Apa Responmu, Bila Yesus Memanggil Namamu
- Komuniti Digital 05

- 11 minutes ago
- 1 min read

'Apabila Yesus sampai ke tempat itu, Dia mendongak ke atas lalu berkata kepadanya, “Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.” ' (Lukas 19:5) AVB
Apabila Yesus sampai berdekatan dengan pokok yang dipanjat oleh Zakheus, Dia memandang ke atas dan melihat Zakheus di atas pokok itu. Lalu Yesus segera memanggil namanya dan berkata kepadanya, “Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.”
Apabila Zakheus mendengar Yesus memanggil namanya supaya dia turun dari pokok yang dipanjatnya, kerana Yesus mahu pergi ke rumahnya, maka dengan serta-merta, tanpa membuang masa, dia turun dari pokok itu. Kemudian dia dengan penuh sukacita menyambut dan menerima Yesus ke rumahnya.
Bagaimana dengan perasaan kamu apabila kamu mendengar Yesus memanggil nama kamu dan Dia mahu masuk ke dalam rumahmu? Apakah yang akan kamu lakukan terhadap panggilan Yesus itu? Apakah hati kamu dipenuhi dengan sukacita atau sebaliknya?
Oleh itu marilah kita mendengar suara-Nya yang memanggil nama kita.
Doa: Tuhan, berilah aku telinga yang mendengar suara-Mu dan peka terhadap panggilan-Mu, agar aku tahu panggilan-Mu terhadap diriku dan mengikut-Mu sepanjang hidup aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments