top of page

Berani Menang



Roma 8:37 "...Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita."


Berani adalah karakter vital bagi pertumbuhan dan perubahan hidup.

Ada manusia yang tidak hanya takut gagal, tetapi ada juga yang takut menang. Ciri-cirinya adalah tidak berani mengambil tantangan, tidak berani mengambil peluang serta kesempatan yang muncul, merasa tidak mampu serta menganggap diri mereka sendiri sebagai orang yang tidak layak.


Untuk menang kita haruslah mempunyai keberanian kerana para pemenang adalah seorang pemberani;


Berani bermimpi dan melakukan hal yang besar.

Berani berubah

Berani fokus pada keyakinan.

Berani mengambil risiko


Ingatlah bahawa kita ini lebih dari pemenang oleh Dia yang telah mengasihi kita. Marilah kita terus mempunyai keyakinan iman yang terus berani melangkah ketika Tuhan memanggil kita. Percayalah setiap yang Tuhan rencanakan buat kita tidak akan pernah mencelakakan kita.


Tangan kasihNya selalu tersedia bagi kita semua.


Renungkan:

1.Apakah kita semalam ini seorang yang takut melangkah dan hanya berada di zon selesa kita?

2.Apakah yang menjadi ketakutkan kita sehingga ianya sukar membuat kita bertumbuh?

3.Langkah keberanian apakah yang anda mahu ambil hari ini?


Perkara Doa:

1. Kita doakacn setiap peribadi kita untuk terus berani melangkah walaupun di tengah ketidakpastian. Percayalah tanganNya yang akan menopang kita.

2. Kita doakan 3 orang peribadi saat ini, mereka akan terus kuat, bertahan, dan tetap setia di dalam setiap apa sahaja yang dikerjakan. Mereka terus menjadi berkat bagi banyak orang.

3. Kita doakan anak-anak muda saat ini, supaya mereka berani menyatakan dan mempertahankan iman mereka walau dimana saja mereka berada, baik di sekolah, university serta di tempat kerja sehingga mereka tidak mudah terintimidasi oleh dunia ini.


Amay

bottom of page