top of page
Support Us
Support Us
Cari
Semua (6035)
KD Post (3189)
Other Pages (624)
Komuniti Online Post (2217)
Events (5)
Filter by
Type
Category
2217 results found with an empty search
- KeselamatanIn Grafik Firman Tuhan & Animasi·23 April 20233256495
- SuccessIn Inspirasi & Renungan·11 August 2023247195
- Make room cover by Calvin EmanueelIn Pujian & Penyembahan·16 October 2023Actually lama jugak saya dalam bidang nyanyian dan selalu belajar kelas vocal tapi saya teringin sangat nak ada lagu sendiri tapi tak ada ideal nak tulis apa..33797
- Renungan Kisah Ular dan GergajiIn Inspirasi & Renungan·20 August 2021Seekor ular masuk ke kedai Pertukangan (Hardware). Ketika ia merayap ke hujung tepi ruangan, ular itu menyenggol sebuah gergaji dan sedikit melukai dirinya sendiri.Pada saat itu, dia berbalik lalu menggigit gergaji itu hingga mulutnya terluka. Kemudian, tanpa memahami apa yang terjadi padanya dan berfikir bahwa gergaji itu menyerangnya.Ular itu memutuskan untuk melilit gergaji, semakin kuat ia melilit, semakin ia terluka parah.. Saudaraku...!! Terkadang kita meluapkan amarah, berfikir untuk menyakiti orang yang telah menyakiti kita, tetapi sebenarnya kita menyakiti diri sendiri.Tak perlu menanggapi setiap ucapan yang menyakitkan, belajar sabar untuk tidak membalas. Bila kita berada pada posisi yang benar, orang yang memusuhi kita akan jatuh dan menelan kata-katanya sendiri, kerana pembalasan bukan MILIK kita tetapi milik Tuhan. Alkitab ada berkata dalam Roma 12 : 17 - Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan;j lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! Tuhan Memberkati. #Berbagi berkatsetiap hari.720286
- The Lord’s PrayerIn Inspirasi & Renungan·10 May 2023233148
- Kristus di Pulau Carey 1In Kesaksian·11 July 2021Pada waktu mula-mulanya ke Pulau Carey, kami dijemput ke rumah pak Chita untuk belajar tentang Yesus. Rumahnya dibuat dari papan lapis terpakai, bertiang batang bakau dan beratap daun nipah. Belum adanya bekalan elektrik di kampong itu pada ketika itu. Kami menjamu Firman Tuhan di serambi rumah pak Chita bersama anak-anak,cucu dan cicitnya. Firman Tuhan yang kami dengar petang itu dari injil Markus 4:35-41; Yesus redakan badai. Saya memohon mereka hafal dan ingatkan kisah itu, kongsikan dengan yang lain, dan kami akan imbas kembali pelajaran tersebut dalam minggu yang akan datang. Pada hakikatnya, saya sangsi sama ada akan diperlakukan. Minggu kemudiannya apabila saya tanyakan sekiranya adakah mereka ingat lagi pelajaran minggu lepas, dan pak Chita dengan senyumnya berikan kesaksiannya. Kesaksian Chita: “Beberapa hari lepas, saya dengan isteri saya menaiki perahu dan ke laut untuk mencari rezeki dengan menjaring ikan. Cuma dua ekor ikan tak seberapa besar hasil titik peluh kami. Cuaca mulai mendung dengan angin dan ombak kuat melanda kami, hujan lebat mengisi perahu dan saya tak nampak lagi persisiran pantai untuk dapatkan teduh. Saya terfikir mungkin hari ini saya dan isteri saya sudah sampai ajal. Tapi saya teringat pelajaran minggu lepas dan saya berdoa pada Tuhan Yesus, lalu mengucapkan supaya dalam nama Yesus rebut badai akan reda. Dengan itu, Chita henti bercerita dan senyum. Saya : Apa yang berlaku selepas itu pak? ( Jantung saya laju berdegupan) Chita : Ribut tu redalah! Laut jadi tenang dan saya dapat nampak jeti kampong saya. Bila sampai ke jeti, peraih ikan Cina ada menunggu saya walaupun dah senja. Dia belikan dua ekor ikan kecil hasil tangkapan saya tu dengan harga RM100. Tuhan selamatkan kita serta sampaikan rezeki …. katanya bersenyum dengan kenampakan gusinya .” Saya teramat kagum sekali mendengarkan kesaksian firman Tuhan beraksi hidup zaman kini dan bukan setakat tertulis sahaja. Sewaktu kami semua bersekutu memuji Tuhan, Roh Kudus berbisik di hati saya dengan ayat penghujung pelajaran tersebut: Yesus berkata pada murid Nya “Mengapa kamu begitu takut/sangsi? Mengapa masih belum percaya? Tuhan Yesus adalah Firman hidup dahulu, kini dan selamanya…... tak akan berubah.9760
- Kesaksian di sebalik "Quill-flags"In Tarian Profetik & Seni Kreatif·22 July 2021Saya dilahirkan dalam keluarga Kristen di mana saya terlibat dalam pelayanan tarian sejak kecil lagi. Tapi, pada suatu hari ketika saya berdiam diri masa satu ibadah konfensi muda-mudi di Kuala Lumpur di mana satu mujizat telah terjadi kepada diri saya sendiri. Sebelum itu doktor telah memeriksa saya dan memberi masa dua minggu untuk persedian pembedahan dalam bahagian rahim saya. Tapi mujizat telah terjadi, Penyakit saya Di sembuhkan dan saya tidak perlu lagi melakukan pembedahan. Dan pada masa itu, ketika proses Pemulihan itu terjadi apa yang saya lihat ada lah satu pergerakan yang berwarna-warni seperti merah, hijau, biru, unggu, putih, oren, perak dan emas. Saya sangat teruja dan Saya pasti ini ada lah satu pergerakan.. Tapi apa kah bergerakan itu? Dan saya muka mengkaji tentang penglihatan itu. Saya mula belajar tentang pergerakan tarian secara spontan. Saya mula menyembah dan membiarkan tangan, badan dan kaki saya bergerak secara spontan tanpa mengikut corak-corak tarian yang saya pernah belajar. Saya belajar membiarkan Roh Kudus membimbing saya. Tapi asas tarian sangat penting untuk mendisplinkan pergerakan kita, saya selalu meningkatkan kawan sepelayanan saya.. "We can allow Holy Spirit to lead our movement, but Holy Spirit is always in control." Dia tidak akan membiarkan kan kita menari tanpa mengawal pergerakan kita. Tapi pergerakan tangan, badan tidak cukup. Dalam diri saya masih kosong apabila saya teringat penglihatan saya tentang warna-warni yang saya lihat apabila mujizat penyembuhan terjadi kepada diri saya. Saya mula mengangkat tangan saya dan saya dapat merasakan tidak cukup lagi. Saya betul-betul ingin kan sesuatu yang boleh panjang kan tangan saya supaya saya dapat merasakan kepuasan menyentuh hati Bapa. Dan masa itu saya terpegang satu selendang dan saya mula bergerak dan menari menyembah Bapa. Dan masa itu saya benar sudah masuk ke dalam ruang yang maha Kudus. Saya berhadapan dengan bapa dan menyembah Dia. Tuhan memberi inspirasi saya tentang panji-panji dan "Quill-flags". Pada masa itu, saya bertanya kepada Tuhan. Apa yang saya perlu buat? Saya merasakan Tuhan menyuruh saya membuka tangan saya. Dan komunikasi saya bersama dengan Dia pada masa itu kelihatan sangat lucu. Tuhan, saya seorang pereka grafik dan cuma boleh melukis di komputer. Mana mungkin saya boleh menjahit? Dan di mana saya boleh mencari bahan-bahan yang d perlukan? Dan Tuhan cuma berbicara dengan sangat biasa. Ikut saya dan saya akan pimpin. Dan Puji Tuhan saya boleh membentuk sebuah Alat tarian yang di panggil Quill-flags. Dan terus terang saya kata kan di sini. Saya cuma boleh menjahit bendera dan alat2 yang ada kaitan dengan tarian saja. Saya dapat merasakan bahawa Tuhan menghendaki umatNya menyembah Nya dengan cara keunikan kita sendiri. Dan saya juga dapat merasakan kekuatan dalam tarian megunakan Quill-flags adalah dalam bentuk bebas. Di mana semua sel-sel dalam badan kita bebas memuji Tuhan di saat kita bergerak dan menari dengan bendera atau pun Quill-flags. Iis NewMoveMyTeam114187
- Sebab Engkau BesertakuIn Kesaksian·20 July 2021Berapa bulan lalu, saya bercerita panjang dengan seorang teman seperjuangan NPC stage 2 tentang pengalaman ketika dia melalui rawatan. Dua bulan lebih dia tinggal di hospital, oleh kerana tertekan, dia pernah mengamuk menghalau doktor ketika doktor datang ke katilnya. Hari yang ke-14 dia mahu balik, tidak mahu teruskan rawatan. Isterinya terpaksa ugut dia, jika tidak mahu teruskan rawatan mahu diceraikan(ugutan sayang). Oleh kerana tidak mampu menelan makanan atau minuman, 3 kali dia melalui proses memasukkan tiub(untuk minum susu) melalui hidung sampai berdarah-darah hidungnya. Oh.....tidak mudah‼️ Sebelum memulai rawatan, perkara yang paling saya takuti adalah kesan sampingan yang teruk. Terutamanya apabila mendengar pengalaman teman seperjuangan seperti terpaksa masuk tiub kerana tidak boleh menelan apapun(air liur pun susah ditelan) kerana kesan radiotherapy. Begitu juga ada mengalami tabiat tidur yang tidak normal, seperti terpaksa tidur duduk dan banyak lagi kesan sampingan yang membuat takut untuk melakukan rawatan. Apabila saya bandingkan dengan pengalaman dia, saya sangat bersyukur tidak seteruk seperti yangg teman-teman lalui. Saat melalui rawatan, semangat juang dari Roh Kudus sangat nyata. Mazmur 91:1-16 menjadi sandaran iman dalam doa, terutamanya...Walau seribu orang rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi itu tidak akan menimpamu. Hati saya dikuatan, Firman Tuhan ini akan berkerja, pengalaman orang yang membuat hati gentar tidak akan terjadi kepada saya. Begitu juga banyak lagi Firman Tuhan sangat nyata terjadi ketika melalui lembah kekelaman, kerana gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku. . Terima kasih semua untuk doa, support. Tuhan Pasti Memberkati.8786
- Kedahsyatan alat media bagi Tuhan.In Kesaksian·20 August 2021Puji Tuhan, 2 (Roslin Izzunuana & Rezaril Azrai) jiwa telah diselamatkan dan terima Yesus sebagai Juruselamat hanya dilakukan melalui media TELEGRAM secara online. Semua untuk kemuliaan Kristus.9426
- Markus 1: 1-8In Inspirasi & Renungan·18 July 2021Injil Markus di tulis oleh John Mark, pengiring Paulus waktu dia mulai misinya ke Asia Minor. Tujuan Markus tulis cerita ini bertujuan memperkenalkan Yesus Kristus. Cerita ini ialah usaha satu orang , John Mark, untuk beritahu pembaca- pembaca siapa dia Yesus Kristus. Dari 8 ayat ini kita dapat tahu Yesus Kristus didahului oleh Yohanes Pembaptis. Peranan Yohanes Pembaptis ialah sediakan jalan untuk Yesus Kristus. Kadang kadang di highway, sedang kita memandu, tiba-tiba bunyi siren dan polis atas motosikal datang dan panggil kereta pergi tepi dan jalan perlahan. Beberapa minit kemudian, datang kereta VIP. Yohanes ialah polis itu. Tetapi dia bukan suruh orang ke tepi. Dia seru kepada orang bertaubat dan membaptis mereka. Yohanes sediakan jalan untuk seorang VIP. VIP itu ialah Yesus Kristus, Anak Allah, iaitu Allah menjadi manusia. Yesus Kristus manusia tetapi dia bukan manusia yang biasa. Dia mengenapi nubuat oleh Nabi Yesaya. (Markus 1: 2 , 3) Yohanes ialah nabi Perjanjian Lama yang akhir. Dia maklum kepada kita 2021 tahun dahulu bahawa Allah sebagai Yesus Kristus sudah pijak tanah Israel. Ada applikasi untuk kita. Orang Kristian mempunyai satu Alkitab. Dan satu Alkitab itu mempunyai dua perjanjian - Perjanjian Lama (PL) dan Perjanjian Baru (PB). Apa yang dinubuatkan dalam PL digenapi dalam PB. Jadi kita mesti tahu PL dan PB. Jangan baca PB sahaja. Banyak ajaran PB datang dari PL. Ini tidak hairan kerana penulis buku-buku PB seperti Yohanes, Paulus dan Petrus ialah orang Yahudi. Dan mereka punya Alkitab ialah PL. Misalannya Markus 12: 30,31 berasal dari Ulangan 6 :4, 5 Dengarlah, wahai Israel! Tuhan ialah Allah kita. Tuhan itu esa. 5 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Dan Imamat 19:18 Jangan membalas dendam ataupun berdendam kepada sesiapa antara umat sebangsamu, tetapi sebaliknya, kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri. Akulah Tuhan. Yesus sememangnya adalah VIP bahkan dia adalah Anak Allah - Allah menjadi manusia. Kita harus tahu bahawa timeline sejarah dunia di bahagi kepada dua zaman , iaitu zaman sebelum Yesus Kristus dan zaman lepas Yesus atau tahun-tahun Masihi. Dalam Bahasa Inggeris BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era). Dahulu kita pakai BC (Before Christ) dan AD. (Anno Domini = In the Year of our Lord). 2021 tahun dahulu Yesus Kristus pijak tanah Israel. Yesus Kristus lebih dari VIP - dia adalah Anak Allah. Yohanes maklum kita dalam ayat 8 bahawa Yesus Kristus akan membaptis kita dengan Ruh Kudus. Ini maklumat penting. Applikasi kepada kita hari ini ialah kita harus tahu kita ialah orang yang di liputi olek Roh Kudus. Dalam PL, Ruhu Kudus hanya mengurapi orang- orang tertentu saperti Nabi dan Hakim. (Gideon, Othniel, Yezekiel dll). Hari ini umat Keristian ialah orang yang bertaubat dan menerima Yesus Kristus punya kematian atas salib sebagai bayaran untuk dosa mereka. Yesus Kristus bukan sahaja mati untuk kita punya dosa dan bangkit dari maut, dia juga memberi Roh Kudus kepada kita. Kita orang yang percaya diberi Roh Kudus hidup dalam diri kita. Ruh Kudus lah yang transformasi hati dan jiwa dan minda kita kita supaya kita menjadi manusia yang baru. Kalau seorang tidak mempunyai Ruh Kudus, dia bukan milik Kristus (Roma 8: 9Tetapi kamu dikawal bukan oleh sifat tabii yang berdosa tetapi oleh Roh, jika Roh Allah hidup dalam dirimu. Dan jika seseorang tidak ada Roh Kristus, dia bukanlah milik Kristus.) Aplikasi untuk kita ialah kita harus hidup menurut Roh Kudus. Sekian renungan harian.610165
- TETAPLAH BERSYUKURIn Kehidupan Kristian·18 August 2021Mengingat kebaikan Tuhan sepanjang hari ini dengan mengucapkan SYUKUR dan sentiasa pegang janji Tuhan! Jiwa yang BERSYUKUR, akan tetap tenang bahkan di atas MASALAH DAN PENDERITAAN sekalipun.. Dan segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya itu dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kita. – Kolose 3:17 Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu. – 1 Tesalonika 5:18 Ingat KasihNya ingat kebaikanNya Bersyukurlah karena kita masih dapat menghirup oksigen dengan percuma, sedang ada orang yg harus membayar mahal utk mendapatkannya, bersyukurlah kita dapat menang atas penyakit, sedang masih banyak yg masih terbaring menantikan pemulihannya. bersyukurlah untuk kesulitan dan pencobaan2 yg kita hadapi karena kita sdg dilatih untuk mengandalkan Tuhan, Mari kita belajar terus bersyukur untuk segala hal agar kita tetap kuat dan tegar💕🌺💪🙏🙏 Tuhan memberkati selalu!7764
- A meaningful poem to reflect onIn Inspirasi & Renungan·21 May 2023Patience visited me And it reminded me That good things take time to come to fruition And grow slowly with stability Peace visited me And it reminded me That I may remain calm through the storms of life Regardless of the chaos surrounding me Hope visited me And it reminded me That better times lay ahead And it would always be there to guide and uplift me Humility visited me And it reminded me That I may achieve it Not by trying to shrink myself and make myself less But by focusing on serving the world and uplifting those around me Kindness visited me And it reminded me To be more gentle, forgiving and compassionate toward myself And those surrounding me Confidence visited me And it reminded me To not conceal or suppress my gifts and talents In order to make others feel more comfortable But to embrace what makes me me Focus visited me And it reminded me That other people’s insecurities and judgements about me Are not my problem And I should redirect my attention From others back to me Freedom visited me And it reminded me That no one has control over my mindset, thoughts and wellbeing But me And love visited me And it reminded me That I need not search for it in others As it lies within me. Tahlia Hunter Artist: Unknown22075
bottom of page









