top of page

Bagaimana Mengenal Yesus Secara Peribadi?





Jikalau teman-teman sekalian, belum mengenal Allah secara peribadi, kami cadangkan 4 prinsip yang boleh membantu kita di dalam perhubungan kita dengan Tuhan.


Prinsip #1: Allah mengasihi anda dan menciptakan anda untuk anda mengenali-Nya secara peribadi.


Bahagian Firman Tuhan yang paling terkenal di dalam Alkitab, ialah “'Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.”

( Yohanes 3:16 AVB)


Hidup ini adalah persiapan untuk kita hidup berkekalan satu hari nanti. Kita mempunyai kebebasan untuk memutuskan ke mana hala tuju kehidupan kita : Hidup kekal yang bersama dengan Allah atau hidup kekal yang berpisah daripada Allah.


Allah sangat-sangat menghargai dan mengasihi kita dan ingin kita bersama dengannya di akhirat satu hari nanti.


Alkitab mengatakan “Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kau utus.”

(Yohanes 17:3 AVB)


Jadi, apakah yang menghalang kita mengenal Tuhan secara peribadi?


Prinsip #2: Manusia berdosa dan terpisah dari Allah.


Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengenal-Nya secara peribadi atau mengalami kasihnya kerana dosa kita.


Alkitab ada mengatakan “Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.”

(Roma 3:23 AVB)


Ada perpisahan di antara kita dengan Allah. Manusia berusaha untuk mencapai Allah dan berusaha untuk menjalinkan perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui keupayaan kita sendiri seperti berbuat baik, mencari pahala, falsafah, keagamaan dsb. Tetapi, kita tidak akan berjaya kerana kita tidak akan mencapai kesucian yang sepenuhnya dengan keupayaan kita sendiri.


Alkitab mengatakan “Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.”

(Roma 6:23 AVB)


Prinsip yang seterusnya akan memberikan kita penjelasan satu-satunya jalan untuk menjembatani perpisahan tersebut.


Prinsip #3: Melalui Yesus kita akan mengenal Allah secara peribadi dan mengalami kasih-Nya.


Yesus mati untuk kita : Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. (Roma 5:8 AVB)


Yesus bangkit dari kematian : Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; dan bahawa Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, kemudian kepada dua belas murid-Nya. Selepas itu, Dia memperlihatkan diri-Nya kepada saudara-saudara kita, lebih daripada lima ratus orang pada satu masa. Kebanyakan mereka masih hidup, dan ada yang sudah meninggal dunia.

(1 Korintus 15:3-6 AVB)


Yesus adalah jalannya : Yesus menjawab, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.

(Yohanes 14:6 AVB)


Bayangkan, Allah telah menjembatani kita dengan Tuhan, melalui Yesus Kristus. Untuk mati di atas salib untuk pihak kita dan membayar hutang dosa kita di atas salib.


Tetapi, saudara-saudari, mengetahui kebenaran tidak cukup ….


Prinsip #4: Kita harus menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan kita secara peribadi.


Barulah kita boleh mengenal Allah secara peribadi dan mengalami kasih-Nya dengan sepenuhnya.


Kita harus menerima Yesus : Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.

(Yohanes 1:12 AVB)


Kita menerima Yesus melalui iman : Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah.

(Efesus 2:8-9 AVB)


Apabila kita menerima Yesus, kita akan dilahirkan baru. Alkitab ada menceritakan bagaimana Nikodemus mengalami kelahiran baru melalui Kristus.


Pada masa itu ada seorang pemimpin Yahudi daripada golongan Farisi yang bernama Nikodemus. Dia mengunjungi Yesus pada suatu malam lalu berkata, "Rabbi, kami tahu bahawa Engkau guru yang datang daripada Allah. Tidak mungkin seseorang melakukan mukjizat seperti yang Kau lakukan kecuali Allah menyertai-Nya." Yesus menjawab, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah." Nikodemus bertanya, "Bagaimana seorang dewasa mungkin dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan sekali lagi!" Yesus menjawab, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan daripada air dan Roh Kudus, dia tidak akan masuk ke dalam kerajaan Allah. Yang dilahirkan manusia ialah manusia, dan yang dilahirkan Roh ialah roh. Janganlah hairan akan kata-kata-Ku bahawa kamu semua perlu dilahirkan semula. Angin bertiup semahunya. Kita mendengar bunyinya, tetapi tidak tahu dari mana datangnya dan ke mana perginya. Demikianlah juga dengan orang yang dilahirkan oleh Roh Kudus."

(Yohanes 3:1-8 AVB)


Bagaimana kita menerima Yesus?


Kita menerima keselamatan Yesus Kristus Dengan menjemput-Nya secara peribadi.


Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama-Ku.

(Wahyu 3:20 AVB)


Apabila kita menerima Yesus Kristus ke dalam kehidupan kita, kita akan berpaling daripada kita yang mengarahkan diri kita sendiri (Self-directed life) kepada Yesus yang mengarahkan diri kita (Christ-directed life).


Doa adalah percakapan kita kepada Tuhan. Dia tahu isi hati kita. Oleh itu, tidak perlu untuk kita berbicara dengan Tuhan dengan perkataan yang berbunga-bunga. Apa yang penting ialah isi hati kita.


Kami cadangkan contoh doa kita kepada Tuhan seperti berikut :


Ya Tuhan,

Saya ingin mengenal Tuhan secara peribadi.

Terima kasih untuk pengorbanan Mu di atas salib untuk dosa saya.

Saya membuka pintu kehidupan saya dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juru Selamat kehidupan saya.

Terima kasih kerana mengampuni segala dosa saya dan memberikan saya kehidupan kekal.

Jadikan lah saya seorang peribadi yang mahu Tuhan inginkan.

Amen.


Tahniah, Lukas 15:7 mengatakan “Aku berkata kepadamu bahawa begitu jugalah kegembiraan di syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat lebih daripada kegembiraan ke atas sembilan puluh sembilan orang yang benar yang tidak perlu bertaubat."


Alkitab berjanji akan memberikan kita kehidupan yang berkekalan apabila kita menerima Yesus Kristus.



bottom of page