Support Us
Support Us
Cari
3267 results found with an empty search
- Tuhan Kita Panjang Sabar
Teks Hakim-Hakim 16:27-30 (BM) Bangunan itu penuh sesak dengan lelaki dan perempuan. Kelima-lima orang raja Filistin itu berada di sana. Di bumbung bangunan itu ada kira-kira tiga ribu orang lelaki dan perempuan. Mereka semuanya menonton Simson yang menghibur mereka. Kemudian Simson berdoa, "Ya TUHAN Raja, ingatlah akan aku. Tolonglah aku hanya sekali ini, ya Allah. Berilah aku kekuatanku semula supaya dengan tindakan ini aku dapat membalas dendamku terhadap bangsa Filistin yang telah mencungkil kedua-dua biji mataku." Selepas itu Simson memegang kedua-dua batang tiang yang menyangga bangunan itu. Sambil meletakkan tangan kirinya pada tiang yang satu dan tangan kanannya pada tiang yang lain, dia berseru, "Biarlah aku mati bersama-sama bangsa Filistin ini!" Kemudian dia menolak tiang-tiang itu dengan sekuat tenaganya, lalu bangunan itu pun roboh dan menimpa lima orang raja Filistin dan semua orang di situ. Simson juga meninggal, tetapi pada waktu kematiannya dia telah membunuh lebih banyak orang daripada masa hidupnya. Pengajaran/Refleksi Tuhan tetap menolong umat pilihan-Nya apabila mereka berdoa. Dia mendengar doa mereka, seperti mana Dia mendengar dan menjawab doa Simson. Simson, yang matanya telah dicungkil oleh musuhnya, merayu kepada Tuhan untuk kekuatan terakhir. Dengan kuasa Tuhan, Simson menjatuhkan bangunan yang menimpa kelima-lima raja Filistin dan kira-kira tiga ribu orang lainnya. Firman Tuhan hari ini mengingatkan kita untuk datang kepada Tuhan yang Maha Kuasa, memohon pertolongan daripada-Nya, agar Dia dapat menolong kita mengalahkan semua musuh-musuh kita, sama ada dalam bentuk pencubaan atau masalah yang kita hadapi. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau mengajar dan memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Rela Mengorbankan Suami atau Isteri Kerana Cinta Akan Wang
Teks Hakim-Hakim 16:18-20 (BM) Delila sedar bahawa Simson telah menceritakan rahsianya. Oleh itu Delila menyuruh orang memberitahu raja-raja bangsa Filistin, "Datanglah sekali ini saja. Simson telah menceritakan rahsianya." Kemudian mereka datang sambil membawa wang untuk Delila. Delila membuat Simson tidur di pangkuannya, lalu menyuruh orang memotong tujuh jalinan rambut Simson. Kemudian Delila mula menyeksa Simson, kerana Simson telah kehilangan kekuatannya. Delila berteriak, "Simson! Orang Filistin datang!" Simson bangun dan berfikir, "Aku akan melepaskan diri seperti pada masa-masa lalu." Simson tidak sedar bahawa TUHAN telah meninggalkan dia. Pengajaran/Refleksi Setelah Delila mengetahui rahsia yang membuat suaminya, Simson, menjadi kuat, Delila menyuruh orang datang untuk menangkapnya. Mereka datang sambil membawa duit untuk Delila. Kerana duit, Delila rela mengorbankan suaminya. Delila membuat Simson tidur di pangkuannya, lalu menyuruh orang memotong rambutnya. Kekuatan Simson hilang serta-merta kerana TUHAN telah meninggalkan dia. Delila menyeksa Simson kerana kekuatannya telah hilang daripadanya. Jangan sekali-kali mengorbankan pasangan hidupmu gara-gara wang!! Orang yang tamak akan wang selalu rugi. Puaslah dengan apa yang ada pada kita saat ini. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau mengajar dan memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Orang Yang Mendapatkan Undangan Tuhan
Oleh Saudara Tama Eka Prasetya
- Pujukkan Isteri Yang Menjatuhkan Suaminya
Teks Hakim-Hakim 16:14-17 (BM) Kemudian Delila membuat Simson tidur. Delila menenun ketujuh-tujuh jalinan rambut Simson pada alat tenunnya, lalu menguatkannya dengan sebuah pasak. Kemudian Delila berteriak, "Simson! Orang Filistin datang!" Tetapi Simson bangun dan menarik rambutnya hingga terlepas dari alat tenun itu. Kemudian Delila berkata kepada Simson, "Ah, engkau kata engkau cinta kepadaku, padahal hatimu jauh daripadaku! Sudah tiga kali engkau mempermainkan aku dan sampai sekarang pun engkau tidak mahu memberitahu aku sebabnya engkau begitu kuat." Tiap-tiap hari Delila terus-menerus merengek-rengek dan mendesak, sehingga Simson bosan mendengarnya. Akhirnya Simson menceritakan rahsianya. Katanya, "Rambutku belum pernah digunting. Sejak dari kandungan aku telah diserahkan kepada Allah untuk menjadi orang Nazir. Jika rambutku dipotong, segala kekuatanku akan hilang. Aku akan menjadi lemah seperti orang biasa." Pengajaran/Refleksi Sudah tiga kali Simson mempermainkan isterinya, Delila, dengan merahasiakan kebenaran yang membuat dia kuat. Setelah dipujuk oleh isterinya Delila tiap-tiap hari terus menerus dan didesak, akhirnya Simson menceritakan rahsianya. Sejak dari kandungan, Simson telah diserahkan kepada Allah untuk menjadi orang Nazir. Hai para isteri, jadilah isteri yang menghormati suamimu dan jadilah isteri yang mendukung suamimu. Jangan sekali-kali menjadi isteri yang menghancurkan suamimu! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau mengajar dan memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Jadikan kami mengasihi dan menghormati pasangan hidup kami. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit
- Garam Dan Terang
Oleh Saudara Jonathan Benedict
- Simson Memiliki Kekuatan Daripada Tuhan Yang Luarbiasa
Teks Hakim-Hakim 16:1-3 (BM) Pada suatu hari Simson pergi ke Gaza. Di sana dia berjumpa dengan seorang pelacur, lalu berseketiduran dengan perempuan itu. Penduduk Gaza mendengar bahawa Simson berada di sana. Oleh itu mereka mengepung tempat itu dan menunggu dia di pintu gerbang kota sepanjang malam. Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa pada malam itu kerana mereka berfikir, "Nanti apabila matahari terbit, barulah kita bunuh dia." Tetapi Simson tidak tidur sampai pagi. Pada tengah malam dia bangun lalu pergi ke pintu gerbang kota. Dia mencabut pintu itu seluruhnya dengan tiang-tiang dan palang-palangnya. Kemudian dia memikul semuanya dan membawanya ke puncak bukit yang berhadapan dengan Hebron. Pengajaran/Refleksi Simson memiliki kekuatan yang luarbiasa daripada TUHAN, sebab TUHAN mahu memakai hidupnya untuk membebaskan umat TUHAN daripada dibelenggu oleh musuh mereka. Simson mencabut pintu di pintu gerbang kota itu seluruhnya dengan tiang-tiang dan palang-palangnya sekali dan memikulnya ke puncak bukit yang berhadapan dengan Hebron. Firman TUHAN hari ini mengajar kita bahawa TUHAN senantiasa menolong kita umat-Nya, seperti Dia menolong Simson walaupun hidupnya tidak menyenangkan hati TUHAN. Kiranya TUHAN memberi kita kekuatan untuk mengalahkan ataupun mengatasi segala pencubaan yang kita hadapi saat ini dan bahkan yang akan datang. Bawalah kepada TUHAN segala pergumulanmu dan semoga Tuhan menolong kita sebagai umat-Nya. Haleluyah dan Amin! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit
- The Miracle Healer
Oleh Saudara Sebastian Delan
- Tuhan Sedia Mendengar Doa Kita (Yang Tidak Ada Menjadi Ada)
Teks Hakim-Hakim 15:18-20 (BM) Selepas itu Simson berasa sangat dahaga, lalu dia berseru kepada TUHAN, "Engkau telah memberi aku kemenangan yang besar ini. Tetapi sekarang, haruskah aku mati kerana dahaga, sehingga ditangkap oleh orang Filistin yang tidak mengenal Engkau?" Kemudian Allah membuka satu lubang di Lehi, lalu air keluar dari situ. Simson minum, lalu menjadi segar semula. Oleh itu, mata air itu dinamakan Mata Air Hakor. Mata air itu masih ada di Lehi. Simson memimpin umat Israel selama dua puluh tahun semasa orang Filistin menguasai negeri itu. Pengajaran/Refleksi Setelah Simson mengalahkan seribu orang musuhnya, dia berasa sangat dahaga kerana tidak ada air di sana. Dia berseru kepada TUHAN minta air daripada TUHAN yang Maha Kuasa. Syukur, kerana TUHAN mendengar seruannya, dan TUHAN memberikan air kepadanya di Lehi. Setelah Simson minum air, dia menjadi segar semula. Firman TUHAN hari ini mengajar kita bahawa TUHAN senantiasa mendengarkan seruan doa kita, seperti Dia mendengar doa Simson. Jika hari ini saudara ada pergumulan hidup dan keluarga, ingat bahawa TUHAN sedia mendengar doa kita yang percaya kepada-Nya. Jika TUHAN telah mendengar doa Simson, kita percaya Dia juga akan mendengar seruan kita. Haleluyah dan Amin! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit
- Kerana Nilaimu Mahal
Oleh Saudara Yannes Embuyang
- Tuhan Memberikan Kita Kekuatan Untuk Mengalahkan Yang Jahat
God Gives Us Strength to Defeat Evil Teks Hakim-Hakim 15:13-15 (BM) "Baiklah," jawab mereka. "Kami hanya ingin mengikat kamu dan menyerahkan kamu kepada mereka. Kami tidak akan membunuh kamu." Kemudian mereka mengikat Simson dengan dua utas tali yang baru, lalu membawa dia pergi dari gua itu. Apabila mereka sampai di Lehi, orang Filistin berlari mendatangi Simson sambil berteriak kepadanya. Tiba-tiba Simson menjadi kuat oleh kuasa TUHAN, lalu dia memutuskan tali yang mengikat lengan dan tangannya, seolah-olah tali itu benang terbakar. Kemudian Simson menjumpai sebuah tulang rahang keldai yang baru mati. Dia mengambil tulang itu lalu menggunakannya untuk membunuh seribu orang. Pengajaran/Refleksi Firman TUHAN hari ini mengajar kita bahawa TUHAN senantiasa menolong umat pilihan-Nya, seperti Dia menolong Simson. Simson mengalahkan seribu musuhnya hanya dengan menggunakan tulang rahang keldai. Tali yang digunakan untuk mengikatnya juga terputus. Jika hari ini saudara ada pergumulan hidup dan keluarga, ingatlah bahawa TUHAN memberi kekuatan ekstra kepada saudara untuk membebaskan diri daripada masalah yang sedang saudara alami. Percayalah bahawa Tuhan akan memberi kemenangan bagi saudara. Haleluyah dan Amin! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit
- Perbuatan Jahat Pasti Ada Balasannya
Evil Deeds Will Be Repayed Teks Hakim-Hakim 15:1-5 (BM) Beberapa lama kemudian, pada musim menuai gandum, Simson pergi melawat isterinya. Dia membawa seekor kambing muda. Dia berkata kepada bapa mentuanya, "Saya ingin ke bilik isteri saya." Tetapi bapa mentuanya melarang dia. Katanya kepada Simson, "Saya menyangka kamu benar-benar membenci dia. Oleh itu saya memberikan dia kepada sahabatmu. Tetapi adik perempuannya lebih cantik daripadanya. Ambillah adiknya itu." Simson berkata, "Apa yang akan saya lakukan terhadap orang Filistin kali ini, bukanlah kesalahan saya." Kemudian dia pergi menangkap tiga ratus ekor rubah. Dia mengikat ekor rubah-rubah itu berdua-dua. Pada simpul ikatan itu, dia menaruh sebuah suluh. Selepas itu dia menyalakan suluh-suluh itu, lalu melepaskan rubah-rubah itu di ladang orang Filistin. Oleh itu semua gandum yang telah dituai di sana terbakar; bahkan tanaman gandum, ladang anggur, dan kebun zaitun pun ikut terbakar. Pengajaran/Refleksi Firman TUHAN hari ini mengajar kita supaya jangan berbuat jahat seperti yang dilakukan oleh bapa mertua Simson yang melarang Simson balik kepada isterinya dan bahkan memberikan isterinya kepada sahabatnya. Akhirnya, Simson marah dan membakar ladang mereka dengan menggunakan tiga ratus ekor rubah-rubah. Maka itu, mari kita sentiasa berbuat baik kepada semua orang, agar kita sentiasa hidup dalam harmoni. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar dan menegur kami, ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit
- DOA NECF Hari 40: Kota Tidak Tergoncangkan Yang Akan Datang
Kitab Suci: Ibrani 13:14-17 Renungan: Tidak ada kota atau tempat tinggal di bumi yang akan bertahan selama-lamanya. Namun, kita dapat menantikan kota yang akan turun dari syurga di masa depan. Kota itu akan menjadi tempat tinggal dan rumah kita yang kekal, dan itu adalah Kerajaan yang tidak tergoncangkan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Oleh sebab kita memiliki janji ini, kita perlu melihat dunia dengan perspektif dan nilai yang kekal. Daripada meletakkan pengharapan kita pada kota sementara di bumi yang sedang reput dan lenyap, kita boleh menantikan kota yang akan datang ini, Yerusalem Baru, langit baru dan bumi baru. Selagi kita berada di bumi, marilah kita terus mempersembahkan korban pujian, memberitakan Injil dengan tekun, melakukan lebih banyak perbuatan baik, dan terlibat secara aktif dalam kegiatan amal. Hal ini akan memberikan peluang bagi orang lain untuk mengenal Injil dan merasakan kuasanya. Pekerjaan kita akan menyenangkan Tuhan dan sesuai dengan kehendak Ilahi-Nya. Akan tiba saatnya di masa depan ketika kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan diri kita sendiri di hadapan takhta Tuhan atas pekerjaan yang telah kita lakukan di bumi, khususnya dalam menyelamatkan jiwa-jiwa. Semoga kita bersukacita dan bukannya bersedih ketika kita memberikan pertanggungjawaban kita. Oleh kerana kita telah menerima Kerajaan yang tidak tergoncangkan ini, marilah kita berkomitmen sepenuh hati untuk taat kepada mereka yang membimbing kita di jalan Tuhan. Doa: Tuhan, mampukan kami memahami dunia ini dengan sudut pandang yang kekal, hidup dengan sudut pandang kekal, dan mengizinkan Injil membimbing kehidupan dan pekerjaan kami. Jadikan kehidupan harian kami bermakna dan berharga, terutama ketika kami memberitakan Injil supaya kami bersukacita, dan bukan berdukacita, ketika kami memberi pertanggungjawaban kehidupan kami di hadapan takhta-Mu. Amin. Berdoa agar Kementerian Wilayah Persekutuan yang menyelia Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, dapat meningkatkan lagi kesejahteraan masyarakat di sana melalui pembangunan sosial dan ekonomi. Berdoa agar gereja-gereja di Wilayah Persekutuan akan terus memberi impak dalam usaha jangkauan mereka, terutamanya bagi orang ramai yang menjangkau pelajar tempatan dan luar negara. Rev Paulus Wong












