Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Lingkupiku
Oleh Ming Yee
- Hidup Dalam Standard Allah
Oleh Vongco Eriano
- The Real You
Oleh Evelyn Bandong
- Rahsia Persembahan Yang Benar
Oleh Pr Robert Danor
- 4 Tips Untuk Saat Teduh
Oleh Morris Joham
- Membangun Keintiman Dengan Tuhan
Oleh Pr Robert Danor
- Perjalanan Hidup yang Dipimpin Tuhan
Teks Rut 4:5-6, 11 (BM) Boas berkata lagi, "Baiklah. Tetapi jika kamu membeli tanah itu daripada Naomi, ini bererti kamu mengambil Rut juga, balu yang berbangsa Moab itu. Dengan demikian tanah itu tetap menjadi milik keturunan orang yang sudah meninggal." Orang itu menjawab, "Jika demikian, biarlah saya melepaskan hak saya untuk membeli tanah itu, kerana walaupun saya membelinya, anak-anak saya tidak akan mewarisinya. Kamulah yang membeli tanah itu, saya tidak mahu." Para pemimpin kota dan semua orang yang berada di situ berkata, "Baiklah, kamilah yang menjadi saksi. Semoga TUHAN membolehkan isterimu menjadi seperti Rahel dan Lea, yang melahirkan banyak anak bagi Yakub. Semoga kamu menjadi kaya antara puak Efrata dan terkenal di Betlehem." Pengajaran/Refleksi Hari ini, Firman Tuhan mengajar kita: Walaupun Mahlon telah meninggal, tanah kepunyaannya tetap menjadi miliknya dan isterinya Ruth. Sesiapa yang membeli tanah Naomi, ibu kepada Mahlon, orang tersebut harus menjadikan Rut, isteri Mahlon, sebagai isteri orang itu. Firman Tuhan hari ini mengajar kita tentang kesetiaan Tuhan yang memimpin umat-Nya dalam segala urusan. Tuhan memberi pengertian kepada Boas untuk melaksanakan kehendak-Nya dengan membantu Naomi dan Ruth. Kita juga percaya bahawa Tuhan akan menyertai kehidupan kita dalam segala perkara. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Permintaan Pemberkatan Nehemia
Oleh Daniel Lim
- Peringatan Akan Salib Kristus
Oleh Pr Roy Agan
- Tuhan Sentiasa Menepati Janji-Nya
Teks Rut 2:20-23 (BM) "Semoga TUHAN memberkati Boas!" kata Naomi kepada Rut. "TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal." Katanya lagi, "Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita." Rut berkata, "Lagi pula, dia membenarkan saya memungut barli bersama-sama para pekerjanya sehingga mereka habis menuai seluruh ladang itu." Naomi berkata kepada Rut, "Memang, nak. Lebih baik engkau bekerja dengan para pekerja wanita di ladang Boas. Jika engkau bekerja di ladang orang lain, mungkin engkau akan diganggu oleh orang di sana." Maka Rut tetap mengikuti para pekerja wanita di ladang Boas. Rut memungut barli dan gandum di sana sehingga semuanya habis dituai. Selama itu Rut tinggal bersama dengan ibu mentuanya. Pengajaran/Refleksi Hari ini, Firman Tuhan mengajar kita: Ingat saudara dan saudari dalam Yesus Kristus, bahawa Allah kita menepati janji-Nya kepada setiap orang yang percaya kepada-Nya. Jika kita mahu tahu apa janji-janji TUHAN, kita harus membaca Alkitab sebab semua janji-Nya tertulis di sana. Janji-Nya digenapi dalam kehidupan Naomi dan Rut, iaitu TUHAN memberi segala keperluan kepada keduanya. Kita juga percaya bahawa TUHAN akan menyediakan segala yang kita perlukan dan juga perkara yang lain. Semoga TUHAN menggenapi janji-janji-Nya dalam setiap pribadi dan keluarga kita. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin! Rev. Ali Langgit
- Friendship Kit
Oleh Steffi Tabari
- Hidup Bergaul Dengan Allah
Oleh Pr Roy Agan












