Berserulah Kepada Tuhan, Sebab Dia Menolong Kita
- Komuniti Digital 05

- 12 minutes ago
- 1 min read

'Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa dia kepada-Nya. Lalu tanya Yesus apabila dia mendekati-Nya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Tuhan, aku ingin melihat.” ' (Lukas 18:40-41) AVB
Oleh kerana orang buta itu berseru kepada Tuhan Yesus dengan suara yang nyaring, maka orang ramai yang berjalan di hadapan rombongan memarahi orang buta itu dan menyuruhnya diam. Namun dia malah berteriak dengan lebih keras, “Anak Daud, kasihanilah aku!”
Mendengar seruan orang buta itu, Yesus pun berhenti, lalu Yesus memerintah supaya orang buta itu dibawa kepada-Nya. Ketika orang buta itu sudah dekat dengan-Nya, Dia pun bertanya kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?”
Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Tuhan Yesus mendengar seruan hati kita yang memanggil nama-Nya. Dia tahu perasaan dan tangisan hati kita. Dia juga bertanya kepada kita, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?”
Oleh itu marilah kita menyatakan segala keinginan hati kita kepada Yesus tentang apa yang kita mahu Tuhan lakukan dalam hidup kita. Dia Tuhan yang mendengar dan sanggup menolong kita.
Doa: Tuhan, terima kasih kerana sanggup menolong aku dalam segala pergumulan hatiku. Bimbinglah aku, Tuhan, agar aku terus bersandar kepada-Mu untuk pertolongan, sebab Engkau siap menolong aku. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments