top of page

Biarlah Kebenaran Firman Allah Menjadi Cahaya Hidup Kita

ree

 

“Matamu ialah pelita tubuhmu. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu pun menjadi gelap.Lukas 11:34 AVB


Yesus berkata kepada murid-murid-Nya bahawa kebenaran firman Allah tidak boleh disembunyikan daripada  orang lain. Sebaliknya, kebenaran firman Allah itu haruslah disampaikan kepada semua orang agar mereka yang mendengarnya akan menerimanya lalu memperoleh hidup kekal.

 

Demi memiliki hala tuju hidup yang baik dan betul,  seseorang itu haruslah mengurus hidupnya dengan baik dan teratur. Jika mata jasmani kita sihat, ia  dapat menerima cahaya. Barulah mata kita akan dapat melihat dengan jelas supaya kita dapat bergerak secara lancar tanpa tersandung.

 

Demikianlah juga dengan hidup rohani kita. Sekiranya cahaya kebenaran firman Allah tidak menerangi hidup kita, maka betapa mudah bagi diri kita untuk kehilangan hala tuju hidup yang betul di dunia ini. Dengan kata lain, kita akan mudah tersesat daripada jalan kebenaran Allah. Mata rohani kita menjadi kabur kerana tidak diterangi oleh kebenaran firman Allah.

 

Oleh itu, kita memerlukan kebenaran firman Allah untuk mencahayai  hidup kita. Sekiranya kebenaran firman Allah tidak bertakhta dalam hidup kita, maka seluruh hidup kita akan menjadi gelap-gelita.

 

Bagaimanakah dengan diri kita pada hari ini?  Mata kita ini bagaikan pelita bagi tubuh kita kerana dengan mata yang terang lagi baik, maka kita dapat mengendalikan hidup kita dengan baik. Sememangnya, kebenaran firman Allah  menyinarkan cahaya bagi hidup kita sehari-hari. Oleh itu, biarlah  kebenaran firman Allah memancarkan cahaya dalam hidup kita setiap hari demi kemuliaan-Nya.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, terima kasih atas kebenaran firman-Mu yang sentiasa memberi aku cahaya bagi perjalanan hidupku di dunia ini. Aku mahu hidup menurut kehendak-Mu supaya  tidak  tersesat daripada jalan kebenaran-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa.  Amin.


Pr Patrick Taie

1 Comment


Guest
Jul 31

Got exceptional dissertation proposal writing help this week! I submitted a rough draft, and within a few days, they transformed it into a coherent, argument-driven proposal. My supervisor even complimented the structure.

Like
bottom of page