Bertumbuh Dalam Kristus, Bukan Sekadar Bertambah Usia
- Komuniti Digital 05
- Sep 3
- 1 min read

Shalom semua! 🥰
Renungan hari ini;
📌Efesus 4:15 AVB
Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus.
Tuhan inginkan kamu untuk bertumbuh. Hati Bapa adalah untuk kamu kamu matang dan mengembangkan ciri-ciri Yesus. Tetapi malangnya, banyak orang Kristian semakin tua tetapi tidak pernah bertumbuh. Mereka terperangkap dalam keadaan bayi rohani yang berterusan. Sebabnya adalah kerana mereka tidak pernah berniat untuk bertumbuh.
Pertumbuhan rohani bukanlah sesuatu yang berlaku secara automatik. Ia memerlukan satu komitmen yang disengajakan. Kamu mesti mahu bertumbuh, membuat keputusan untuk bertumbuh, berusaha untuk bertumbuh, dan terus bertahan dalam pertumbuhan itu. Pemuridan ialah proses menjadi seperti Kristus dan sentiasa bermula dengan satu keputusan.
Apabila murid Yesus memilih untuk mengikut Yesus, mereka tidak memahami sepenuhnya semua implikasi keputusan itu. Tetapi mereka hanya memberi respon kepada jemputan Yesus. Itu sahaja yang diperlukan untuk bermula: Buat keputusan untuk menjadi seorang murid Yesus dan dimuridkan. ❤️
Emily Rigo, Christgen DUMC Bahasa
Comments