top of page

Datanglah ke Peristirahatan Ilahi


Bacaan Alkitab: Kejadian 31-40

Yakub berusaha sedaya upaya untuk mengungguli orang lain dan akhirnya kehilangan kekuatan fizikalnya setelah sendi pangkal pahanya terseliuh ketika dia bergelut dengan Tuhan. Generasi yang hanya mencari prestasi dengan mengorbankan hubungan baik dengan Tuhan dan manusia akan menemukan gema dalam perjuangan Yakub.


Kita mengalami kelesuan jiwa yang mendalam dan keletihan ketika kita menghadapi tuntutan tanpa henti dari budaya yang berpaksikan pada pencapaian. Pelbagai lapisan tekanan hubungan dan emosi yang semakin bertambah di tengah- tengah kerumitan kehidupan moden, dengan mudahnya membawa kepada keletihan yang melampau. Ada juga tuntutan untuk terlibat dalam banyak aktiviti keagamaan “dihormati” agar kita tidak dianggap tidak rohani.


Yesus mengundang setiap jiwa yang letih dan berbeban berat untuk datang kepada Dia untuk sebuah janji yang kuat untuk istirahat, kerana kuk-Nya mudah dan beban-Nya ringan (Mat 11: 28-29). Ketika perbuatan daging berhenti dan kita memikul kuk Kristus, kita akan menghasilkan buah, sukacita dan perayaan dalam Roh. Mengambil kuk Kristus dan tinggal di dalam Dia bukanlah suatu sikap pasif kerana kita terlibat secara aktif dengan Dia (Yoh 15:5), mempercayai, memerhatikan, mendengar dan mematuhi suara-Nya. Inilah sikap yang dikehendaki oleh Kristus bagi kita. Kita perlu bekerjasama dengan Dia.


Dalam musim puasa dan berdoa ini, marilah kita diam dan berusaha untuk melepaskan semua kuk yang tidak saleh (Yes 58) yang tanpa disedari telah kita pikul. Bahagian hidup manakah yang anda perlu tinggalkan? Yesus sedang menunggu untuk bertemu anda dan menawarkan kuk-Nya, membebaskan beban, ketakutan dan tekanan anda.


Lucrece Loo, NECF


Comments


bottom of page