top of page

Bersiap Sedia Untuk Kedatangan Kembali Tuhan Yesus

ree

“Oleh itu, kamu hendaklah bersedia  kerana Anak Manusia akan datang pada suatu masa yang tidak kamu sangka.” Lukas 12:40 AVB

 

Tuhan Yesus berkata kepada murid-murid-Nya agar mereka sentiasa bersiap sedia untuk kedatangan kembali-Nya, kerana kedatangan kelak adalah pada waktu yang tidak diketahui oleh seorang pun. Dengan kata lain, secara tiba-tiba atau tidak disangka-sangka.

 

Oleh sebab Dia akan datang secara tiba-tiba, maka betapa pentingnya mereka selalu bersiap sedia setiap waktu di mana-mana sahaja baik senang mahupun susah. Tegasnya , mereka jangan mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kedatangan kembali-Nya. Semuanya akan terjadi tanpa diduga, justeru mereka perlu bersiap sedia sepanjang masa. 

 

Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita sesungguhnya sudah bersedia untuk kedatangan kembali-Nya secara peribadi pada hari ini? Sebab kedatangan-Nya itu akan berlaku pada masa yang tidak kita sangka. Jelaslah, kita diingatkan untuk menjalani hidup yang teguh iman, taat setia dan bersiap sedia.

 

Dari perspektif yang lain, kedatangan kembali-Nya dapat disamakan seperti  waktu berakhirnya hayat kita, iaitu tidak ada seorang pun yang mengetahui bila kita akan sampai ajal. Tempoh hayat kita langsung tidak dapat diramal kerana hidup kita di tangan Allah. Demikianlah halnya dengan kedatangan kembali Tuhan Yesus pada hari yang akan datang. 

 

Apa yang penting sekali bagi kita ialah sama ada kita sudah bersiap sedia untuk peristiwa yang ditunggu-tunggu itu. Dia datang kembali seperti pencuri datang pada waktu malam...

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk menjalani hidup yang sentiasa akrab dengan-Mu dan yang diperkenan oleh-Mu. Pada waktu Tuhan Yesus datang kembali kelak, aku sesungguhnya mahu bersiap sedia. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page