top of page

Benih Jatuh di Tanah Subur


Benih Jatuh di Tanah Subur


'Tetapi ada benih yang jatuh di tanah yang subur lalu bertunas dan mengeluarkan hasil seratus ganda.” Kemudian Yesus berseru, “Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!” ' (Lukas 8:8) AVB


Golongan yang keempat merujuk kepada mereka yang menerima dan mentaati firman Tuhan dengan hati yang tulus. Kebenaran firman Tuhan itu menghasilkan pertaubatan dalam kehidupan mereka, yang seterusnya membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku. Hal ini juga mendorong seseorang untuk bertindak dengan adil dan benar.


Golongan ini digambarkan sebagai “…benih yang jatuh di tanah subur…”. Oleh sebab tanah itu subur, benih yang jatuh di atasnya akan terus bertumbuh, membesar, dan akhirnya menghasilkan banyak buah.


Demikianlah hati orang yang baik dan jujur. Apabila dia mendengar pemberitaan firman Tuhan, dia segera menyimpannya di dalam hati. Dengan tekun, dia melakukannya sehingga firman Tuhan itu membuahkan hasil dalam hidupnya.


Bagaimanakah keadaan hati anda hari ini?

Adakah hati anda seperti tanah yang subur – iaitu hati yang baik dan jujur? Marilah kita menyelidiki hati kita di hadapan Tuhan.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu memohon agar Engkau memberikanku hati seperti tanah yang subur, di mana firman-Mu dapat hidup dan bertumbuh dengan subur, supaya hidupku sentiasa menghasilkan buah-buah yang matang. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page