Support Us
Support Us
Cari
3266 results found with an empty search
- Taatilah Perintah Tuhan
1 Samuel 13:9-10,13-14 (Alkitab Berita Baik) Oleh itu Raja Saul bertitah kepada mereka, "Bawalah ke mari korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN." Kemudian Raja Saul sendiri mempersembahkan korban itu, tetapi sebaik sahaja Raja Saul selesai mempersembahkannya, Samuel tiba. Raja Saul menemui Samuel untuk menyambutnya, Samuel menjawab, "Perbuatan tuanku itu tindakan yang bodoh. Tuanku tidak mentaati perintah TUHAN, Allah tuanku, kepada tuanku. Jika tuanku taat, TUHAN pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel sampai selama-lamanya. Tetapi sekarang kerajaan tuanku tidak akan tahan lama. Oleh sebab tuanku tidak taat kepada-Nya, TUHAN akan mencari orang lain yang dikehendaki-Nya untuk dilantik menjadi raja umat-Nya." Pengajaran/Refleksi: Raja Saul mempersembahkan korban kepada TUHAN dengan tujuan untuk menyenangkan hati-Nya dan memohon berkat, namun dia melakukannya tanpa menunggu waktu yang ditetapkan TUHAN dan tanpa sabar menunggu Samuel, yang seharusnya melaksanakan persembahan itu. Kesalahan yang dilakukan oleh Raja Saul di sini ialah tindakan mempersembahkan korban kepada TUHAN tanpa menunggu ketibaan Nabi Samuel, yang seharusnya melakukan upacara mempersembahkan korban tersebut. Samuel menyatakan bahawa perbuatan Saul itu bodoh kerana ia melanggar perintah TUHAN. Akibat ketidaktaatan Raja Saul, TUHAN tidak mengizinkan keturunan Saul untuk memerintah umat-Nya selama-lamanya. TUHAN akan mencari orang lain yang dikehendaki-Nya untuk dilantik menjadi raja. Jangan cuba melakukan sesuatu pelayanan tanpa izin TUHAN atau yang tidak mematuhi perintah-Nya. Hendaklah kita memiliki hati yang mentaati segala perintah TUHAN sepanjang hidup kita. Doa: Ya TUHAN, berkati firman-Mu hari ini dalam hidup kami, supaya kami tetap taat melakukan segala perintah-Mu. Pimpin dan kuasailah hidup kami setiap waktu. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Hidup Dalam Kepastian
Oleh Pr Sinawat Buayeh
- Taatilah TUHAN dan Abdikan Diri kepada-Nya
1 Samuel 12:23-25 (Alkitab Berita Baik) “Bagi diriku, berdosalah aku terhadap TUHAN jika aku tidak lagi berdoa untuk kamu; semoga TUHAN menghindarkan dosa itu daripadaku. Sebaliknya aku akan terus mengajar kamu hal-hal yang baik dan yang benar. Taatilah TUHAN dan abdikan diri kepada-Nya dengan setia dan dengan sepenuh hati. Ingatlah akan perbuatan besar yang sudah dilakukan-Nya untuk kamu. Tetapi jika kamu terus-menerus berdosa, kamu dan raja kamu akan binasa.” Pengajaran/Refleksi: Ketaatan kepada TUHAN dan pengabdian diri kepada-Nya merupakan inti ajaran Kristian. Ajaran ini menekankan hubungan peribadi yang akrab dengan Allah melalui Yesus Kristus dan diwujudkan dalam pelbagai aspek hidup kita melalui doa, persaudaraan(fellowship) dengan orang seiman, amalan membaca Alkitab, merenungkan dan melakukan firman TUHAN serta hidup suci. Doa: Ya TUHAN, berkati firman-Mu hari ini dalam hidup kami, supaya kami tetap taat dan mengabdikan diri kepada-Mu seumur hidup kami. Pimpin dan kuasailah hidup kami setiap waktu. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Kedatangan Kristus Untuk Menghapuskan Dosa
“Kamu tahu bahawa Kristus dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia; dalam diri-Nya tiada dosa.” – 1 Yohanes 3:5 AVB Yohanes memberitahu orang percaya bahawa kedatangan kali pertama Yesus ke dunia ini sebagai manusia adalah untuk menghapuskan dosa umat manusia. Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. (Roma 6:23 AVB) Untuk menebus manusia yang berdosa daripada akibat dosa, seekor anak domba yang tidak bercacat cela diperlukan sebagai korban penghapus dosa. Oleh itu, Allah mengutus Anak Tunggal-Nya, Yesus Kristus, ke dunia ini sebagai manusia demi menghapuskan dosa semua manusia. Yesus layak menjadi Anak Domba yang tidak bercacat cela kerana dalam Dia langsung tidak ada dosa, tidak ada sesuatu pun yang bertentangan dengan kehendak Allah pada bila-bila masa dan dalam apa cara sekalipun. Sebab dalam Yesus tidak ditemukan satu dosa pun, maka layaklah Yesus menjadi Anak Domba yang dikorbankan untuk menebus kita daripada dosa. Oleh itu, kita amat bersyukur kepada Tuhan yang menyerahkan Anak-Nya untuk dikorbankan bagi dosa kita, agar kita tidak binasa tetapi dibebaskan daripada hukuman dosa. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk mengucapkan syukur atas kasih-Mu yang sangat besar sekali dalam hidupku. Walaupun aku orang berdosa, Tuhan Yesus Kristus rela mati di salib untuk menyelamatkan aku daripada hukuman. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Dosa Itu Pelanggaran Terhadap Hukum Allah
“Sesiapa yang berbuat dosa, melanggar hukum Allah, kerana dosa itu pelanggaran terhadap hukum Allah.” – 1 Yohanes 3:4 Alkitab Berita Baik Dosa ialah pelanggaran terhadap hukum Tuhan. Oleh itu, setiap pelanggaran terhadap hukum Tuhan merupakan dosa. Pelanggaran ini mungkin terjadi dalam tiga aspek hidup kita, iaitu melalui perbuatan, kata-kata, dan fikiran yang jahat. Dosa, sebagai pelanggaran terhadap hukum Tuhan, dapat diatasi dengan pertolongan-Nya. Kita hendaklah membiarkan seluruh hidup kita dikuasai oleh Roh Tuhan. Apabila Roh Tuhan menguasai hidup kita, perbuatan, kata-kata, dan fikiran kita akan dipimpin oleh-Nya. Galatia 5:22-23a AVB: “Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri.” Oleh itu, kita harus membiarkan Roh Tuhan menguasai dan membimbing seluruh hidup kita setiap hari, agar kita sentiasa menjalani hidup berdasarkan hukum Tuhan. Roh Tuhan yang menguasai kita akan menolong dan memampukan kita untuk hidup menurut hukum-Nya. Marilah kita berusaha mengelakkan diri daripada dikuasai oleh dosa, kerana dosa akan menyebabkan perbuatan, kata-kata, dan fikiran kita tidak diperkenan Tuhan. Selain itu, kita kehilangan kedamaian, ketenangan, dan kebahagiaan dalam hidup ini. Datanglah kepada Tuhan untuk memohon pengampunan sekiranya kita telah melanggar hukum-Nya melalui perbuatan, kata-kata, dan fikiran kita. Tuhan yang maha kasih dan adil akan mengampuni kita apabila kita mengakui dosa-dosa kita di hadapan-Nya. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon pengampunan atas segala dosa dan pelanggaran dalam hidupku. Bersihkan dan sucikanlah aku daripada segala dosaku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Panggilan Untuk Ikut Menderita
Oleh Pr Sinawat Buayeh
- Kita Menjadi Anak-Anak-Nya Atas Anugerah-Nya
“Ketahuilah betapa kasihnya Bapa kepada kita sehingga kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah begitu! Sebabnya dunia ini tidak mengenal kita ialah kerana dunia ini tidak mengenal Allah.” – 1 Yohanes 3:1 AVB Yohanes menginginkan setiap orang percaya pada saat ini untuk merenungkan betapa besarnya kasih Allah Bapa kepada mereka, sehingga mereka diperakui sebagai anak-anak Allah dan benar-benar merupakan anak-anak-Nya. Oleh sebab dunia ini tidak mengenal Allah, dunia ini pun tidak faham bahawa mereka menjadi anak-anak Allah. Apabila orang percaya menyerahkan hidup mereka sepenuhnya kepada Tuhan Yesus dan hidup bersatu dengan-Nya, mereka akan menerima status dan kedudukan yang baru dalam-Nya. Mereka tidak lagi disebut sebagai musuh Tuhan, melainkan disebut sebagai anak-anak-Nya. Status yang baru ini terhasil atas kasih-Nya yang sangat besar kepada mereka. Begitu juga hubungan kita dengan Tuhan pada hari ini; kita menjadi anak-anak Tuhan bukan atas usaha kita sendiri, tetapi atas kasih dan anugerah Tuhan yang begitu besar kepada kita, yang diberikan oleh-Nya kepada setiap kita. Oleh sebab kasih-Nya, kita dilayakkan untuk menjadi anak-anak Tuhan. Ingatlah, saya dan anda disebut sebagai anak-anak Tuhan pada hari ini bukan atas usaha kita sendiri atau kebaikan kita, tetapi atas kasih dan anugerah-Nya kepada kita. Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan mengucapkan syukur kerana Engkau menerima aku sebagai anak-Mu. Walaupun aku orang berdosa, Engkau tetap menerima dan mengampuni aku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Hidup Sebagi Umat Allah Yang Kudus
Oleh Pr Sinawat Buayeh
- Janganlah Mengasihi Dunia Ini
“Dunia dan segala hawa nafsu yang ada di dalamnya sedang lenyap, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah akan kekal selama-lamanya.” – 1 Yohanes 2:17 AVB Dunia yang dimaksudkan oleh Yohanes di sini tidak merujuk kepada bumi yang kita diami atau manusia yang tinggal di bumi ini. Sebaliknya, Yohanes merujuk kepada semua perkara yang menentang perintah Tuhan. Oleh itu, Yohanes memperingatkan setiap orang yang percaya kepada Tuhan Yesus supaya tidak mengasihi dunia ini, kerana dunia yang dikasihi oleh manusia pasti akan lenyap pada waktunya bersama segala yang jahat dan terlarang. Inilah sebabnya Yohanes menegah setiap orang percaya daripada mengasihi dunia ini. Namun demikian, mereka harus tetap melakukan kehendak Tuhan selagi mereka masih hidup di dunia ini. Sebab apabila waktunya tiba, mereka tidak akan dibinasakan bersama segala yang jahat di dunia ini; tetapi mereka yang tetap melakukan kehendak Tuhan akan menerima hidup kekal. Dengan itu, memanglah bodoh jika kita terus mengasihi dunia ini kerana dunia ini akan lenyap pada suatu hari nanti. Sesungguhnya, kita harus mengasihi Tuhan Allah kita dengan sepenuh hati. Janganlah kita mengundurkan diri, walaupun sering melalui pelbagai keadaan yang sangat menyulitkan hidup kita, tetapi hendaklah tetap setia kepada Tuhan sepanjang hayat kita . Doa: Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon bimbingan dan kasih kurnia-Mu terhadap hidupku. Ajarlah aku untuk mengasihi-Mu lebih daripada segala-galanya di dunia ini. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Kasihilah Tuhan Lebih Daripada Dunia Ini
Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya” – 1 Yohanes 2:15 AVB Yohanes memperingatkan orang yang percaya kepada Tuhan Yesus agar berhati-hati terhadap ancaman yang dapat merosakkan hubungan peribadi mereka dengan Tuhan. Oleh itu, mereka harus memastikan kasih mereka kepada Tuhan bertapak kukuh dalam hati agar tidak terjerumus dalam kasih kepada dunia ini atau segala sesuatu yang ada di dalamnya. Jika kasih mereka kepada dunia ini atau hal-hal yang ada di dalamnya melebihi kasih mereka kepada Tuhan, maka kasih kepada Tuhan akan lenyap daripada hati mereka. Sebab kasih kepada dunia atau perkara-perkara duniawi cenderung memadamkan kasih kepada Tuhan. Jadi, janganlah membiarkan kasih kita kepada Tuhan semakin luntur dalam hidup kita. Kasih kepada dunia ini, semuanya berasal daripada keinginan dan tabiat manusia yang berdosa; apa yang kita lihat menimbulkan keinginan dalam hati dan membawa kesombongan diri. Kasih yang sebegini bukanlah kasih yang berasal daripada Tuhan. Oleh itu, marilah kita melatih diri kita untuk berhenti mengasihi dunia yang penuh dengan kejahatan dan berusaha menutup setiap ruang hidup kita daripada segala tarikan dunia. Pr Patrick Taie
- Iman Dilepaskan
Oleh Pr Sabrina Low
- Jangan Takut dan Jangan Membelakangi Tuhan Lagi
1 Samuel 12:20-22 (BM) Samuel menjawab, "Jangan takut! Walaupun kamu sudah melakukan perkara yang jahat, jangan belakangi TUHAN. Tetaplah mengabdi kepada-Nya dengan sepenuh hati kamu. Jangan ikut dewa-dewa yang tidak dapat menolong ataupun menyelamatkan kamu, kerana dewa-dewa itu sebenarnya tidak wujud. TUHAN sudah bersumpah bahawa Dia tidak akan meninggalkan kamu, kerana Dia sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri. Pengajaran/Refleksi Jangan takut ! Walaupun kamu sudah melakukan perkara yang jahat, jangan membelakangi TUHAN lagi walau apapun yang terjadi dalam kehidupan kita. Tetaplah mengabdikan diri kepada TUHAN dengan sepenuh hati dan jangan ikut dewa-dewa yang tidak dapat menolong ataupun menyelamatkan kamu, kerana dewa-dewa itu sebenarnya tidak wujud. Syukur kepada TUHAN kerana DIA telah bersumpah bahawa DIA tidak akan meninggalkan kita, kerana DIA sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kita umat-Nya sendiri. Doa TUHAN, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya kami tetap berharap kepada-Mu selama-lamanya. Pimpinlah dan kuasailah hidup kami sentiasa. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit












