Berwaspada Terhadap Sikap Ketamakan
- Komuniti Digital 05
- Aug 1
- 1 min read

'Yesus terus menambah, “Ingatlah baik-baik supaya menjaga diri daripada segala ketamakan kerana kehidupan manusia tidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki.” ' (Lukas 12:15) AVB
Yesus sekali lagi memperingatkan semua orang di sekeliling-Nya supaya mereka berhati-hati dan berwaspada terhadap segala bentuk ketamakan, kerana walaupun seseorang itu memiliki harta yang berlimpah-limpah, hidupnya tidak bergantung pada kekayaannya.
Oleh itu, Yesus mahu agar semua orang yang mendengar ajaran-Nya menguasai diri mereka sepenuhnya dan menjaga hati mereka dengan sebaik-baiknya, supaya sikap tamak tidak merosakkan hati nurani mereka. Ini kerana hidup manusia tidak boleh bergantung pada kekayaan, walaupun mereka memiliki harta yang banyak.
Justeru, mereka haruslah menghindarkan diri daripada dikuasai oleh sikap ketamakan, yang boleh membawa mereka kepada pelbagai dosa. Oleh yang demikian, mereka perlu sentiasa berwaspada agar sikap ketamakan tidak menguasai hidup mereka.
Ini kerana hidup manusia di dunia ini tidak bergantung kepada kekayaan yang dimiliki, tetapi bergantung kepada kasih dan anugerah Tuhan. Hal ini bermakna bahawa “...kebahagiaan atau kesenangan seseorang tidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki di dunia ini.”
Berhati-hatilah terhadap sikap ketamakan.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki, dan merasa puas dengan segala pemberian-Mu. Bimbinglah aku dalam setiap langkah hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments