top of page

Apakah Berita Yang Orang Dengar Tentang Diri Kita

"…Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua. Setiap kali kami berdoa kepada Allah, kami sentiasa mendoakan kamu.....” 1 Tesalonika 1:2


Paulus menyatakan kesyukuran mereka kepada Tuhan ke atas kehidupan jemaah yang ada di Tesalonika yang mana pada masa yang lalu adalah penyembah-penyembah berhala. Tetapi oleh kerana pemberitaan Injil melalui Paulus dan rekan-rekannya maka orang di Telasonika telah bertobat dan kehidupan mereka telah berubah.


Oleh kerana itu maka apabila Paulus dan rekan-rekannya berdoa, mereka tidak putus-putus bersyukur kepada Tuhan ke atas kehidupan jemaah yang ada di Tesalonika, dengan iman mereka didalam Tuhan Yesus, ke atas kasih mereka kepada Tuhan telah mendorong mereka didalam pekerjaan mereka dan ke atas pengharapan mereka dalam Tuhan Yesus Kristus yang tetap kuat.


Apakah yang orang dengar tentang diri kita pada saat ini, sehingga mendorong mereka untuk terus bersyukur kepada Tuhan didalam kehidupan mereka. Apakah mereka mendengar berita yang baik tentang kita atau sebaliknya.


Dengan itu marilah kita menyelidiki hidup kita pada saat ini? Apakah memberikan berita yang baik kepada saudara-saudara yang seiman kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan kehidupan saya kepadaMu, memohon agar Engkau membentuk hidup saya sesuai dengan kehendakMu agar saya sentiasa memberi berita yang baik kepada saudara-saudara seiman saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Σχόλια


bottom of page