top of page

Bersyukurlah Kepada-Tuhan Setiap Hari


“...Setiap hari aku akan bersyukur kepada-Mu; aku akan memuji Engkau selama-lamanya. TUHAN agung dan harus dipuji setinggi-tingginya, kebesaran-Nya tidak dapat kita fahami.....” Mazmur 145:2-3


Pemazmur mengajar dirinya sendiri supaya setiap hari dia harus bersyukur kepada Tuhan dan memuji Tuhan selama hidupnya. Mengapa dia harus bersikap demikian kerana Dia adalah Tuhan yang agung dan harus dipuji setinggi-tingginya, sebab kebesaran-Nya tidak dapat fahami oleh manusia.


Dengan itu pemazmur mahu dirinya hanya berkata-kata apa yang baik tentang Tuhan didalam hidupnya secara peribadi, seperti mana Tuhan telah menyatakan diriNya sendiri kepada umat-Nya pada masa yang lalu. Demikianlah juga pemazmur ingin melakukan hal yang sama bagi membangkitkan pemikiran-pemikiran yang serupa didalam diri orang lain.


Sebab apa yang ada didalam hati pemazmur hanyalah sebuah kekuatan yang ingin sentiasa memuji Tuhan dan menceritakan kebesaran Tuhan kepada orang lain. Dengan itu dia mengajar dirinya supaya bersyukur kepada Tuhan setiap hari selama hidupnya.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah keinginan yang besar didalam hati kita pada saat ini, selama kita masih hidup didunia ini? Apakah kita mahu memuji dan bersyukur kepada Tuhan setiap hari? Sebab sikap yang sentiasa bersyukur dan memuji Tuhan akan menyebabkan diri kita sentiasa segar dan damai.


Oleh itu marilah kita bersyukur kepada-Tuhan setiap hari.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya roh yang sentiasa bersyukur kepadaMU, sebab hati yang bersyukur membuat diri saya sentiasa segar dan damai. Oleh itu berikan saya hati yang sentiasa bersyukur Tuhan, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page