top of page

Bagi Tuhan, Semua Layak Menghadap-Nya

ree

“Orang membawa anak mereka kepada Yesus supaya Dia memberkati mereka. Tetapi apabila murid-murid Yesus melihat hal ini, mereka menegur orang itu.”

— Lukas 18:15 (AVB)


Beberapa orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus supaya Dia meletakkan tangan-Nya ke atas mereka dan memberkati mereka. Namun, apabila para pengikut Yesus melihat hal itu, mereka menegur dan menghalang orang ramai daripada membawa anak-anak mereka kepada Yesus.


Apabila Yesus melihat tindakan murid-murid-Nya yang melarang orang membawa anak-anak kepada-Nya, Dia menegur mereka dan berkata,


“Biarkan anak-anak kecil itu datang kepada-Ku, jangan halang mereka, kerana orang yang seperti merekalah yang memiliki Kerajaan Allah.”


Kemudian Yesus memanggil anak-anak itu kepada-Nya. Dia memeluk mereka dengan kasih dan memberkati mereka satu per satu.


Peristiwa ini menunjukkan bahawa Tuhan Yesus mengasihi dan menerima semua orang tanpa mengira usia, status, atau keadaan hidup mereka. Umur bukanlah ukuran bagi Tuhan untuk memberkati seseorang. Bagi Tuhan, semua orang — muda atau tua — adalah berharga dan layak datang ke hadirat-Nya untuk menerima kasih dan berkat-Nya tanpa syarat.


Oleh itu, janganlah kita menilai atau menghalang sesiapa daripada datang kepada Tuhan berdasarkan hal-hal lahiriah. Kasih dan rahmat Tuhan tersedia untuk semua yang datang kepada-Nya dengan hati yang tulus. Bagi Tuhan, setiap manusia adalah penting, dikasihi, dan layak untuk menerima anugerah-Nya.


Doa

Tuhan, terima kasih atas kasih dan berkat-Mu. Engkau tidak melihat umur, pangkat, atau keadaan kami untuk menerima kami ke dalam hadirat-Mu. Aku bersyukur kerana bagi-Mu, setiap orang adalah berharga dan layak untuk menerima kasih dan rahmat-Mu. Bantulah aku untuk melihat orang lain dengan kasih yang sama seperti Engkau melihat mereka. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page