top of page

Cari

3267 results found with an empty search

  • Segala Perbuatan Kita Ada Balasannya

    Teks Hakim-Hakim 20:38-42 (BM) Induk tentera telah bermuafakat dengan pasukan yang bersembunyi, bahawa apabila mereka nampak asap yang tebal naik dari kota itu, induk tentera harus berbalik dan menyerang musuh. Pada saat itu tentera Benyamin telah membunuh 30 orang askar Israel. Mereka berfikir, "Kami telah mengalahkan mereka seperti yang sudah-sudah." Tetapi tiba-tiba asap yang tebal mengepul naik dari tengah-tengah kota itu. Orang Benyamin terperanjat apabila mereka menoleh ke belakang dan nampak seluruh kota mereka terbakar. Ketika itu juga tentera Israel balik menyerang mereka, lalu keadaan tentera Benyamin menjadi kacau-bilau. Mereka sedar bahawa mereka akan kalah. Mereka mengundurkan diri daripada tentera Israel lalu lari ke arah padang gurun tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Mereka dikepung oleh induk tentera Israel dan pasukan askar yang pada saat itu sedang keluar dari kota. Orang Benyamin menderita kekalahan yang amat teruk. Pengajaran/Refleksi Perbuatan yang dilakukan oleh orang Benyamin yang sumbang lalu dari Gibea, mengakibatkan seluruh suku mereka dihapuskan dari senarai suku umat Israel atau umat Tuhan. Firman Tuhan ini mengajar kita supaya kita tidak berbuat jahat terhadap suku atau orang lain. Sebab setiap kelakuan, baik atau jahat, pasti ada balasannya daripada Tuhan. Sebagai anak-anak Tuhan, janganlah jemu untuk berbuat baik. Doa Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami, supaya kami tidak menyakiti atau mengganggu suku atau bangsa lain. Kiranya Tuhan memberkati setiap kami umat-Mu dengan berkelimpahan! Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • Memenuhi Destini Tuhan Melalui Doa

    Oleh Saudari Elesca Makaji

  • Pemenang Unggul

    Oleh Pr Judah Hendry

  • Jangan Terlalu Berharap Kamu Telah Menang, Tetapi Harus Berjaga-jaga

    Teks Hakim-Hakim 20:38-42 (BM) Induk tentera telah bermuafakat dengan pasukan yang bersembunyi, bahawa apabila mereka nampak asap yang tebal naik dari kota itu, induk tentera harus berbalik dan menyerang musuh. Pada saat itu tentera Benyamin telah membunuh 30 orang askar Israel. Mereka berfikir, "Kami telah mengalahkan mereka seperti yang sudah-sudah." Tetapi tiba-tiba asap yang tebal mengepul naik dari tengah-tengah kota itu. Orang Benyamin terperanjat apabila mereka menoleh ke belakang dan nampak seluruh kota mereka terbakar. Ketika itu juga tentera Israel balik menyerang mereka, lalu keadaan tentera Benyamin menjadi kacau-bilau. Mereka sedar bahawa mereka akan kalah. Mereka mengundurkan diri daripada tentera Israel lalu lari ke arah padang gurun tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Mereka dikepung oleh induk tentera Israel dan pasukan askar yang pada saat itu sedang keluar dari kota. Orang Benyamin menderita kekalahan yang amat teruk. Pengajaran/Refleksi Kadang-kadang kita terlalu berharap bahawa kita telah menang atas sesuatu, tetapi akhirnya kita dikalahkan kerana kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga dalam kehidupan ini. Hal ini mengajar kita supaya kita sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga, iaitu sentiasa berharap kepada Tuhan untuk melindungi dan memelihara kita setiap saat daripada segala musuh-musuh dan kuasa kegelapan yang cuba mengalahkan kita. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami, supaya Engkau melindungi kami sentiasa daripada segala kuasa jahat yang cuba mengalahkan kami. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • Komuniti Yang Berpusatkan Kristus

    Oleh Pr Eddy Marson Yasir

  • Bertindak Menurut Kehendak Tuhan, Bukan Menurut Kehendak Manusia

    Teks Hakim-Hakim 20:18, 22, 26, 35 (BM) Umat Israel pergi ke tempat ibadat di Betel dan bertanya kepada Allah, "Suku manakah yang patut mula-mula menyerang orang Benyamin?" TUHAN menjawab, "Suku Yehuda." Oleh sebab kekalahan itu, umat Israel pergi lagi ke tempat ibadat dan menangis di hadapan TUHAN sehingga malam. Mereka bertanya lagi kepada Allah, "Haruskah kami berperang lagi dengan orang Benyamin, saudara kami itu?" TUHAN berfirman, "Ya." Oleh itu semangat orang Israel bangkit semula dan mereka mengatur barisan mereka seperti pada hari pertama. Sekali lagi umat Israel pergi ke Betel dan menangis di hadapan TUHAN. Mereka berpuasa di sana sehingga malam. Mereka mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN. TUHAN memberi umat Israel kemenangan atas tentera Benyamin. Pada hari itu umat Israel membunuh 25,100 orang askar Benyamin. Pengajaran/Refleksi Sebelum melakukan apa-apa, bertanyalah kepada TUHAN, dan bertindak sesuai kehendak-Nya. Umat Tuhan harus bertanya kepada Tuhan yang Maha Kuasa apakah mereka dapat meneruskan perbuatan mereka atau berhenti di situ. Jika Tuhan menjawab ya, maka mereka akan teruskan rencana atau peperangan mereka. Mereka harus meminta dengan hati yang hancur di hadapan Tuhan dan berpuasa terlebih dahulu. Tuhan akan memberi kemenangan kepada umat-Nya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami, supaya bertindak menurut kehendak-Mu. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • Setia Berkomitmen

    Oleh Saudara Johanes Tenny

  • Gereja Teladan

    Oleh Pr Eddy Marson Yasir

  • Suku Bangsa Dikenali Daripada Loghatnya

    Teks Hakim-Hakim 18:3-6 (BM) Ketika mereka di sana, mereka mengenali loghat pemuda suku Lewi itu. Oleh itu mereka bertanya kepadanya, "Mengapa kamu di sini? Apakah urusanmu? Siapa yang membawa kamu ke sini?" Orang Lewi itu menjawab, "Aku ada persetujuan dengan Mikha. Dia mengupah aku menjadi imamnya." Mereka berkata kepadanya, "Tanyakanlah kepada Allah, sama ada kami akan berjaya atau tidak dalam perjalanan kami ini." Imam itu menjawab, "Janganlah khuatir. TUHAN menyertai kamu dalam perjalanan ini." Pengajaran/Refleksi 1. Biasanya, orang mengenali suku bangsa lain daripada loghat percakapan mereka. Loghat merupakan salah satu cara untuk mengetahui latar belakang seseorang. 2. Selain mengenali suku bangsanya, kita juga boleh memahami sifat seseorang, sama ada peramah atau pemarah, melalui cara dia berbicara. Firman Tuhan ini mengajar kita untuk bercakap dengan lemah lembut, menghormati orang lain, terutama mereka dari suku bangsa yang berbeza. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau mengajar dan memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit

  • Jangan Bertindak Terburu-buru

    Teks Hakim-Hakim 17:2-4 (BM) Pada suatu hari dia berkata kepada ibunya, "Ketika orang mencuri 1,100 keping wang perak mak dahulu, saya mendengar mak mengutuk pencuri itu. Sayalah yang mencuri perak itu. Saya masih menyimpannya." Ibunya berkata, "Semoga engkau diberkati TUHAN, anakku!" Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya. Maka ibunya berkata lagi, "Supaya engkau, anakku tidak kena kutuk yang aku ucapkan dahulu, aku mempersembahkan perak ini kepada TUHAN. Perak ini akan digunakan untuk menyalut patung berhala daripada kayu. Aku akan mengembalikan perak itu kepadamu." Selepas Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya, ibunya mengambil dua ratus keping lalu memberikannya kepada seorang tukang perak. Dia menyuruh tukang itu membuat sebuah patung berhala daripada kayu lalu menyalutnya dengan perak itu. Kemudian patung itu ditempatkan di rumah Mikha. Pengajaran/Refleksi Ibu Mikha pernah mengutuki pencuri yang mengambil wang peraknya sebanyak 1,100 keping, tetapi tidak mengetahui bahawa anaknya sendiri, Mikha, adalah pencurinya. Setelah Mikha mengaku, ibunya menyesal kerana telah mengutuki anaknya sendiri dan berusaha membetulkan keadaannya dengan mempersembahkan perak itu kepada Tuhan. Namun, dia juga menggunakan perak tersebut untuk menyalut patung berhala. Firman Tuhan ini mengajar kita untuk berhati-hati sebelum kita bertindak terburu-buru, terutama dalam mengucapkan kata-kata yang negatif atau kutukan tanpa memahami keadaan sebenarnya. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau mengajar dan memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit

bottom of page