang yang anda kasihi sedang membuat perubahan baik yang konkrit dan berkekalan. Langkah-langkah asas kasih tegas: 1. Pastikan bahawa anda mempunyai sistem sokongan yang baik yang termasuk kawan-kawan yang dipercayai dan kaunselor yang berlesen. 2. Kamu harus menguatkan dirimu untuk menghadapi tingkah laku yang memudaratkan. (Anda akan memerlukan kekuatan tersebut untuk meneruskan komitmen terhadap kasih tegas walaupun kesudahannya bukan apa yang anda harapkan.) 3. Anda harus bersikap jujur dengan dirimu sama ada anda sedang membantu atau saling bergantung dengan pesalah laku dan bagaimana anda harus berubah supaya anda dapat menggunakan kasih tegas dengan berkesan. (Berundinglah dengan kaunselor yang bertauliah.) 4. Buatlah keputusan terlebih awal apa yang tindakan yang anda inginkan dari orang lain. Tuliskannya. Sekiranya anda terpaksa menanggung sesuatu akibat, suatu rancangan yang sudah ditetapkan akan mengurangkan tekanan kerana anda tidak perlu berfikir dengan cepat. 5. Beritahulah orang lain dengan jelas bagaimana tindakan mereka memudaratkan. Gunakan perkataan ‘saya’ bila menerangkan garis sempadan anda dengan jelas, jujur dan dengan sikap hormat. Jelaskan apa langkah-langkah yang mesti diambil untuk mengubah tingkah laku mereka – dan akibatnya jika perubahan yang diharapkan tidak berlaku. 6. Berhenti seketika dan perhatikan tindak balas orang lain dalam bentuk tindakan yang diambil. Jangan mengejarnya, menekan, merayu, menghinakan diri, memanipulasi atau menuntut pematuhan. Sebaliknya, biarkan orang tersebut membuat keputusan sama ada dia akan bertanggungjawab atas apa yang boleh dikawalnya. 7. Terima-lah pilihan bebas orang lain dan jawaban mereka (dalam bentuk tindakan yang diambil) – sama ada jawaban (atau tindakan) itu adalah apa yang diharapkan. 8. Tuntutlah akauntabiliti dari orang lain dari segi akibat yang anda sudah nyatakan terlebih awal. Melihat kasih tegas dengan lebih dekat Suami Sarena*, Nick*, mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain – dan Sarena tahu bahawa kasih tegas adalah diperlukan. Beliau menyatakan apa yang mesti dibuat: Nick mesti menamatkan hubungan sulit tersebut dan sebarang perhubungan dengan wanita tersebut dan mendapat kaunseling. Apakah yang akan berlaku sekiranya Nick enggan berbuat sedemikian? Dia mesti meninggalkan rumah. Ya, Nick terus berkata, saya sudah tamatkan hubungan sulit itu. Namun demikian, Sarena mendapati bahawa ini tidak benar dan beliau telah menukar kunci rumah mereka. Walaupun keputusan tersebut memedihkan, Sarena telah menghasilkan akibat yang telah dinyatakan terlebih dahulu kepada Nick. Ia bukannya mudah; beliau percaya pada Nick bila dia memberitahunya bahawa hubungan sulit tersebut telah berakhir. Namun demikian, kaunselor Sarena mengingatinya bahawa kata-kata sahaja tidak boleh diambil kira; apa yang penting adalah tindakan yang diambil. Dan apabila dia ‘mendengar’ tingkah laku Nick, dia menyedari bahawa ia bukanlah seperti yang diberitahu kepadanya. Oleh itu, dia mengambil tindakan susulan dengan akibat yang dijanjikan – dan komitmennnya terhadap kasih tegas. Tindakan sebagai balasan kepada sesuatu tindakan adalah penting dalam pelaksanaan kasih tegas. Sebagai penjelasan, kasih tegas bukanlah bertindak balas dengan cara yang sama dengan salah laku. Dalam kata lain, anda tidak melayan seseorang dengan cara mereka melayani anda. (Ingat, kasih tegas bukan hukuman atau membalas dendam; ia adalah berkaitan dengan garis sempadan tingkah laku.) Sebaliknya, anda mengambil tindakan susulan yang telah dirancang terlebih dahulu (akibat) sebagai tindak balas terhadap kelakuan (pilihan) orang lain. Kasih tegas adalah umpama permainan dam. Apakah gerakan permainanmu? Dalam kes Nick dan Sarena, Nick telah membuat ‘gerakan’ (iaitu tidak mengubah kelakuannya). Walaupun dia tidak melakukan apa yang dikehendaki tetapi Sarena bertindak bijak dengan tidak merayu untuk perubahan. Sebaliknya, Sarena melakukan gerakannya dengan tenang untuk menghindarinya dari memasuki rumah seperti yang dinyatakan terlebih dahulu. Anda mesti dapat melihat bahawa orang yang dikasihi mengambil langkah yang perlu untuk disembuhkan – bukannya semata-mata percaya pada janji bahawa mereka tidak akan melakukannya lagi. Niat yang baik tidak penting jika tidak disertai dengan tindakan. Ini adalah penting dalam kes penderaan fizikal atau emosi dalam sesuatu hubungan. Pendekatan yang proaktif tidak bermaksud bahawa langkah yang betul adalah menghalau pesalah laku dengan segera dari rumah. Mungkin ia adalah Jika saya tidak melihat perubahan, saya akan berjumpa dengan kaunselor – atau memanggil pihak polis. Walau bagaimanapun, anda harus mengambil langkah-langkah berjaga-jaga tambahan untuk melindungi dirimu dan anak-anak sekiranya anda berada dalam suatu hubungan yang bersifat penderaan. Buatlah panggilan telefon 999 sekiranya anda berada dalam keadaan berbahaya. Akauntabiliti juga penting Melarikan diri ke arah kesihatan adalah istilah yang digunakan dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan ‘pemulihan’ mendadak seseorang yang enggan berusaha untuk pemulihan jangka panjang. Misalnya seorang penagih alkohol mungkin berkata, saya sudah tidak mabuk selama dua minggu dan oleh itu, saya harus dibenarkan pulang ke rumah. Sebenarnya, mereka menipu diri mereka (dan orang lain) untuk menganggap bahawa terdapat penyelesaian yang mudah untuk masalah yang sudah berakar umbi dengan mendalam. Adalah mudah untuk mengatakan bahawa keadaan telah bertambah baik. Tetapi anda mesti dapat melihat bukti perubahan yang sebenar ke arah penyembuhan. Kasih tegas tidak boleh bersifat lemah. Pesalah laku mungkin berkata, Berilah saya sedikit penghargaan! Saya sudah jarang melakukan ‘xyz’! Walaupun demikian, tingkah laku mereka masih tidak boleh diterima. Anda telah menetapkan batasan tingkah laku. Anda telah memberitahu orang yang disayangi, Ini tidak boleh diterima. Ia mesti berakhir dan jika tidak, akibat buruk akan menyusul. Pertimbangkanlah semula garis sempadan peribadi anda. Jika orang lain dalam hubungan itu berkeras dalam pilihan mereka tanpa menghiraukan garis sempadan yang telah ditetapkan, anda terpaksa memilih: Sama ada menuntut akauntabiliti untuk kelakuan mereka, atau jangan ambil peduli tingkah laku mereka dan kekalkan status quo. Perlu diingati bahawa pilihan kedua tidak akan membantu sesiapa dan mungkin merupakan tanda kebergantungan bersama (motivasi yang bercelaru untuk membantu). Kasih tegas dalam perkahwinan mungkin memerlukan pencetusan krisis Kami tidak menyarankan anda memburukkan keadaan. Sebaliknya, anda mesti memberi motivasi kepada pasangan anda untuk mengakui masalahnya dan bersetuju untuk dirawati. Katakan sesuatu seperti Kamu mesti mengakui masalahmu dan bersetuju menerima pertolongan yang perlu atau kamu mesti mencari tempat tinggal yang lain sehingga masa anda bersedia untuk bekerjasama. Bukan sekadar tidak membenarkan seseorang pulang ke rumah, anda perlu berpisah dengannya secara terapeutik. Perpisahan terapeutik ialah perpisahan rasmi yang mempunyai garis sempadan yang jelas dan khusus mengenai hubungan sulit, kaunseling professional, keintiman seksual, peraturan komunikasi, susunan hidup, anak-anak dan kedudukan kewangan. Perceraian bukanlah matlamatnya; anda hanya mahu menghapuskan penafian realiti. Jika perpisahan diperlukan, dapatkan nasihat guaman yang bijak. Keadaan yang paling baik ialah pasangan anda keluar dari rumah. Namun demikian, jika dia tidak bersetuju, anda mungkin terpaksa berpindah bersama-sama dengan anak-anak. Jika ini berlaku, pastikan bahawa anda mempunyai sistem sokongan dan tempat tinggal. (Buatkan rancangan, sediakan sumber kewangan dan buat persediaan terlebih dahulu supaya anda tidak payah bertindak balas terhadap kelakuannya dan berpindah dengan tergopoh-gapah.) Beritahu pasanganmu bagaimana dia dapat berhubung dengan anda dan jelaskan kepadanya bahawa anda akan menyambung semula rundingan jika dia rela bekerjasama. Perpisahan terapeutik mungkin apa yang diperlukan untuk mendorong mereka mengakui betapa seriusnya keadaan semasa. Seperti yang sudah kami nyatakan, perhatikan kelakuannya. Kerapkali pasangan akan menabur janji-janji manis supaya dibenarkan pulang ke rumah tetapi kata-kata tidak sama dengan perubahan tingkah laku. AMBIL PERHATIAN: Perpisahan terapeutik semasa krisis berbeza dari beberapa segi dari perpisahan untuk tujuan pemulihan. Dalam kes perpisahan untuk tujuan pemulihan, terdapat andaian bahawa kedua-dua pasangan berniat untuk memulihkan perkahwinan mereka – dan ini tidak selalu begitu bila seorang pasangan sedang terjebak dalam kelakuan yang memudaratkan. Bagaimana kasih tegas berfungsi Kami tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menggambarkan secara terperinci semua situasi yang memerlukan kasih tegas. Dan usaha mencari kemajuan memerlukan khidmat seorang kaunselor berlesen yang pakar dalam bidang ini untuk mengenal pasti isu-isu yang tersirat dan corak hubungan yang mencetuskan kemelut ini. Namun demikian, kami ingin menyentuh dengan ringkas dua hubungan yang selalunya akan mendapat manfaat dari kasih tegas: perkahwinan dan penjagaan membimbing anak-anak yang sudah dewasa. Kasih tegas dalam perkahwinan Kasih tegas memang merupakan pendekatan yang betul jika pasangan anda terjebak dengan pornografi dan enggan berubah. Penagihannya tidak menghormati-mu, menghina janji-janji yang dibuat bila berkahwin, dan menyakitkan hati semua anggota keluarga. 1. Pertimbangkanlah apa garis sempadan tingkah laku yang boleh diterima oleh anda. Bincang dengan sistem sokongan anda bagaimana anda akan menjaga dirimu semasa proses ini. 2. Bentukkan suatu rancangan bagaimana anda akan mendekati isu ini. (Ingat: Suatu rancangan yang dibentuk terlebih dahulu akan menghindari anda daripada bertindak balas berlandaskan emosi semata-mata.) 3. Tetapkan masa untuk memberitahu suami anda pendapat anda mengenai isu ini dan apa perubahan yang dikehendaki olehmu – perubahan yang anda harapkan – dan akibatnya jika dia memilih untuk tidak mematuhi keputusan anda. Misalnya: · Penglibatanmu dalam pornografi menghindari keintiman sejati dalam perkahwinan kita, ia memalukan saya dan memberi teladan yang buruk kepada anak-anak. · Saya mahu kamu berhenti menggunakan pornografi. · Saya mahu melihat anda memadamkan segala yang tidak baik dari semua peranti. · Mulai sekarang, saya akan diberi akses kepada semua peranti dan kata laluan mereka. · Anda akan mendapat kaunseling. · Sekiranya anda enggan mengambil langkah-langkah ini, anda perlu mencari tempat tinggal yang lain sehingga anda membuat keputusan tentang masa depan kita. · Anda diberi tempoh satu hari untuk mengendalikan peranti-peranti anda. Dan satu minggu untuk mula mendapat kaunseling. Tiada kompromi. Tindakan anda akan menjadi jawabanmu. 4. Tunggu, perhatikan dan tuntut akauntabiliti dari pasangmu untuk tindakan yang telah dipersetujui. Teruskan dengan keputusanmu, minta kebijaksanaan dan kekuatan dari Tuhan dan terus berhubung dengan sistem sokongan anda. Kasih tegas dalam bimbingan anak yang telah dewasa Apabila anak anda semakin membesar, corak hubungan anda berdua harus bertukar dari ibu bapa-anak kepada orang dewasa dengan orang dewasa. Mereka bukan sekadar anak kecil yang telah dewasa tetapi merupakan anak lelaki atau perempuan dewasa. Mereka seolah-olah telah menjadi rakan sebaya anda. Namun demikian, memang sukar menghapuskan sentimen saya akan selalu merupakan ibu / bapa anda. Itulah sebabnya melihat anak lelaki atau perempuan anda bergelut – dan memilih supaya tidak menyelamatkan mereka – adalah keputusan yang menyakitkan. Mungkin mereka mempunyai masalah dengan dadah atau alkohol. Mungkin mereka meminta duit atau bantuan untuk masalah dengan pihak berkuasa. Mungkin mereka enggan menerima nasihat anda tetapi selalu meminta anda menyelesaikan masalah untuk mereka. Mungkin mereka telah memilih gaya hidup yang akan memusnahkan mereka. Mungkin mereka menggunakan cucu anda sebagai ‘perisai’ atau ‘alat rundingan’, melumpuhkan dan menghindari-mu dari mengambil tindakan yang betul kerana bimbang memudaratkan cucu. Ini memang menyakitkan. Dan ia pedih kerana anda sayang anak-anak anda. Namun demikian, kasihmu untuk mereka – dan hati anda yang baik yang mahukan yang terbaik untuk mereka – boleh diperalatkan. Memilih kasih tegas akan melindungi hati anda supaya tidak tertipu. Memilih kasih tegas tidak bermakna anda tidak mengasihi mereka; ia bermakna kasihmu tidak dapat digunakan sebagai senjata terhadap anda. Dengan mengikuti langkah-langkah asas yang telah digambarkan di atas, mari kita lihat bagaimana melaksanakan kasih tegas terhadap anak lelaki dewasa yang enggan mencari kerja. · Kami sayang padamu dan anda akan sentiasa menjadi anak kami. Tetapi anda sekarang sudah dewasa dan mesti mendapat pekerjaan supaya anda dapat mencapai potensi anda dengan sepenuhnya. · Seorang lelaki sejati boleh berdikari. Dia tahu bagaimana bekerja dengan orang lain dan dia tidak bergantung kepada orang lain untuk kebajikannnya. · Kami tidak akan membayar bil anda lagi. · Kamu akan mula membayar sewa kepada kami. · Jika anda enggan mencari kerja, anda mesti mencari tempat tinggal yang lain, dan anda akan bertanggungjawab untuk sebarang bayaran lewat dan pemungut bil. Bagaimana dengan anak yang menyalahgunakan dadah atau alkohol? · Pilihanmu untuk menyalahgunakan dadah dan alkohol memudaratkan anda dan keluarga. · Kami mahu melihat anda membuang kesemua botol dan pil. · Kami akan mendapatkan rakan untuk anda bagi tujuan akauntabiliti dan kami akan memintanya pada bila-bila masa untuk meneliti keadaanmu dan membuat carian di tempat tinggal anda. · Anda diberi tempoh satu minggu untuk pergi ke program pemulihan atau kami akan mencari program untukmu. · Sekiranya anda enggan mengambil langkah-langkah ini, anda akan bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat buruk dari segi undang-undang, kesihatan atau kewangan. Anda tidak akan dibenarkan kembali bersama kami. Tiada ibu bapa yang mahu menghalau anak-anak mereka dari rumah, tetapi ini mungkin merupakan tindakan yang paling penyayang. Bagaimana kalau kasih tegas tidak berkesan? Kasih tegas bukanlah suatu formula. Walaupun terdapat keadaan yang paling baik, doa bersungguh-sungguh dari keluarga dan para sahabat, atau nasihat yang paling bijak dari pakar terapi yang terlatih, pesalah laku adalah satu-satunya orang yang boleh memilih untuk berubah. Ya, kita akan sentiasa mengasihi mereka dan berdoa untuk pemulihan. Dan ya, kita berharap mereka akan sedar bahawa gaya hidup mereka berbahaya dan akan memilih untuk berubah. Tetapi apa yang boleh dibuat jika mereka enggan berbuat demikian? Adakah ini bermakna bahawa kasih tegas telah gagal – atau kita telah gagal? Tidak sama sekali. Kasih tegas selalunya berkesan dalam erti kata bahawa ia memberikan kita sesuatu cara bertindak balas yang jelas dari orang lain, dan ini bermakna bahawa kita tidak lagi berada dalam keadaan kebuntuan. Dalam kata lain, kita menjadi lebih yakin tentang diri kita dan kita tidak ragu-ragu tentang pendirian orang lain. Malangnya ini tidak menjaminkan kesudahan yang bahagia. Salah satu keadaan yang paling memedihkan ialah apabila orang yang dikasihi memilih gaya hidup yang memudaratkan walaupun kita sudah cuba sedaya upaya untuk membantunya. Ia menyakitkan hati. Ia sukar diterima, dan itulah sebabnya kita mahu memberi peluang kedua (ketiga, keempat – kesepuluh) – walaupun kita tahu dengan mendalam bahawa memberi peluang berulang kali tidak berkesan. Itulah sebabnya keyakinan diri dan kesedaran tentang identiti kita sendiri amat penting. Sekiranya anda percaya bahawa nilai diri anda adalah berdasarkan penerimaan orang lain, anda akan mengambil tindakan yang tidak berkesan. Walaupun penolakan dari orang lain mungkin sangat memedihkan, satu-satunya pilihan anda untuk masa depan yang sihat ialah kesedaran bahawa anda bernilai tidak kira apa yang mereka kata atau buat. Walau apa pun, tabahkan hati anda. Berpegang teguh kepada garis sempadan yang anda tetapkan, jaga dirimu, dan berhubung rapat dengan sistem sokongan anda. Diterjemah dari Bahasa Inggeris. Digunakan dengan kebenaran.1028
- Mazmur 139:14 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·10 December 2021Aku akan memuji-Mu, kerana aku dicipta dengan mengagumkan dan menakjubkan; sungguh menakjubkan ciptaan-Mu, dan ini amat diketahui oleh jiwaku.103
- Tujuan TUHAN semua akan dipersatukan di bawah pemerintahan YesusIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·9 November 2021Tujuan Allah ialah supaya apabila waktunya tiba, segala sesuatu di surga dan di bumi akan dipersatukan di bawah pemerintahan Kristus. Tambahan pula, melalui Kristus Allah telah memilih kita sesuai dengan keinginannya sejak awal. Dan apa yang diputuskan Allah, itulah yang dilakukan-Nya. Efesus 1:10-11 FAYH https://bible.com/bible/2727/eph.1.10-11.FAYH103
- 2 Korintus 9:7 (AVB)In Grafik Firman Tuhan & Animasi·28 November 2021Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira.105
- Jadilah sahabat setia bahkan saudara yang sama-sama menanggung kesusahanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·2 October 2021Seorang sahabat selalu setia kepada kawan, tapi seorang saudara ikut menanggung kesusahan. Amsal 17:17 BIMK https://bible.com/bible/27/pro.17.17.BIMK1010
bottom of page












