Dalam Yesus Kristus Perbezaan Dilenyapkan
- 2 days ago
- 1 min read

“…bahawa bangsa-bangsa asing sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam Kristus Yesus melalui Injil.”
Efesus 3:6 (AVB)
Paulus berkata kepada kita bahawa melalui Roh-Nya, rancangan Allah yang selama ini tersembunyi telah dinyatakan kepada kita. Rahsia itu ialah bahawa melalui Injil, bangsa-bangsa asing juga sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam Kristus Yesus.
Oleh kerana Yesus Kristus, bangsa-bangsa asing juga telah menjadi anggota dalam satu tubuh dan sama-sama menerima bahagian daripada perjanjian Allah kepada umat-Nya. Hal ini membawa maksud bahawa melalui Tuhan Yesus, semua orang percaya menerima kedudukan yang sama di dalam Tuhan.
Dengan itu, tidak ada lagi perbezaan di antara orang Yahudi dengan bangsa-bangsa asing di dalam Tuhan Yesus. Semua orang percaya telah menjadi umat Allah yang sama-sama memiliki warisan, menjadi anggota tubuh Kristus, dan menerima bahagian dalam perjanjian Allah. Hal ini berlaku kerana mereka hidup bersatu dengan Kristus Yesus.
Oleh itu, marilah kita bersyukur kepada Tuhan kerana melalui Kristus, semua orang percaya disatukan menjadi satu umat di dalam-Nya.
Doa: Tuhan Yesus, terima kasih kerana di dalam-Mu, kami semua adalah saudara seiman dan sama di hadapan-Mu. Tuhan Yesus, terima kasih juga kerana Engkau telah meruntuhkan tembok permusuhan di antara kami dan menyatukan kami di dalam kasih-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie




Comments