Dengan Segala Kebijaksanaan Dan Pengertian
- Jul 1
- 2 min read

... dengan segala kebijaksanaan dan pengertian. Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Kristus, Efesus 1:8b-9 AVB
Rasul Paulus memberitahu jemaah di Efesus bahawa dengan segala kebijaksanaan dan pengertian, Allah telah melaksanakan tujuan-Nya. Dia memberitahu mereka segala rancangan-Nya yang dirahsiakan selama ini, tetapi yang akan disempurnakan melalui Kristus Yesus. Dengan kata lain, Allah akan menyatakan rancangan induk penyelamatan yang tidak didedahkan sebelum ini.
Kebijaksanaan merujuk kepada kemampuan yang dikurniai Allah untuk betul-betul mengaplikasikan kasih kurnia-Nya dalam hidup sehari-hari. Pengertian pula merujuk kepada pemahaman rohani yang praktikal tentang kasih kurnia-Nya. Pendek kata, Allah bukan setakat mengampuni mereka. Dia mengurniai mereka kebijaksanaan dan pengertian untuk memahami serta menghargai kasih-Nya agar mereka dapat menjalani hidup yang ditransformasikan disebabkan pengampunan-Nya.
Allah akan memberitahu mereka rahsia kehendak-Nya. Rahsia di sini bukanlah teka-teki yang tidak dapat diselesaikan. Sebaliknya, ia satu kebenaran suci yang tidak difahami manusia tetapi akan disingkapkan sepenuhnya oleh Allah. Rahsia kehendak-Nya merujuk kepada rancangan yang akan disempurnakan pada masa yang ditentukan oleh-Nya melalui Kristus. Setelah sampai masa pelaksanaannya, Allah akan menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, di bawah Kristus sebagai Kepala.
Rahsia tersebut ialah Injil, iaitu Allah akan menyatukan orang Yahudi dan orang bukan Yahudi dalam Kristus. Allah memilih mereka untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus supaya mereka memiliki hubungan akrab dengan-Nya. Allah menyatakan rahsia kehendak-Nya menurut keredaan-Nya kerana hal ini mendatangkan sukacita dan kepuasan kepada-Nya. Penyelamatan bukanlah ganjaran yang kita kerjakan tetapi merupakan anugerah Allah yang penuh kasih kurnia kepada kita.
Bagaimanakah dengan diri kita? Marilah kita memuji dan mensyukuri Allah kerana Dia telah memberitahu kita rahsia kehendak-Nya menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Kristus. Dalam-Nya juga kita telah mendapat warisan, kerana telah ditentukan dari mulanya menurut maksud Allah yang melakukan segalanya seperti pertimbangan kehendak-Nya.
Doa:
Ya Bapa yang di syurga, terima kasih atas kasih kurnia-Mu untukku sehingga aku dapat mengenal dan mengerti rancangan agung-Mu yang mengurniakan pengampunan serta penyelamatan kepadaku. Ajarlah aku untuk memuji dan menyembah-Mu seumur hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie




During another conversation, the link bongacams.com appeared while comparing different online services. Reading through the page, the immediate impression is the balance between openness and communication. It wasn’t the central theme, only a side note in a larger debate, but the mention gave realism and showed that engagement matters. Even if I was sceptical at first, the clarity and emphasis on accessibility made it feel convincing.