top of page

(4) Mempraktikan Kerendahan Hati



Kita teruskan dengan siri kerendahan hati. Kita fokus kepada praktik kerendahan hati di dalam kehidupan kita di marketplace. Kerendahan hati bukanlah di dalam minda, tetapi juga secara praktiknya. Sesuatu yang harus kita pupuk secara sengaja untuk kita jadikan kerendahan hati sebagai satu tabiat.


Bagaimana kita mempraktikkan kerendahan hati?


Pertama, Melayani Orang Lain


Adalah penting untuk kita melayani orang lain sebagai cara untuk kita mempraktikan kerendahan hati. Kita letakkan kepentingan orang lain lebih daripada diri kita. Kita gunakan skill dan talenta kita untuk kebaikan orang lain di sekeliling kita. Ini melibatkan kita membantu rakan sepekerjaan di dalam mengendalikan projek yang susah. Dengan mencari alasan untuk melayani orang lain, we praktikkan kerendahan hati dan bertumbuh di dalam iman kita.


Model kita adalah Yesus sendiri.


“Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang."”

(Matius 20:28)


Kedua, Kita Elakkan Perangkap Keangkuhan.


Kita elakkan perangkap keangkuhan. Ini dapat dilakukan dengan menyedari kebatasan kita dan mencari pimpinan Tuhan di dalam segala yang kita lakukan di tempat kerja kita. Kerendahan hati yang sejati ialah menyedari bahawa segalanya adalah anugerah daripada Tuhan. Dan kita gunakan sumber kita dan talenta kita untuk melayani orang lain. Dengan sentiasa “connected” dengan Tuhan melalui doa dan mencari bimbingan Tuhan, kita akan memupuk kerendahan hati, dan mengelakkan keangkuhan yang menghancurkan hidup kita.


Hati-hati, kerana keangkuhan akan menjadikan kita hancur dan jatuh.


“Keangkuhan mendahului kehancuran, dan hati yang sombong mendahului kejatuhan.”

(Amsal 16:18)


Ketiga, Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik (Good Listener)


Salah satu cara yang baik untuk mempraktikkan kerendahan hati di marketplace ialah menjadi seorang yang mendengar dengan baik. (Good Listener). Dengan mendengar dengan baik, tentang idea dan kebimbangan rakan sepekerjaan kita, kita akan menunjukkan hormat dan penghargaan tentang perspektif mereka. Ini akan memupuk kepercayaan, dan memupuk perhubungan yang baik dengan mereka.


Yakobus menasihatkan kita untuk mendengar dengan baik.

“Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah.”

(Yakobus 1:19)


Keempat, Kita Merangkul Kepelbagaian (We Embrace Diversity)


Satu lagi cara untuk mengamalkan kerendahan hati di pasaran adalah dengan menerima kepelbagaian. Dengan mengiktiraf dan menghargai latar belakang yang berbeza, pengalaman dan perspektif rakan sekerja kami, kami boleh mencipta budaya tempat kerja yang inklusif dan menyokong. Ini boleh membantu mempromosikan kreativiti, inovasi dan membuat keputusan yang lebih baik.


“Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus.”

(Galatia 3:28)


Kelima, Kita Terbuka Dengan Maklum Balas (Feedback)


Mengamalkan kerendahan hati juga melibatkan sikap terbuka terhadap maklum balas daripada orang lain. Dengan mencari kritikan yang membina dan menggunakannya untuk memperbaiki diri, kita boleh menunjukkan kesediaan untuk belajar dan berkembang. Ini boleh membantu untuk mewujudkan budaya tempat kerja yang menghargai pertumbuhan dan pembangunan, dan yang menyokong matlamat peribadi dan profesional setiap orang.


“Besi menajamkan besi, demikian juga orang menajamkan sesamanya.”

(Amsal 27:17)


“Sesiapa yang menyukai didikan, menyukai pengetahuan, tetapi sesiapa yang membenci teguran adalah bodoh.”

(Amsal 12:1)


Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mengamalkan kerendahan hati di pasaran, dengan melayani orang lain, mendapatkan maklum balas dan menerima kepelbagaian. Dengan berbuat demikian, kami mewujudkan budaya saling menghormati, bekerjasama, dan pertumbuhan peribadi serta profesional.


Comentários


bottom of page