top of page

Cari

3266 results found with an empty search

  • Tuhan Dengar Doa Kami

    Oleh Evelyn Bandong

  • Mana Satu Yang Anda Pilih, Tuhan atau Manusia?

    1 Samuel 10:17-19 (BM) Kemudian Samuel memanggil umat Israel berkumpul di hadapan TUHAN di Mizpa. Dia berkata kepada mereka, "Demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, 'Aku sudah membawa kamu keluar dari Mesir, dan membebaskan kamu daripada bangsa itu dan bangsa-bangsa lain yang menindas kamu. Akulah Allah kamu yang melepaskan kamu daripada segala kesengsaraan dan penderitaan. Tetapi sekarang kamu telah menolak Aku, Allah kamu, kerana kamu minta Aku melantik seorang raja bagi kamu. Baiklah, berkumpullah di hadapan-Ku, TUHAN kamu, suku demi suku dan puak demi puak." Pengajaran/Refleksi Tuhan mengingatkan umat-Nya bahwa Dialah yang membawa mereka keluar dari Mesir, membebaskan mereka dari bangsa-bangsa yang menindas, serta melepaskan mereka dari segala kesengsaraan dan penderitaan. Meskipun Tuhan telah melakukan semua itu, umat-Nya tetap menolak Dia sebagai Raja mereka dengan meminta seorang raja manusia. Ini menunjukkan bahwa mereka lebih berharap kepada pemimpin manusia daripada kepada Tuhan. Saudara dalam Yesus Kristus, mana satu yang saudara pilih, manusia atau Allah? Saya ingin mengatakan, seperti yang dikatakan Yosua, “Aku dan keluargaku akan berharap dan melayani Tuhan selamanya.”  Bagaimana dengan saudara dan keluarga hari ini? Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami agar tetap berharap kepada-Mu sampai selamanya. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Korban yang Menyenangkan Hati Tuhan

    1 Samuel 10:8, 11-12 (BM) Selepas itu kamu harus pergi ke Gilgal lebih awal daripada saya, dan tunggu di sana selama tujuh hari. Kemudian saya akan datang untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk memohon berkat TUHAN, serta memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan." Orang yang mengenal Saul sejak dahulu, melihat kelakuannya lalu bertanya satu sama lain,"Apakah yang sudah terjadi kepada anak Kish itu? Adakah Saul juga menjadi seorang nabi?" Kemudian seorang yang tinggal di situ bertanya, "Bagaimana dengan nabi-nabi yang lain itu - pada fikiran kamu siapakah bapa mereka?" Itulah asal mulanya pepatah ini, "Adakah Saul juga menjadi seorang nabi?" Pengajaran/Refleksi Menyenangkan hati Tuhan bukanlah sekadar melakukan ritual atau menjalankan kewajiban agamawi. Ini adalah cara hidup yang berakar pada hubungan intim dengan Tuhan. Alkitab mengajarkan bahwa menyenangkan hati Tuhan berarti mencari kehendak-Nya dan menjalankan perintah-Nya dengan segenap hati. Menyenangkan hati Tuhan menyerap seluruh aspek kehidupan orang percaya, termasuk hubungan interpersonal, pekerjaan, dan keputusan pribadi. Hidup di dalam Kristus berarti berjalan menurut Roh dan bukan menurut daging. Ini berarti terus-menerus mematikan keinginan daging dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada kehendak Tuhan. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan, dan melakukan kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Orang yang Dikuasai oleh Roh Tuhan Akan Diberikan Sifat Baru

    1 Samuel 10:5-7 (BM) Selepas itu pergilah ke bukit Allah di Gibea. Di sana ada perkhemahan orang Filistin. Di pintu masuk kota, kamu akan berjumpa dengan sekumpulan orang nabi yang turun dari bukit, tempat mazbah itu. Mereka bermain gambus, rebana, seruling, dan kecapi. Mereka menari-nari dan berteriak-teriak. Pada saat itu juga Roh TUHAN akan menguasai kamu, dan kamu akan diberikan sifat baru, lalu kamu akan mengikut mereka menari-nari dan berteriak-teriak. Apabila hal itu terjadi, buatlah apa saja yang kamu rasa baik, kerana Allah menyertaimu. Pengajaran/Refleksi "Orang yang dikuasai Roh Tuhan" menggambarkan individu yang hidup dalam hubungan yang erat dan intim dengan Roh Kudus. Mereka akan menerima bimbingan dan kekuatan dari Roh Kudus, yang mentransformasi cara pandang, tindakan, dan tujuan hidup mereka. Mereka akan: Hidup dalam ketaatan, Memiliki Buah Roh (Galatia 5:22-23), Memiliki karunia Roh (1 Korintus 12:7-11), Memiliki kepekaan rohani, dan Memiliki keberanian untuk melayani. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami kehidupan yang dikuasai oleh Roh Tuhan, supaya kami dapat melakukan kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Berusaha

    Oleh Alice Rubin

  • Penuai Jiwa Yang Efektif

    Oleh Pr Logasvaran

  • Tuhan Memilih Seseorang Menjadi Apa Saja, Sesuai Kehendak-Nya

    1 Samuel 10:1-2 (BM) Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, "TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya: Selepas kamu meninggalkan saya hari ini, kamu akan berjumpa dengan dua orang lelaki dekat kubur Rahel di Zelzah, di wilayah Benyamin. Mereka akan berkata kepadamu begini, 'Keldai-keldai yang kamu cari itu sudah dijumpai. Sekarang bapamu tidak lagi khuatir tentang keldai-keldai itu, tetapi terus-menerus bertanya apa yang harus dilakukannya untuk menjumpai kamu.'" Pengajaran/Refleksi Samuel menuangkan minyak zaitun ke atas kepala Saul dan mencium Saul, lalu berkata, "TUHAN melantik engkau menjadi raja umat-Nya." Saul akan memerintah umat Tuhan dan melindungi mereka daripada semua musuh. Tuhan membuktikan bahawa Saul adalah raja yang dipilih-Nya dengan memberi tanda bahawa keldai-keldai yang hilang telah dijumpai. Kita harus menghormati orang yang telah dipilih oleh Tuhan untuk melaksanakan kehendak-Nya, baik itu raja, nabi, rasul, pengajar, penginjil, atau gembala. Tuhan memilih mereka untuk melengkapi umat-Nya agar dapat melakukan segala perkara yang baik (lihat Efesus 4:11-12). Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami menghormati setiap hamba-Mu yang Engkau pilih untuk melakukan kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Ditelan

    Oleh Elesca Makaji

  • Tuhan Melihat Penderitaan Kita dan Mendengar Tangisan Kita

    1 Samuel 9:6, 16 (BM) Hambanya menjawab, "Tunggu dulu! Di kota ini ada seorang hamba Allah. Dia sangat dihormati orang kerana apa sahaja yang dikatakannya selalu benar-benar terjadi. Marilah kita pergi berjumpa dengan dia. Barangkali dia dapat memberitahu kita di mana keldai-keldai itu." "Esok pagi kira-kira waktu begini, Aku akan mengutus seorang lelaki daripada suku Benyamin berjumpa dengan engkau. Lumurilah kepalanya dengan minyak sebagai tanda untuk melantiknya menjadi raja umat-Ku Israel. Dia akan membebaskan umat-Ku daripada orang Filistin. Aku sudah melihat penderitaan umat-Ku, dan Aku sudah mendengar tangisan mereka minta tolong." Pengajaran/Refleksi Saudara dalam Yesus Kristus, jika saat ini saudara-saudari menghadapi kesulitan atau pergumulan, ingatlah bahawa Tuhan melihat penderitaan dan mendengar tangisan kita. Marilah kita membawa semua masalah kita kepada-Nya; Dia akan mendengarkan keluhan dan tangisan kita. Dalam setiap masalah atau pergumulan yang saudara hadapi, janganlah melarikan diri atau mengabaikannya, tetapi datanglah kepada Tuhan dan berdoalah kepada-Nya. Tuhan berkata, "Aku sudah melihat penderitaan kita sebagai umat-Nya dan sudah mendengar tangisan kita." Hallelujah dan Amin! Mari kita terus percaya bahawa Tuhan yang penuh kasih akan bertindak untuk membebaskan kita, umat-Nya, dari segala beban dan penderitaan. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya datang kepada-Mu dalam segala kesulitan kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Musuh Kepada Yang Paling Baik

    Oleh Pak Tang Hockmen

  • Mencari Yang Terhilang

    Oleh Pr Logasvaran

bottom of page