Benih yang Jatuh di Jalan
- Komuniti Digital 05
- 2 days ago
- 1 min read

'“Seorang penyemai pergi menabur benihnya. Semasa dia menabur, ada yang jatuh di tepi jalan dan dipijak orang lalu dimakan burung di udara. ' (Lukas 8:5) AVB
Yesus menggunakan sebuah perumpamaan tentang benih untuk menggambarkan respons manusia terhadap pengajaran-Nya. Perumpamaan ini menceritakan tentang sikap dan keadaan hati mereka yang mendengar firman-Nya. Firman Tuhan diibaratkan sebagai benih yang ditaburkan, manakala tanah melambangkan hati mereka yang mendengarnya.
Yesus menceritakan tentang golongan pertama, iaitu mereka yang mendengar pengajaran-Nya, tetapi sebaik sahaja mereka mendengarnya, Iblis datang dan mengambil firman itu daripada hati mereka, supaya mereka tidak percaya dan tidak diselamatkan.
Golongan ini digambarkan seperti benih yang jatuh di tepi jalan, lalu dipijak orang dan dimakan burung. Adakah hati kita seperti ini? Jika ya, marilah kita bertobat dan biarkan Tuhan mengubah hati kita.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan menyerahkan seluruh kehidupanku kepada-Mu. Aku memohon agar Engkau memperbaharui hatiku, dan mengubahkan hatiku menjadi hati yang berkenan kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, Amin.
Pr Patrick Taie
Commenti