top of page

Cari

3267 results found with an empty search

  • Setia Menyembah Tuhan Sepanjang Hidupmu

    Teks Hakim-Hakim 8:27, 33-35 (BM) Daripada emas itu, Gideon membuat sebuah patung berhala, lalu meletakkannya di Ofra, kampung halamannya. Segenap umat Israel pergi ke sana untuk menyembah berhala itu, sehingga mereka tidak lagi menyembah Allah. Perkara itu menjadi perangkap bagi Gideon dan keluarganya. Setelah Gideon meninggal, umat Israel tidak lagi setia kepada Allah. Mereka menyembah dewa-dewa Baal dan menjadikan Baal-Berit dewa mereka. Mereka tidak lagi beribadat kepada TUHAN, Allah mereka, yang telah membebaskan mereka daripada kekuasaan semua musuh di sekeliling mereka. Mereka juga tidak membalas budi keluarga Gideon bagi segala jasa yang telah dilakukannya untuk umat Israel. Pengajaran/Refleksi Kita harus belajar daripada kehidupan Gideon yang meninggalkan TUHAN dan membuat patung berhala Baal dengan menggunakan emas, lalu meletakkannya di kampung halamannya. Segenap umat TUHAN pergi ke sana untuk menyembah berhala itu, sehingga mereka tidak lagi menyembah Allah yang benar. Perkara itu menjadi perangkap bagi Gideon dan keluarganya. Setelah Gideon meninggal, umat TUHAN mulai menyembah dewa-dewa Baal. Mereka tidak membalas budi keluarga Gideon bagi segala jasa yang telah dilakukannya untuk mereka. Berhati-hati, supaya tidak memasang perangkap bagi dirimu dan keluarga. Belajar daripada kehidupan Gideon supaya tidak jatuh ke dalam dosa menyembah berhala! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Lindungi kami daripada roh Iblis supaya kami tidak menyembah berhala. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 27: Pengantara yang Satu

    Kitab Suci: Yohanes 10:30; 14:6, 14:15; Ibrani 8:6, 9:15 Renungan: Yesus disebut sebagai “Pengantara yang Satu” diterjemahkan daripada kata Yunani Mesites (Ibrani 8:6, 9:15). Tuhan berinkarnasi sebagai Yesus Kristus, kemanusiaan-Nya sebagai Pengantara yang satu-satunya di antara Tuhan dan manusia. Mengasihi Yesus bererti kita mengasihi Bapa-Nya kerana Dia dan Bapa adalah satu (Yohanes 10:30). Sebagai respon atas kasih-Nya, maka kita wajib mentaati Dia. “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku” (Yohanes 14:15). Yesus menginginkan kita selalu berdoa kepada Bapa-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya melalui-Nya agar kita sentiasa memiliki kedamaian, sukacita, dan kekuatan untuk melakukan kehendak-Nya dengan kasih, sabar, rendah hati, dan penuh hikmat. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia melaporkan bahawa kes jenayah dalam talian dari Januari hingga September 2023 telah meningkat sebanyak 23% berbanding tahun 2022. Mangsa penipuan scam bukan sahaja termasuk warga emas dan pesara tetapi juga golongan profesional seperti pensyarah, guru, jurutera, dan doktor. Jenayah penipuan bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan kepada negara tetapi juga membawa kepada kemurungan dan kemerosotan kesejahteraan keseluruhan mangsa. Dalam dunia yang jahat ini dengan jenayah dan penipuan yang semakin meningkat, masyarakat semakin hilang kepercayaan di antara satu sama lain, dan masalah mental telah menjadi salah satu isu paling mencabar yang perlu ditangani oleh Gereja. Namun kita mempunyai iman untuk mengatasinya, kerana Yesus pernah berkata, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup” (Yohanes 14:6). Segala masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan melalui campur tangan-Nya. Tidak kira betapa kencangnya ribut yang kita hadapi, Tuhan akan mengurniakan kita kuasa dan kekuatan untuk mengatasinya (lihat Mazmur 68:36). Doa: Tuhan Yesus, kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkaulah Pengantara kami yang setia pada masa kesusahan. Kiranya Engkau memberi kami kebijaksanaan dalam menangani situasi kami. Jauhkanlah hati kami daripada ketamakan dan fikiran kami daripada tipu muslihat. Dalam nama Yesus, Amin. Berdoa agar, ketika Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang unggul, mereka mempunyai cara, kemahiran, kebijaksanaan, dan pengetahuan untuk mewujudkan suasana yang bersatu padu, sejahtera, dan bermaruah. Berdoa agar Gereja mempunyai semangat keusahawanan seiring dengan usahanya untuk meneroka pengembangan pelayanan di tempat kerja. Berdoalah agar kita menjadi orang yang menggunakan karunia dan pengetahuan kita dengan baik, dan yang melipatgandakan sumber yang diberikan kepada kita untuk kemuliaan-Nya. Pr Doris Mayven

  • Tuhan Menyerahkan Musuh Kepada Kita

    Teks Hakim-Hakim 8:7, 12, 21-23 (BM) Oleh itu Gideon berkata, "Baiklah! Apabila TUHAN menyerahkan Zebah dan Salmuna kepadaku, aku akan mencambuk tubuh kamu dengan duri dan onak dari padang gurun!" Zebah dan Salmuna, dua orang raja Midian itu lari. Tetapi Gideon mengejar dan menangkap mereka, sehingga seluruh tentera musuh cemas. Zebah dan Salmuna berkata kepada Gideon, "Ayuh, kalau engkau lelaki, bunuhlah kami dengan tanganmu sendiri!" Oleh itu Gideon membunuh mereka, lalu mengambil semua perhiasan yang ada pada leher unta mereka. Selepas itu umat Israel berkata kepada Gideon, "Tuan telah menyelamatkan kami daripada kekuasaan orang Midian. Sekarang hendaklah tuan menjadi pemimpin kami - tuan dan keturunan tuan." Gideon menjawab, "Saya tidak akan menjadi pemimpin kamu; anak saya pun tidak. TUHAN yang menjadi pemimpin kamu." Pengajaran/Refleksi TUHAN menyerahkan musuh kepada kita seperti mana yang dilakukan-Nya kepada Gideon. Dia mengalahkan empat orang raja Midian. Oleh kerana Gideon mengalahkan raja-raja Midian itu, mereka mahu mengangkat dia menjadi pemimpin, tetapi dia berkata, "Saya dan anak saya tidak akan menjadi pemimpin, tetapi TUHAN yang menjadi pemimpin mereka." Saudara dalam Yesus Kristus, jangan takut terhadap apa pun yang terjadi dengan hidup saudara, sebab TUHAN akan menyerahkan musuh-musuhmu kepadamu dan Ia akan memberikan kemenangan kepada kita. Haleluyah dan Amin!! Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Engkau memberi kemenangan bagi kami, dan menyerahkan semua musuh kepada kita. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 26: Imam Besar Agung

    Kitab Suci: Ibrani 4:14 – 16; 7:26 – 27; 9:12 Renungan: Dalam tradisi keagamaan orang Yahudi, Imam besar (dalam bahasa Ibrani: kohen gadol) bertanggungjawab menjadi pengantara di antara umat manusia dengan Tuhan. Dialah yang masuk ke dalam ruang Maha Kudus di Bait Suci kota Yerusalem dengan mempersembahkan korban tahunan untuk mengadakan upacara pendamaian antara Tuhan dengan manusia. Yesus telah memberikan sinar baharu kepada umat-Nya. Keimaman Yesus berbeza dengan keimaman suku Lewi. Berbeza dengan mereka, Yesus hanya perlu mempersembahkan satu korban persembahan untuk memenuhi tuntutan Hukum Tuhan dengan mempersembahkan diri-Nya sebagai korban tebusan yang sempurna: suci dan tidak bercela (Ibrani 7:26-27). Tidak seperti imam Lewi yang harus mempersembahkan korban persembahan berulang kali, Yesus telah menjadi korban sekali sahaja untuk selama-lamanya, memberi penebusan kekal bagi semua orang yang datang kepada Tuhan melalui Dia. Dia telah membawa darah-Nya sendiri bukan darah kambing atau anak lembu (Ibrani 9:12). Oleh kerana Yesus lebih besar daripada imam-imam yang lain, maka Dia disebut sebagai “Imam Besar Agung” (Ibrani 4:14) dari Syurga yang berempati dengan segala kelemahan kita. Dalam setiap cara, walaupun Dia telah melalui percubaan seperti kita, namun Dia tidak berdosa (lihat Ibrani 4:14-15). Dialah yang memberi kita keberanian untuk menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya (lihat Ibrani 4:16). Alangkah besarnya kasih-Nya, kasih-Nya yang tidak tergoncangkan bagi semua yang memilih untuk percaya kepada-Nya! Doa: Bapa Surgawi, kami bersyukur kepada Yesus, Imam Besar Agung kami yang sangat memahami kelemahan kami. Kami percaya, dalam kasih-Mu yang tidak tergoncangkan, Engkau akan memberikan jalan keluar bagi kami meskipun kami memiliki kelemahan. Kuatkanlah kami setiap masa dengan Firman-Mu dan Roh-Mu ketika kami lemah. Dalam nama Yesus, Amin. Berdoa agar jabatan dan agensi hal ehwal agama di bawah Jabatan Perdana Menteri dapat memupuk persefahaman agama yang lebih baik dengan jayanya di kalangan awam dengan pendekatan yang sederhana dan seimbang. Berdoa agar kehidupan dan amalan gereja-gereja Malaysia tidak jatuh ke dalam bentuk keagamaan tetapi kita akan menjadi orang yang mempunyai ibadah yang bersemangat yang menjalani kehidupan yang dipimpin oleh Roh. Pr Doris Mayven

  • Tuhan Sudah Memberi Kemenangan kepada Kita Umat-Nya

    Teks Hakim-Hakim 7:13-15, 18, 20, 22 (BM)Apabila Gideon sampai di situ, dia mendengar seseorang sedang menceritakan mimpinya kepada seorang kawan. Orang itu berkata, "Aku bermimpi ada sebuku roti barli terguling-guling masuk ke dalam perkhemahan kita. Roti itu melanggar sebuah khemah, lalu khemah itu roboh sama sekali."Kawannya menjawab, "Itu pedang Gideon anak Yoas, orang Israel itu. Nyatalah bahawa Allah sudah memberi dia kemenangan atas orang Midian dan seluruh angkatan tentera kita!" Apabila Gideon mendengar mimpi orang itu dan maknanya, dia bersujud menyembah Allah. Kemudian dia kembali ke perkhemahan Israel dan berkata, "Bersedialah! TUHAN memberi kamu kemenangan atas angkatan tentera Midian!" Apabila aku dan pasukanku meniup trompet, kamu juga harus meniup trompet kamu di sekeliling perkhemahan musuh serta berteriak, 'Untuk TUHAN dan untuk Gideon!' " Kedua-dua pasukan yang lain itu pun berbuat demikian. Mereka semua mengangkat obor dengan tangan kiri, dan trompet dengan tangan kanan, lalu berteriak, "Pedang untuk TUHAN dan untuk Gideon!" Sementara anak buah Gideon meniup trompet mereka, TUHAN menyebabkan pasukan musuh menyerang sesama sendiri dengan pedang. Mereka lari ke arah Zerera sampai ke Bet-Sita dan kota Abel-Mehola, dekat Tabat. Pengajaran/Refleksi TUHAN memberi peluang kepada Gideon untuk mendengarkan mimpi daripada seorang musuh umat-Nya orang Midian, yang menceritakan mimpinya kepada seorang kawannya. Ada sebuku roti barli terguling-guling masuk ke dalam perkhemahan mereka sehingga khemah itu roboh. Tuhan memberi kemenangan kepada umat-Nya. Haleluyah. Apabila musuh mendengar trompet dan teriakan umat TUHAN, TUHAN menyebabkan pasukan musuh menyerang sesama sendiri dan memberi kemenangan atas angkatan tentera Midian yang ramai sekali. Mari kita belajar mengandalkan TUHAN sepenuhnya dalam kehidupan kita. TUHAN akan memberikan kita kemenangan atas segala pencubaan ataupun masalah dalam kehidupan kita supaya nama TUHAN dimuliakan. TUHAN akan membuat para musuh untuk menyerang sesama sendiri. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Engkau memberi kemenangan bagi kami, yang mengandalkan Engkau sepenuhnya. Engkau membuat para musuh menyerang sesama sendiri dan memberi kemenangan bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 25: Syafaat Imam Besar yang Kekal

    Kitab Suci: Ibrani 7:23 – 25 Renungan: Dan dalam jumlah yang besar mereka telah menjadi imam, karena mereka dicegah oleh maut untuk tetap menjabat imam. Tetapi, karena Ia tetap selama-lamanya, imamat-Nya tidak dapat beralih kepada orang lain. Karena itu Ia sanggup juga menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang oleh Dia datang kepada Allah. Sebab Ia hidup senantiasa untuk menjadi Pengantara mereka. (Ibrani 7:23-25) Seluruh fasal dalam Ibrani 7 berbicara tentang imamat Yesus menurut peraturan Melkisedek dan bukanlah menurut peraturan Harun. Itu adalah Sumpah Tuhan Bapa yang mengutus Dia; para imam bertindak sebagai jambatan perantara antara manusia dan Tuhan tetapi ketika seseorang imam duniawi meninggal dunia, pekerjaan imamatnya dalam mempersembahkan korban haiwan bagi dosa-dosanya dan juga dosa-dosa manusia juga terhenti (lihat ayat 23-24.) Sebaliknya, Yesus hanya perlu mempersembahkan diri-Nya satu kali untuk selama-lamanya sebagai korban bagi segala dosa manusia. Dia mati dan bangkit kembali untuk hidup selama-lamanya sebagai Imam Besar. Kita hanya memperoleh jaminan keselamatan jika kita datang kepada Tuhan melalui Dia (lihat Yohanes 14:6). Kita sebagai orang percaya mungkin meminta doa dari para pastor, pemimpin doa, dan kawan-kawan untuk semua keperluan, kesihatan, hubungan kita, dan untuk banyak situasi yang lain. Kita cenderung lupa bahawa Yesus, Imam Besar kita yang hidup selama-lamanya, terus menyelamatkan dan bersyafaat bagi kita. Yesus berdoa untuk murid-murid-Nya dalam Yohanes 17, dan dalam ayat 20, Dia berdoa untuk kita semua yang datang kepada-Nya hari ini. Dia sentiasa berdoa bagi kita, umat tebusan-Nya, agar kita dapat menamatkan dengan baik perlumbaan yang diberikan kepada kita. Yakinlah bahawa kita senantiasa dalam doa-Nya. Mazmur 121:3b-4 mengatakan Tuhan yang menjagamu tidak terlelap dan tidak tertidur. Janganlah lihat keadaan anda tetapi ketahuilah bahawa Yesus duduk di sebelah kanan Tuhan Bapa, dan selalu berdoa bagi kita (lihat Roma 8:14). Doa: Bapa Surgawi yang dikasihi, kiranya Engkau memperkayakan kehidupan kami dalam Kristus Yesus dengan kuasa Roh Kudus. Dunia tidak dapat merampas sukacita, kedamaian, dan kasih yang kami miliki dalam Kristus Yesus ketika kami menambat iman kami pada Dia kerana Dia bersyafaat bagi kami dalam kelemahan kami. Dalam nama Yesus, kami berdoa, Amin. Berdoa agar Kementerian Pendidikan Tinggi menerima pendapat dan maklum balas orang ramai, dan agar mereka mempunyai kebijaksanaan dan wawasan yang tinggi semasa mereka berusaha untuk mengekalkan ekosistem pendidikan tinggi yang berkualiti dalam pendidikan tinggi. Berdoa agar terdapat lebih banyak penglibatan gereja dan orang Kristian dalam pendidikan tinggi. Berdoa agar Tuhan membangkitkan lebih ramai pendidik cemerlang yang berteraskan iman dan agar mereka dapat menjalani kebenaran dalam industri pendidikan.

  • Berkongsi Injil Tanpa Memaksa

    HIDUP SEBAGAI CONTOH Orang akan melihat dan memerhatikan bahawa anda seorang Kristian yang sebenar melalui gaya hidup anda. Sebagai duta Tuhan, anda mewakili Kristus dalam keluarga, kalangan rakan, di sekolah, dan di tempat kerja. Anda tidak perlu risau tentang terlalu memaksa jika anda memenangi hati orang melalui kehidupan yang telah diubah. DOA UNTUK ORANG ITU Perkara yang paling mengasihi yang boleh anda lakukan ialah mendoakan orang tersebut, memohon kepada Tuhan untuk bekerja dalam hidup mereka. Doa adalah senjata yang paling berkuasa; ia bergantung pada kekuatan Tuhan dan bukannya kekuatan anda sendiri. Tuhan bekerja di sebalik tabir. MULAKAN DENGAN PERBUALAN Dekati seseorang dengan mengenali mereka secara peribadi. Tanyakan tentang hobi, minat, atau cabaran mereka. Apabila orang melihat bahawa anda benar-benar mengambil berat, mereka akan membina kepercayaan. Setelah hubungan itu terjalin, anda boleh memulakan perbualan yang lebih mendalam dan mula berkongsi Injil. MENGASIHI SEPERTI YESUS Yesus adalah model kita dalam menjadi tegas tetapi lembut. Dia sabar dengan kita walaupun kita menghadapi kesukaran. Kasih-Nya adalah tanpa syarat, dan kita boleh menyebarkan kasih yang sama kepada orang lain. Oleh kerana kita diterima, ditebus, dan dipulihkan oleh Kristus, kita diberdayakan untuk mencerminkan kasih-Nya dan menjadi lebih seperti-Nya. Bersedia untuk Menyertai Cabaran? YesHeIs

  • Tuhan Tidak Memerlukan Ramai Pahlawan Untuk Mendapat Kemenangan

    Teks Hakim-Hakim 7:2-3, 5-7 (BM) TUHAN berfirman kepada Gideon, "Anak buahmu terlalu banyak. Aku tidak mahu memberi mereka kemenangan atas orang Midian. Nanti mereka akan berfikir bahawa mereka menang kerana kekuatan mereka sendiri, sehingga tidak memuliakan Aku. Oleh itu umumkanlah kepada anak buahmu, 'Sesiapa yang berasa takut, harus segera meninggalkan Gunung Gilead dan pulang ke rumahnya!' "Oleh itu dua puluh dua ribu orang pulang; hanya sepuluh ribu orang yang tinggal. Gideon membawa semua anak buahnya ke sungai, lalu TUHAN berfirman kepada Gideon, "Orang yang menjilat air seperti anjing harus engkau pisahkan daripada orang yang berlutut untuk minum." Sebanyak tiga ratus orang menjilat air dari tangan, sedangkan yang lain berlutut untuk minum. Kemudian TUHAN berfirman kepada Gideon, "Aku akan menyelamatkan engkau dan memberi engkau kemenangan atas orang Midian dengan tiga ratus orang yang menjilat air. Suruhlah semua orang yang lain itu pulang." Pengajaran/Refleksi 1. TUHAN tidak mahu memberi kemenangan kepada umat-Nya yang bersandar kepada kekuatan mereka sendiri, sehingga mereka tidak memuliakan TUHAN. 2. Ada dua cara TUHAN memilih pahlawan yang berperang bagi-Nya: - Sesiapa yang berasa takut, harus pulang ke rumahnya. - Orang yang menjilat air seperti anjing harus dipisahkan daripada orang yang berlutut untuk minum. 3. TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya dan memberi mereka kemenangan atas musuh-Nya dengan tiga ratus orang yang menjilat air. Mari kita belajar mengandalkan TUHAN sepenuhnya dalam kehidupan kita. TUHAN akan memberikan kita kemenangan atas segala pencubaan ataupun masalah supaya nama TUHAN dimuliakan. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Engkau akan memberi kemenangan bagi kami, yang mengandalkan Engkau sepenuhnya. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 24: Berpegang Teguh pada Kristus

    Kitab Suci: Ibrani 6:19 – 20 Renungan: Pengharapan itu adalah sauh yang kuat dan aman bagi jiwa kita, yang telah dilabuhkan sampai ke belakang tabir, di mana Yesus telah masuk sebagai Perintis bagi kita, ketika Ia, menurut peraturan Melkisedek, menjadi Imam Besar sampai selama-lamanya. (Ibrani 6:19-20) Firman Tuhan mengingatkan kita sebagai orang percaya bahawa pengharapan kita kepada Yesus Kristus adalah teguh dan terjamin. Itu adalah sauh bagi jiwa kita. Dasar pengharapan ini adalah berdasarkan pada kenyataan bahawa sifat Tuhan tidak berubah dan janji-janji-Nya tidak dapat diubah. Ribut, cabaran, pencubaan, dan ketidakpastian dalam kehidupan dapat menyebabkan jiwa kita menjauh dari Kristus dan rancangan-Nya bagi kita. Dalam surat Rasul Paulus, 1 Tesalonika 5:23, dia menulis, “... semoga roh, jiwa, dan tubuhmu terpelihara sempurna dengan tak bercacat ... ” Mazmur 23:3 mengatakan, “Ia menyegarkan jiwaku. Ia menuntun aku di jalan yang benar oleh karena nama-Nya..” Jiwa kita hendaknya senantiasa berpegang teguh pada pengharapan dalam Kristus Yesus agar kita tidak tersesat. Sebagaimana sauh kapal menjaga kapalnya agar tidak hanyut, demikian juga jiwa kita harus memegang kuat pada-Nya. Kita boleh rasa damai bahkan ketika ribut kehidupan melanda kita jika kekuatan kita berasal dari-Nya. Pengharapan ini yang ada dalam Yesus sangat teguh dan terjamin kerana Dia telah masuk ke tempat Maha Kudus dan memberi penebusan atas dosa-dosa kita sebagai Imam Besar kita yang hidup selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek. Marilah kita periksa diri kita hari ini untuk melihat sama ada jiwa kita bersauh kuat dalam Yesus Kristus. Jika anda putus harapan kerana masalah hidup, apa pun itu, janganlah berputus asa. Tanamkan jiwa, tubuh, dan roh anda pada pengharapan yang tidak tergoncangkan yang kita miliki dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. Doa: Bapa Syurgawi yang dikasihi, kerana segala perkara di dunia ini berubah secara pesat, kami mendapat keamanan dalam Firman dan Karya Anak-Mu yang dijanjikan. Kami dapat berdiri teguh dan kekal tidak tergoncangkan apabila kami menambat hidup kami pada Pemberi Kehidupan, Yesus Kristus. Kami memuji Engkau dan berterima kasih atas Sang Anak, Pelopor iman kami. Dalam nama-Nya yang berharga, kami percaya. Amin. Berdoa agar Kementerian Sumber Manusia memainkan peranannya dengan baik dalam melaksanakan Dasar Gaji Progresif, dan dalam membantu rakyat Malaysia dalam perkara seperti memaksimumkan kemahiran mereka, meningkatkan peluang pekerjaan, dan meningkatkan keselamatan pekerjaan dan faedah kesihatan mereka. Berdoa agar gereja-gereja Malaysia setia dan mahir dalam menguruskan sumber manusia mereka. Berdoa agar pelayanan lima jabatan dan semua karunia rohani akan dilaksanakan sepenuhnya supaya umat Tuhan dibangunkan dalam iman dan perbuatan baik bagi Tuhan. Rev James Doss

  • Gideon Meminta Bukti Daripada Tuhan

    Teks Hakim-Hakim 6:36-40 (BM) Kemudian Gideon berkata kepada Allah, "Engkau telah berfirman bahawa Engkau akan menggunakan aku untuk membebaskan umat Israel. Sekarang aku meletakkan guntingan bulu domba ini di atas tanah tempat kami mengirik gandum. Jika esok pagi embun hanya terdapat pada guntingan bulu domba ini dan tidak terdapat di atas tanah, maka itulah buktinya bahawa sesungguhnya Engkau mahu menggunakan aku untuk membebaskan umat Israel." Esok paginya, perkara itu benar-benar terjadi. Apabila Gideon bangun pagi-pagi, dia memeras guntingan bulu domba itu dan mendapat air embun sebanyak satu cawan. Kemudian Gideon berkata kepada Allah, "Janganlah murka kepadaku; benarkanlah aku berkata satu kali lagi. Benarkanlah aku membuat satu ujian lagi dengan guntingan bulu itu. Kali ini biarlah guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah basah." Pada malam itu Allah mengabulkan permintaan Gideon. Esok paginya guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah dibasahi embun. Pengajaran/Refleksi Sebagai bukti Tuhan mahu memakai Gideon untuk membebaskan umat Tuhan: 1. Jika esok pagi embun hanya terdapat pada guntingan bulu domba itu dan tidak terdapat di atas tanah. Hal itu betul terjadi begitu. 2. Tanda kedua yang diminta Gideon dari Tuhan adalah, "Kali ini biarlah guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah basah." Pada malam itu Allah mengabulkan permintaan Gideon. Saudara dalam Yesus Kristus, Tuhan Yesus telah memeteraikan kita dengan darah-Nya yang kudus dan memenuhi kita dengan Roh Kudus-Nya, sebagai bukti bahawa kita adalah anak-anak-Nya. Itulah buktinya Tuhan mahu memakai kita melakukan kehendak-Nya, seperti Gideon yang membebaskan umat-Nya daripada musuh. Doa Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Pakailah hidup kami untuk melakukan pekerjaan-Mu di bumi ini. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Beri kepada setiap kami kesejahteraan dan damai sukacita-Mu dalam kehidupan kami. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen. Rev. Ali Langgit

  • DOA NECF Hari 23: Janji Tuhan yang Tidak Tergoncangkan

    Kitab Suci: Ibrani 6:13 – 15 Renungan: Sebab ketika Allah memberikan janji-Nya kepada Abraham, Ia bersumpah demi diri-Nya sendiri, karena tidak ada orang yang lebih tinggi daripada-Nya, kata-Nya: “Sesungguhnya Aku akan memberkati engkau berlimpah-limpah dan akan membuat engkau sangat banyak.” Abraham menanti dengan sabar dan dengan demikian ia memperoleh apa yang dijanjikan kepadanya. (Ibrani 6:13-15) Tuhan, secara sifat-Nya, tidak berbohong, dan Dia setia kepada janji-janji-Nya. Dia berjanji bahawa Dia akan memberkati Abraham dan memperbanyak keturunannya; memeterai sumpah-Nya dengan bersumpah atas diri-Nya sendiri kerana tidak ada yang lebih besar daripada Dia. Janji ini sekarang telah dimeterai dan dijamin, dan Tuhan pasti akan memenuhinya dengan cara apa pun. Bilangan 23:19-20 mengatakan, “Allah bukanlah manusia, sehingga Ia berdusta bukan anak manusia, sehingga Ia menyesal. Masakan Ia berfirman dan tidak melakukannya, atau berbicara dan tidak menepatinya? Ketahuilah, aku mendapat perintah untuk memberkati, dan apabila Dia memberkati, maka aku tidak dapat membalikkannya.” Berkat Tuhan tidak dapat diubah, demikian juga janji-janji-Nya. Kehidupan semua golongan patriak, bangsa Israel, dan tokoh-tokoh besar dalam Tuhan di seluruh Alkitab berpusat pada janji-janji Tuhan. Janji-janji Tuhan yang tidak tergoncangkan telah mengubah kehidupan dan masih mengubah kehidupan sesiapa sahaja, termasuk kita. Tuhan mempunyai banyak janji bagi kita yang mencari wajah-Nya, mendengar suara-Nya, dan membaca firman-Nya setiap hari. Dalam Yeremia 29:11, Tuhan mengadakan perjanjian dengan bangsa Israel ketika mereka ditawan di Babel dan mereka berpegang kepada janji-Nya selama 70 tahun sampai janji itu terjadi. Kita, keluarga kita, dan Gereja secara keseluruhan memiliki janji pengharapan yang akan digenapi oleh Tuhan pada waktu-Nya. Marilah kita berpegang teguh pada janji-janji ini, baik secara individu mahupun bersama, sebagai “Ia yang memanggil kamu adalah setia, Ia juga akan menggenapinya.” (1 Tesalonika 5:24) Doa: Bapa Syurgawi yang dikasihi, terima kasih atas semua janji baik-Mu dalam Kristus Yesus. Kami yakin bahawa kami mempunyai pengharapan dan masa depan, dan kami lebih daripada sekadar pemenang atas segala rintangan dalam hidup ini. Kami percaya pada janji-janji-Mu yang tidak pernah gagal. Dalam nama Yesus, Amin. Berdoa agar Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri mencapai tiga fokus utamanya iaitu mengeluarkan lebih ramai orang daripada muflis, memperkukuh perkhidmatan bantuan guaman, dan mengambil tindakan terhadap ‘scammer’. Berdoa agar peguam dan pekerja perundangan Kristian akan menegakkan kedua-dua undang-undang negara dan hukum-hukum rohani dalam Alkitab sambil menggunakan sepenuhnya kepakaran mereka dalam membela orang yang memerlukan dan yang tidak bersalah serta menegakkan kebenaran dan keadilan Tuhan di bumi. Rev James Doss

bottom of page