top of page

Renungan Natal 4: Cahaya


Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, mereka melihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kini mendahului mereka dan berhenti di atas tempat Anak itu. Sungguh gembira mereka apabila melihat bintang itu. Matius 2:9-10 Cahaya hanya berfungsi dengan baik didalam gelap. Apalagi didalam kegelapan, cahaya itu dapat menuntun arah kita agar tidak melencong ataupun tersesat. Bayangkan didalam kegelapan dan perjalanan yang panjang, tiba tiba para ahli ilmu ini melihat bintang yang telah muncul di Timur itu kembali dan betapa gembiranya hati mereka sebab mereka tahu bintang itu yang membawa mereka ke tempat tujuan mereka.


Ditempat kerja, kolej, atau komuniti riadah kita, banyak sekali orang orang yang sepertinya orang ahli Ilmu ini. Memerlukan panduan untuk membawa mereka kepada Tuhan diatas semua permasalahan mereka. Mari kita menjadi seperti bintang yang terbit di Timur itu, membawa mereka mengenal Tuhan yang sangat mengasihi dan Tuhan yang mampu diatas segalanya.


Doa : Tuhan, ajarlah saya untuk menjadi seperti bintang yang boleh menuntun orang kepada-Mu. Biarlah hidup saya menjadi alat yang bersinar dan orang akan melihat sinaran itu dan datang kepada Engkau. Dalam Nama Yesus saya berdoa. Amin.

bottom of page