top of page

Bagiku Taurat-Mu Lebih Berharga


Bagi dirimu pada saat ini, apakah yang paling berharga? Apakah anda melihat kebenaran Firman Tuhan itu merupakan hal yang sangat berharga bagi dirimu seperti yang dikatakan oleh pemazmur kepada kita. Dia berkata bagi dirinya:

“...Bagiku, Taurat-Mu lebih berharga daripada segala kekayaan di dunia......” Mazmur 119:72


Secara peribadi pemazmur telah melalui penindasan yang sangat berat didalam hidupnya, melalui kesukaran yang dia lalui didalam hidupnya, telah menyedari dirinya bahawa ketetapan-ketetapan Tuhan itu adalah lebih berharga daripada segala kekayaan dunia ini.


Sebab Taurat TUHAN itu telah menjadi pendoman hidupnya sewaktu dia melalui penindasan yang berat sehingga berribu keping emas dan perak yang hilang akibat penindasan tidak lagi berharga bagi dirinya. Oleh kerana kejadian yang dia telah lalui menyedari dirinya Hukum Taurat lebih berharga, sebab hukum itu keluar dari mulut Tuhan, yang merupakan pengungkapan kehendak-Nya dan disahkan oleh kuasa-Nya.


Walapun secara peribadi pemazmur memiliki banyak emas dan perak jika dibandingkan dengan yang di miliki orang lain, namun hatinya tertuju kepada firman Tuhan dan bukan kepada kekayaannya yang semakin bertambah banyak. Dia melihat Taurat Tuhan lebih berharga daripada segala kekayaan di dunia ini.

Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? apakah yang lebih berharga bagi dirimu? Apakah anda melihat Firman Tuhan itu lebih baik bagi dirimu, yang boleh memberikan kesenangan yang lebih baik, pemeliharan hidup yang lebih baik, warisan yang lebih baik dibandingkan dengan harta benda yang kita miliki.


Ingat seseorang yang sungguh-sungguh mengenal dan telah mengalami kuasa Tuhan didalam hidupnya secara peribadi pasti menyukai membaca Firman Tuhan lebih daripada kekayanan dunia ini. oleh itu marilah kita selidiki hati kita, apakah Firman Tuhan lebih berharga dalam hidup kita hari ini.


Apakah Taurat Tuhan itu lebih berharga daripada segala kekayanan dunia ini.

Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya kepadaMu, memohon bimbingan daripadaMu atas kehidupan saya,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

Comentários


bottom of page