top of page

Renungan Natal 3 : Bintang


“Yesus dilahirkan di Betlehem, di Tanah Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Yerusalem. Mereka bertanya, "Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya."”

‭‭Matius‬ ‭2‬:‭1‬-‭2‬ ‭AVB‬‬


Ahli Ilmu adalah kalangan yang bijak pandai dan terhormat di dalam masyarakat. Mereka mendalami dan memahami hal hal yang mungkin susah difahami dan dibatasi fikiran manusia. Namun, apa yang menarik mereka untuk mengembara dengan hanya mencari seorang bayi?


Kerana mereka melihat sesuatu hal yang unik di tunjukkan oleh alam semesta - berpandukan bintang yang terbit dari timur yang menunjukkan tentang kehadiran sesuatu yang akan mengubah destini dunia. Sesuatu yang Ilahi dan diluar kemampuan manusia.


Di dalam tempat pekerjaan kita, diatas semua kebolehan kita dan pencapaian kita di dalam tempat kerja, adakah kita dapat menyedari tentang kehadiran Yesus yang boleh mengubah destini kita? Adakah kita menjadi seperti bintang timur di dalam kegelapan yang menuntun rakan sekerja kita yang hidup tanpa Tuhan kepada pengenalan akan Tuhan yang dapat mengubah destini hidup mereka kepada masa depan yang penuh cemerlang?


Doa : Tuhan, Terima Kasih kerana saya dapat mengenal Engkau sebagai Juruselamat. Bantu saya untuk menjadi seperti bintang yang terbit di timur yang dapat menuntun rakan rakan sekerja atau sekolej saya untuk datang kepada terang-Mu. Dalam dan diatas nama Yesus saya berdoa. Amin.

bottom of page