Berkat Menantikan Hamba Yang Didapati Berjaga-jaga
- Komuniti Digital 05
- Aug 13
- 1 min read

“Diberkatilah hamba-hamba yang didapati berjaga-jaga oleh tuan mereka ketika dia pulang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tuan itu akan menyuruh mereka duduk bertelekan di meja dan dia sendiri akan melayan mereka.” Lukas 12:37 AVB
Tuhan Yesus berkata kepada murid-murid-Nya bahawa betapa bahagianya hamba-hamba yang didapati berjaga dan bersiap sedia ketika tuan mereka kembali. Sebagai ganjaran, tuan mereka pasti akan menyuruh hamba-hambanya duduk bertelekan di meja dan dia sendiri akan melayani mereka.
Demikian juga dengan kita pada hari ini. Betapa diberkatinya setiap kita yang sentiasa bersiap sedia secara rohani untuk kedatangan kembali Tuhan Yesus kerana kedatangan-Nya itu tidak kita ketahui masanya. Oleh itu, kita harus berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan penuh keyakinan dan pengharapan untuk kedatangan-Nya.
Sewaktu Tuhan Yesus datang kembali dan Dia mendapati diri kita tetap berjaga-jaga dan bersiap sedia, Dia dengan penuh sukacita dan kasih akan mempersilakan kita untuk duduk bersama-sama-Nya dan makan dengan-Nya. Dia sendiri akan mengikat pinggangnya untuk melayani kita.
Marilah kita tetap taat setia dan bersiap sedia untuk kedatangan kembali-Nya kerana kita akan menerima berkat dan perkenanan daripada-Nya.
Doa:
Ya Tuhan Yesus, tolonglah aku bersiap sedia untuk kedatangan kembali-Mu setiap hari. Aku bersyukur bahawa Engkau akan membawa aku ke hadirat-Mu. Terima kasih juga atas berkat yang menantikan aku. Dalam nama-Mu aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios