top of page

Bertaubatlah kerana Kerajaan Tuhan Sudah Dekat


Bacaan Alkitab: Keluaran 1-10

Dengan memberitakan pertaubatan dan kedatangan Kerajaan, Yesus memanggil kita untuk menjalani kehidupan yang di luar budaya kita di mana kita berada. Kita sering mendengar istilah, “Di dunia, tetapi bukan dari dunia.” Namun, ini tidak dapat dijelaskan atau dijangkakan kecuali dengan iman. Yohanes Pembaptis, menggemakan Yesaya, menyatakan, “ Persiapkanlah di padang gurun jalan untuk TUHAN, luruskanlah di padang belantara jalan raya bagi Allah kita “ (Yes 40:1-11, Mrk 1: 1-8).


Panggilan pertaubatan, “luruskanlah di padang belantara jalan raya bagi Allah kita” adalah tentang:

• Panggilan untuk suatu proses, amalan, cara, gaya hidup, tindakan - dan bukan peristiwa tunggal, sekali peristiwa. Ini adalah persiapan untuk perjalanan panjang, bukan hanya ke tujuan tertentu.

• Fokus baharu dalam hidup kita; dan langkah pertama, yang bermula di hati kita, adalah pilihan kita

• Mengenal Tuhan tidak dengan cara yang sama kita mengenal orang lain atau apa pun.

• Orientasi semula motivasi, hasrat, keinginan, keasyikan dan tujuan kita yang tersalah tempatnya.


Kerinduan yang terdalam kita tidak boleh pada keuntungan material dan Tuhan pada masa yang sama. (Mat 6:24). Perjalanan ke mana Yesus mengajak kita lebih cenderung membawa kita di antara yang ditolak oleh masyarakat.


Ini adalah perjalanan hati yang panjang yang mengizinkan Kristus untuk memancarkan terang-Nya dengan kuat di dalam dan melalui kita, jauh daripada cahaya kemasyhuran, kekayaan, kedudukan, dan perangkap duniawi yang mempesona. Kristus dilahirkan bukan di sebuah penginapan Betlehem yang terang, tetapi dalam kesederhanaan dan keadaan telanjang di kandang. Musa tidak bertemu Tuhan di istana agung Mesir, tetapi di padang gurun yang paling jarang dikunjungi manusia.


Bertaubat bererti mengubah keutamaan kita - kurang fokus pada diri kita sendiri dan lebih banyak pada orang lain. Keutaman kita beralih daripada kejayaan kepada makna. Ketika kita memalingkan wajah kita ke arah Tuhan, kita secara semula jadi tertarik ke arah yang berbeza, arah di mana ‘manusia lama’ kita akan hindari.


Rev Elisha Satvinder, NECF


bottom of page