top of page

Carilah Kebahagian Yang Datang Daripada Tuhan


“…Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu...…” Mazmur 37:4


Pemazmur mendorong agar semua orang menjadikan Tuhan sebagai tempat kesukaan bagi hatinya, sekiranya Tuhan menjadi tempat kesukaan hatinya maka secara tidal langsung keinginan hatinya akan dipuaskan oleh Tuhan.


Oleh itu pemazmur mengajak agar semua orang datang mencari kebahagiaan yang datang daripada TUHAN bagi kehidupan mereka, sebab dengan memperolehi kebahagian yang datang daripada Tuhan maka segala keinginan hati mereka akan dipuaskan.


Hal ini bermaksud bahawa kita harus menggantungkan seluruh kehidupan mereka hanya pada Tuhan sahaja untuk memperolehi kebahagian atau penghiburan. Oleh itu janganlah kita mencari kebahagian yang datang daripada dunia ini tetapi kita harus mencari kebahagian yang daripada Tuhan untuk hidup kita.


Sebab memperolehi kebahagian yang ada didalam Tuhan akan menyebabkan keinginan hati kita dipuaskan. Dimana kita dapat bergirang di dalam keindahan, kelimpahan dan kebaikan Tuhan didalam kehidupan kita.


Apakah anda mahu keinginan hati kita dipuaskan, mari carilah kebahagian yang datang daripada Tuhan maka keinginan hati kita akan dipuaskan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page