Support Us
Support Us
Cari
3266 results found with an empty search
- Segala Firman Tuhan yang Di Firmankan Pasti Akan Berlaku
1 Samuel 2:31-34 (BM) Dengarlah, akan tiba masanya Aku membunuh semua orang lelaki daripada keluarga dan puakmu, sehingga tiada seorang lelaki pun daripada keluargamu yang akan hidup sampai usia lanjut. Engkau akan sedih dan iri hati melihat segala berkat yang akan Kuberikan kepada orang lain di Israel, sedangkan dalam keluargamu sendiri semua orang akan mati muda. Namun, seorang daripada keturunanmu akan Kubiarkan hidup, dan dia akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam. Tetapi dia akan menjadi buta dan hidup dengan putus asa. Semua keturunanmu yang lain akan dibunuh dengan kejam. Apabila kedua-dua orang anakmu, Hofni dan Pinehas, meninggal pada hari yang sama, barulah engkau sedar bahawa semua yang Aku firmankan ini akan benar-benar berlaku. Pengajaran/Refleksi Tuhan membunuh semua anak lelaki Eli dan puaknya, sehingga tiada seorang pun daripada keluarganya yang akan hidup sampai lanjut usia; mereka akan mati muda. Berkat itu akan diberikan Tuhan kepada orang lain. Walaupun demikian, Tuhan akan membiarkan seorang keturunan Eli hidup dan mengabdikan diri kepada-Nya sebagai imam, tetapi dia akan menjadi buta dan hidup dengan putus asa. Segala sesuatu yang telah difirmankan Tuhan, iaitu tentang hukuman yang ditimpakan kepada keluarganya, akan benar-benar berlaku. Firman Tuhan itu ya dan amin! Kami merendahkan diri di hadapan-Mu ya Tuhan. Kiranya kami ada melakukan dosa baik yang kami sedari dan tidak sedari, kami mohon pengampunan daripada-Mu. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya tidak berdosa terhadap Engkau. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Mereka yang Menghormati Aku Akan Kuhormati, dan Mereka yang Menghina Aku Akan Dihina
1 Samuel 2:29-30 (BM) Tetapi mengapakah engkau masih tamak melihat persembahan dan korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku? Mereka mempersembahkan semuanya kepada-Ku menurut perintah-Ku kepada mereka. Hai Eli, mengapa engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada menghormati Aku, dan membiarkan mereka menggemukkan diri dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku? Aku TUHAN, Allah Israel, dahulu telah berjanji bahawa keluarga dan puakmu akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam untuk sepanjang masa. Tetapi sekarang Aku tidak menghendaki hal itu lagi! Sebaliknya, mereka yang menghormati Aku akan Kuhormati, dan mereka yang menghina Aku akan dihina. Pengajaran/Refleksi TUHAN memanggil nama Eli dan berkata, "Hai Eli, mengapa engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada menghormati Aku, dan membiarkan mereka menggemukkan diri dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku?" "Aku TUHAN, Allah Israel, dahulu telah berjanji bahawa keluarga dan puakmu akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam untuk sepanjang masa. Tetapi sekarang Aku tidak menghendaki hal itu lagi!" "Mereka yang menghormati Aku akan Kuhormati, dan mereka yang menghina Aku akan dihina." Kita harus berhati-hati dengan apa yang kita lakukan pada saat ini. Layani TUHAN dengan bersungguh-sungguh. Jangan seperti keluarga Eli yang tidak menghormati TUHAN dalam pelayanan mereka, sehingga akhirnya, TUHAN tidak menghendaki hal itu lagi. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya tidak berdosa terhadap Engkau. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Kisah Sang Penakluk
Oleh Yannes Embuyang
- Angin Dan Api Untuk Menggenapi Amanat Agung
Oleh Pak Pudun Tadam
- Allah Membelaku yang Sungguh
1 Samuel 2:22-25 (BM) Eli sudah sangat tua. Dia selalu mendengar aduan tentang perbuatan anak-anaknya terhadap umat Israel. Eli tahu juga bahawa anak-anaknya itu meniduri perempuan-perempuan yang bertugas di pintu Khemah TUHAN. Oleh itu Eli berkata kepada anak-anaknya, "Aku sudah diberitahu oleh setiap orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu melakukan hal itu? Jangan berbuat begitu lagi, hai anak-anakku. Sangat buruk perkara yang dikatakan oleh umat TUHAN tentang kamu. Jika seseorang berdosa terhadap manusia, Allah dapat membelanya; tetapi jika seseorang berdosa terhadap TUHAN, siapakah yang dapat membelanya?" Tetapi anak-anak Eli itu tidak mempedulikan nasihat bapa mereka, kerana TUHAN sudah mengambil keputusan untuk membinasakan mereka. Pengajaran/Refleksi Eli menegur atau menasihati anak-anaknya tentang perbuatan mereka yang jahat. Dia berkata, "Mengapa kamu melakukan hal itu?" Tinggalkan segala perbuatanmu yang jahat itu, sebab jika seseorang berdosa terhadap manusia, Allah dapat membelanya; tetapi jika seseorang berdosa terhadap TUHAN, siapakah yang dapat membelanya?" Jangan berdosa terhadap TUHAN sebab, tidak ada yang dapat membelanya! Mereka yang tidak bertaubat pasti akan binasa. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya tidak berdosa terhadap Engkau. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Hadirat-Mu
Oleh Cray Maxwell
- Anak Anak Siang
Oleh Pr Eddy Marson
- Tuhan Akan Mengganti Apa Yang Kita Persembahkan Kepada-Nya
1 Samuel 2:20-21 (BM) Kemudian Eli memberkati Elkana dan isterinya, serta berkata kepada Elkana, "Semoga TUHAN mengurniai kamu anak-anak lain daripada isterimu ini, untuk menggantikan anak yang sudah kamu serahkan kepada TUHAN." Selepas itu mereka pulang ke Rama. Hana diberkati oleh TUHAN, lalu Hana melahirkan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Samuel pun bertambah besar sementara dia mengabdi kepada TUHAN. Pengajaran/Refleksi Eli memberkati Elkana dan Hana dengan ucapan, "Semoga TUHAN mengurniai kamu anak-anak lain untuk menggantikan anak yang sudah kamu serahkan kepada TUHAN." TUHAN benar-benar memberkati mereka dengan lima orang anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Dalam kehidupan kita, kita juga percaya bahawa TUHAN akan menggantikan atau membalas segala yang kita persembahkan kepada-Nya. DIA tahu apa yang kita perlukan, dan pada saat yang tepat, DIA akan menyediakan bagi kita. Oleh itu, janganlah kita enggan memberi kepada TUHAN, baik dalam persembahan hidup, waktu, atau sumber daya kita. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami untuk berserah sepenuhnya kepada-Mu dan melakukan kehendak-Mu. Ajarlah kami untuk selalu taat dan setia kepada-Mu. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Juruselamatku
Oleh Walter Samat
- Siapakah Yesus Kristus Bagimu
Oleh Pr Andy Anyi
- Mengabdikan Diri Kepada Tuhan
1 Samuel 2:17-18 (BM) Sementara itu, Samuel yang masih kanak-kanak terus mengabdi kepada TUHAN. Samuel memakai baju khas daripada kain linen, seperti baju ibadat para imam. Tiap-tiap tahun ibu Samuel membuat jubah kecil, lalu memberikan jubah itu kepada Samuel apabila ibu itu datang bersama dengan suaminya untuk mempersembahkan korban tahunan. Pengajaran/Refleksi Hana adalah seorang yang beribadah kepada Tuhan dengan ikhlas dan pasrah sepenuhnya. Dia bahkan sanggup menyerahkan Samuel, anak yang telah lama ditunggunya, untuk menjadi hamba Tuhan (ayat 11, rujuk 1:28). Tindakan Hana adalah berbeza dengan tindakan anak-anak Eli: Hofni dan Pinehas. Mereka adalah orang yang berpura-pura melayani Tuhan, tetapi sebenarnya mereka melayani diri mereka sendiri. Mereka dengan sewenang-wenangnya melanggar dan mengubah peraturan korban yang ditetapkan oleh Tuhan disertai dengan perbuatan bejat; anak-anak Eli sangat jahat kerana mereka tidak mengendahkan TUHAN (ayat 12-17). Elkana dan Hana memberikan contoh yang baik kepada kita pada hari ini, yang rela menyerahkan anaknya kepada Tuhan untuk melayani-Nya sepanjang hidupnya. Jika itu kehendak Tuhan bagi kita, berserahlah kepada Tuhan dan lakukan kehendak-Nya dengan hidupmu. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya berserah kepada Tuhan sepenuhnya untuk melakukan kehendak-Nya. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit
- Proses Lebih Penting Dari Hasil
Oleh Tama Eka Prasetya












