top of page

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b


Oleh kerana mereka tidak mahu mendengar perintah-Nya, maka Tuhan memperingatkan mereka tentang sejarah kehidupan mereka pada masa yang lalu. Dimana Tuhan telah menyelamatkan mereka daripada perhambaan di Mesir dan membawa mereka ke Tanah Perjanjian sehingga mereka sampai ditempat itu dan menetap di situ.


Walaupun Tuhan telah melakukan banyak pekerjaan yang sangat menakjubkan disepanjang perjalanan hidup mereka namun mereka tetap berulang kali memberontak terhadap-Nya. Mereka lupa akan hal-hal yang menakjubkan yang Tuhan telah lakukan didalam kehidupan mereka. Mereka menjadi lebih keras kepala dan memutuskan untuk kembali ke Mesir dan menjadi hamba lagi.


Namun pun demikian Tuhan tetap menerima dan mengampuni mereka tanpa meninggalkan mereka, oleh itu Dia membangkitkan nabi-nabi untuk menegur kesalahan mereka agar mereka akan bertobat daripada pemberontakkan mereka.


Ingat, Dia adalah Tuhan yang pengampun dan penyanyang, Dia adalah Tuhan yang baik dan penuh dengan belas kasihan. Dia adalah Tuhan yang sabar dan penuh dengan kasih. Itulah sebabnya Dia tidak mahu meninggalkan mereka.


Tahukah anda Tuhan kita itu adalah “..Tuhan yang sudi mengampuni, pengasih dan penyayang, panjang sabar dan berlimpah kasih. Dia tidak akan meninggalkan kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur atas kebaikanMu dan kasihMu yang tidak berkesudahan dalam hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page