top of page

Cari

3267 results found with an empty search

  • Pencerobohan Rumah

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Samuel Diserahkan Kepada Tuhan Untuk Melayani

    1 Samuel 1:22-24 (BM) Tetapi kali ini Hana tidak ikut. Dia berkata kepada suaminya, "Sebaik saja Samuel bercerai susu, aku akan membawa dia ke rumah TUHAN, dan dia akan tinggal di situ seumur hidupnya." Elkana berkata, "Baiklah, lakukanlah apa yang engkau pandang baik. Tinggallah di rumah sampai anak kita bercerai susu. Semoga TUHAN membuat janjimu menjadi kenyataan." Maka Hana tinggal di rumah sehingga anaknya itu bercerai susu. Setelah anak itu bercerai susu, Hana membawa dia ke rumah TUHAN di Silo. Pada masa itu Samuel masih sangat kecil. Hana juga membawa seekor lembu jantan yang berumur tiga tahun, sepuluh kilogram tepung gandum, dan satu kirbat wain. Pengajaran/Refleksi Elkana dan Hana ingin menyerahkan anak mereka kepada TUHAN, dan dia akan tinggal di situ seumur hidupnya. Selain menyerahkan anak mereka kepada TUHAN, Elkana dan Hana juga membawa persembahan kepada TUHAN. Mari kita belajar daripada kehidupan Elkana dan Hana, yang mempersembahkan sesuatu yang berharga (anak mereka) kepada TUHAN Yang Maha Kuasa untuk melakukan pekerjaan-Nya. Mereka juga memberi korban kepada TUHAN. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

  • Kesedihan Diganti Dengan Sukacita

    Oleh Wasyamira Bah Jusin

  • Lakukanlah Lagi

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Doa Hana Terjawab Dan Dia Memberi Persembahan Kepada Tuhan

    1 Samuel 1:19-21 (BM) Pada keesokan hari, Elkana dan keluarganya bangun pagi-pagi. Setelah mereka beribadat kepada TUHAN, mereka pulang ke Rama. Elkana bersetubuh dengan isterinya Hana, dan TUHAN mengabulkan doa Hana. Hana mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hana menamakan anak itu Samuel, kerana katanya, "Aku sudah memintanya daripada TUHAN." Kemudian tibalah masanya bagi Elkana dan keluarganya pergi ke Silo lagi untuk mempersembahkan korban tahunan kepada TUHAN. Selain itu, Elkana sudah berjanji untuk mempersembahkan suatu korban khas. Pengajaran/Refleksi Sudahkah doa saudara dan saudari dijawab oleh TUHAN seperti doa Hana yang memohon anak daripada TUHAN? Jika belum, berdoalah bersungguh-sungguh sehingga terjadi keterobosan atau sehingga doamu dijawab. Harus ingat, setelah doamu dijawab oleh TUHAN, saudara dan saudari harus memberi persembahan pujian syukur kepada TUHAN, untuk memuji dan menyembah DIA, yang layak disembah dan ditinggikan. Sudahkah saudara dan saudari membawa persembahanmu ke rumah TUHAN setelah Ia menjawab doamu ataupun telah memberkatimu dalam pekerjaan atau bisnismu selama ini? Jika belum, lakukanlah sekarang untuk TUHAN. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

  • Fikiran Yang Berkemenangan

    Oleh Pr Sam Surendran

  • Jangan Salah Sangka

    1 Samuel 1:13-18 (BM) Hana berdoa dengan senyap; oleh itu hanya bibirnya yang bergerak tetapi suaranya tidak kedengaran. Itulah sebabnya dia disangka mabuk oleh Eli. Kemudian Eli berkata kepadanya, "Jangan mabuk di sini! Jangan minum wain lagi!" Hana menjawab, "Tuan, saya tidak mabuk. Saya tidak minum wain. Saya putus asa, dan saya sedang berdoa untuk meluahkan isi hati kepada TUHAN. Tolong jangan anggap saya sebagai perempuan hina. Saya berdoa seperti ini kerana saya sangat sedih." Kemudian Eli berkata, "Jika begitu, pulanglah dengan sejahtera. Semoga Allah Israel mengabulkan permintaanmu." "Semoga saya mendapat restu tuan," kata Hana. Kemudian Hana pergi dari situ, lalu makan dan tidak sedih lagi. Pengajaran/Refleksi Jangan tersalah sangka terhadap sesuatu yang orang lain lakukan jika tidak ada buktinya. Jangan menganggap seseorang itu hina. Jangan seperti Eli yang menyangka Hana mabuk semasa dia berdoa, kerana dia berdoa dengan senyap (hanya bibirnya yang bergerak). Eli bukan hanya menyangka Hana mabuk tetapi berkata kepadanya, "Jangan mabuk di rumah TUHAN! Jangan minum wain lagi!" Hana menjelaskan bahawa dia tidak mabuk, tetapi sedang berdoa kerana putus asa, sangat sedih, dan meluahkan isi hatinya kepada TUHAN. Setelah berdoa, Hana tidak berasa sedih lagi. Jangan membuat tuduhan sebarangan atau menganggap sesuatu yang bukan-bukan terhadap orang lain jika tidak ada buktinya. Perkara kedua yang kita pelajari di sini adalah, mari kita datang kepada TUHAN dalam segala masalah kita. TUHAN pasti memberi kelegaan, pemulihan, dan kemenangan. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

  • Hana Berdoa Dengan Sepenuh Hati Kepada Tuhan

    1 Samuel 1:9, 11-12 (BM)Pada suatu hari, setelah mereka makan di rumah TUHAN di Silo, Hana bangkit dari tempat makan. Pada masa itu Imam Eli yang juga berada di rumah TUHAN, sedang duduk di kerusinya dekat pintu. Dengan sangat sedih, Hana berdoa kepada TUHAN sambil menangis tersedu-sedu.Kemudian Hana mengucapkan suatu janji, katanya, "Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, perhatikanlah hamba-Mu ini. Lihatlah kesusahanku, dan ingatlah akan aku. Jangan lupakan aku. Jika Engkau memberikan seorang anak lelaki kepadaku, aku berjanji akan menyerahkan dia kepada-Mu seumur hidupnya. Rambutnya tidak akan dipotong."Lama sekali Hana berdoa kepada TUHAN, dan selama itu Eli memperhatikan mulut Hana. Pengajaran/Refleksi Hana datang kepada TUHAN dengan sangat sedih, sambil menangis tersedu-sedu dan berkata, "Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, perhatikanlah hamba-Mu ini. Lihatlah kesusahanku, dan ingatlah akan aku. Jangan lupakan aku." Hana berjanji kepada TUHAN, "Jika Engkau memberikan seorang anak lelaki kepadaku, aku berjanji akan menyerahkan dia kepada-Mu seumur hidupnya." Jika pada saat ini, saudara dan saudari sedang menghadapi tekanan hidup ataupun masalah, datanglah kepada TUHAN, mohon pertolongan daripada-Nya, agar masalahmu dibebaskan. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

  • Bertahan Dalam Pencubaan

    1 Samuel 1:4-6, 8 (BM)Tiap-tiap kali Elkana mempersembahkan korban, dia memberikan satu bahagian daging korban itu kepada Penina dan satu bahagian kepada setiap anaknya. Walaupun Elkana sangat mencintai Hana, Elkana memberi dia satu bahagian daging sahaja, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepadanya. Hana selalu disakiti hati dan dihina oleh Penina, madunya itu, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepada Hana. Setiap kali pula suaminya Elkana akan bertanya kepadanya, "Hana, mengapa menangis? Mengapa tidak mahu makan? Mengapa selalu bersedih? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada sepuluh orang anak lelaki?" Pengajaran/Refleksi Firman Tuhan hari ini mengajar kita: Untuk belajar bersabar seperti Hana yang selalu disakiti hati dan dihina oleh Penina kerana dia tidak ada anak, meskipun Elkana sangat mencintai dia. Suaminya Elkana selalu melihat dia menangis dan bertanya kepadanya, "Hana, mengapa menangis? Mengapa tidak mahu makan? Mengapa selalu bersedih? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada sepuluh orang anak lelaki?" Mungkin saat ini saudara dan saudari sedang disakiti ataupun dihina oleh orang lain. Ingat bahawa Tuhan melihat semuanya dan pasti Dia akan masuk campur dalam kehidupanmu. Berserahlah kepada-Nya, mohon pertolongan daripada-Nya dan yakin bahawa Dia akan membantu dan membebaskanmu daripada segala masalah. Haleluya! Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

  • Ruth Melahirkan Seorang Anak Keturunan Daud

    Rut 4:16-18 (BM) Naomi mengambil anak itu, memeluknya serta mengasuh dia. Kaum perempuan yang berjiran dengan Naomi menamakan anak itu Obed. Mereka berkata kepada setiap orang, "Naomi mempunyai seorang anak lelaki!" Obed inilah yang kemudian menjadi bapa Isai, dan Isai menjadi bapa Daud. Keturunan Peres sehingga Daud adalah sebagai berikut: Peres, Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas, Obed, Isai, dan Daud. Pengajaran/Refleksi Hari ini, Firman Tuhan mengajar kita: Ruth melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Obed. Obed kemudian menjadi bapa Isai, dan Isai menjadi bapa Daud. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana Dia telah memilih Ruth sebagai saluran berkat yang dipilih oleh Tuhan untuk melahirkan seorang bayi yang menjadi keturunan Yesus di dunia ini. Melalui-Nya, umat-Nya mendapat kehidupan yang baru dan jaminan pada masa depan. Berharaplah sepenuhnya kepada Yesus Kristus dalam hidup kita. Tuhan dapat memilih siapa pun manusia di bumi ini untuk melakukan kehendak Allah. Siapkah saudara-saudari dipakai oleh Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya? Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

  • Menantu yang Mengasihi Ibu Mertuanya Akan Memberikan Hidup yang Baru dan Jaminan

    Rut 4:13-15 (BM) Kemudian Boas membawa Rut pulang sebagai isterinya. TUHAN memberkati Rut dan dia mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Kaum perempuan di tempat itu berkata kepada Naomi, "Pujilah TUHAN! Hari ini, Dia telah memberi kamu seorang cucu untuk memelihara kamu. Semoga anak ini terkenal di Israel kelak. Menantumu yang mengasihi kamu telah memperlakukan kamu lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Sekarang dia telah memberi kamu seorang cucu yang akan memberikan hidup yang baru kepadamu, dan menjamin hari tuamu." Pengajaran/Refleksi Hari ini, Firman Tuhan mengajar kita: Untuk mengasihi mertua perempuan seperti yang dilakukan oleh Ruth. Dia tetap mengasihi ibu mertuanya meskipun suaminya telah meninggal. Ruth memperlakukan Naomi lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Tuhan memberkati Ruth dengan seorang anak lelaki yang akan memberikan hidup baru kepada neneknya dan menjamin hari tuanya, memberi pengharapan kepada keluarganya. Perbuatan Ruth yang sungguh mengasihi ibu mertuanya menghasilkan kehidupan baru dan jaminan untuk masa tua dia dan ibu mertuanya. Itulah yang dilakukan oleh Tuhan Yesus di dunia ini, supaya umat-Nya mendapat kehidupan yang baru dan jaminan masa depan. Berharaplah sepenuhnya kepada Yesus Kristus dalam hidup kita. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit

bottom of page