Benih Jatuh di Tengah-Tengah Semak Berduri
- Komuniti Digital 05

- May 8
- 1 min read

'Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar bersama-sama dan membantutkannya. ' (Lukas 8:7) AVB
Golongan yang ketiga ialah mereka yang mendengar perkhabaran Firman Tuhan, tetapi oleh sebab kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup, pertumbuhan Firman Tuhan dalam hidup mereka terbantut. Akibatnya, mereka tidak dapat menghasilkan buah yang matang.
Golongan ini digambarkan sebagai “benih yang jatuh di tengah semak berduri”. Ketika benih-benih itu mula tumbuh dan bertunas bersama rumput-rumput, duri-duri yang turut membesar akan menghimpit tumbuhan tersebut sehingga mati.
Semak-semak yang tumbuh bersama-sama dengan benih itu melambangkan kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup yang menjadi penghalang untuk pertumbuhan rohani. Hal-hal inilah yang menyebabkan Firman Tuhan yang didengar dan diterima tidak dapat berkembang.
Oleh itu, adakah anda mengalami cabaran yang sama seperti “benih yang jatuh di tengah semak berduri”? Mereka mendengar perkhabaran Firman Tuhan, tetapi oleh kerana ancaman kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup yang menekan kehidupan mereka, mereka tidak dapat menghasilkan buah yang matang.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon kekuatan agar aku dapat membiarkan Firman-Mu terus berkuasa dalam kehidupanku. Berikan aku kemampuan untuk mengatasi segala kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup agar Firman-Mu terus bertumbuh dalam hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments