Berjaga-Jagalah Terhadap Kemunculan Mesias Palsu
- Komuniti Digital 05

- 2 days ago
- 1 min read

“…Yesus berkata, ‘Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, “Akulah dia!” dan “Masanya sudah tiba!” Jangan ikut mereka....’” Lukas 21:8
Setelah pengikut-pengikut Yesus mendengar tentang kehancuran Rumah Tuhan sehingga tidak ada satu batu pun akan tinggal tersusun, mereka bertanya kepada Yesus, “…Guru, bilakah perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masanya sudah tiba?”
Mereka ingin mengetahui waktu berlakunya kehancuran Rumah Tuhan kerana Yesus berkata bahawa pada masa itu akan muncul banyak orang yang menggunakan nama-Nya, lalu menipu dengan mengaku diri mereka sebagai Mesias atau utusan Tuhan.
Sebaliknya, semua itu hanyalah penyamaran. Mereka menggunakan gelaran Mesias untuk menyesatkan orang dan mempengaruhi bangsa Yahudi, bahkan ada yang menetapkan waktu pembebasan daripada penjajahan Romawi, seolah-olah mereka diutus Tuhan.
Kerana itu Yesus memperingatkan para pengikut-Nya, “…berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu.” Orang akan datang dengan mengaku, “Akulah dia!” atau “Masanya sudah tiba!” tetapi Yesus berkata, jangan ikut mereka.
Yesus mengingatkan bahawa pada akhir zaman akan muncul banyak penyesat, tetapi para pengikut-Nya harus tetap teguh dan berjaga-jaga, tidak goyah dengan pengajaran atau pengakuan palsu.
Oleh itu, marilah kita sentiasa berjaga-jaga. Jangan takut apabila mendengar berita peperangan atau pemberontakan. Semua ini harus berlaku terlebih dahulu, tetapi itu tidak bermaksud akhir zaman sudah tiba.
Doa: Tuhan, aku datang kepada-Mu dan memohon bimbingan-Mu. Ajarilah aku akan kebenaran-Mu dan berpegang erat pada jalan-Mu, supaya aku tidak tertipu oleh penyesat yang muncul pada akhir zaman ini. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments