top of page

Hadiah


“Mereka masuk ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mir kepada-Nya.”

‭‭Matius‬ ‭2‬:‭11‬ ‭AVB‬‬


Emas, dupa dan Mir merupakan hadiah yang dibawa oleh orang ilmuan sewaktu mereka datang mencari bayi yang baru lahir itu.

Mungkin kita terfikir, apakah yang ada didalam fikiran mereka sewaktu mereka memilih hadiah yang ingin mereka bawa untuk menemui seorang bayi? Kenapa mereka memilih emas, dupa dan mir?


Sesuatu yang berharga menurut pandangan mereka. Hadiah yang sememangnya dipersembahkan kepada seorang raja.


Namun kalau kita melihat secara simboliknya, semua hadiah itu membawa pengertian / simbol yang dalam. Emas itu menunjukkan tentang Yesus adalah raja. Dupa itu melambangkan peranan Yesus yang menghubungkan kita dengan Allah Bapa dengan peranan Imam. Dan Mir itu melambangkan kematian Yesus. Melihat semua ini, kita tahu bahawa - kelahiran ini menunjukkan satu cinta agung untuk kita.


Bagaimanakah kita di tempat kerja kita? Adakah kita mempercayakan kedaulatan Tuhan sebagai raja atas situasi kita? Atau adakah kita memainkan peranan imam yang menghubungkan atau bersyafaat untuk rakan rakan sekerja, atau kolej, atau rakan riadah kita kepada Yesus? Atau adakah kita sudah memberitakan tentang pengorbanan Yesus untuk menanggung dosa kita semua termasuk mereka yang sama sama di tempat kerja kita atau kolej atau rakan riadah..


Doa : Tuhan, biar hidupku menyatakan kebaikan-Mu kepada rakan rakan atau orang di luar sana yang memerlukan pengharapan. Terima Kasih Tuhan. Dalam nama Yesus, Amin.

bottom of page