Dihadapan Pasti Ada Jalan Untuk Kita
- Komuniti Digital 05

- 1 day ago
- 1 min read

'Dia pun berlari mendahului mereka lalu memanjat pokok ara untuk melihat Yesus yang akan melalui jalan itu. ' (Lukas 19:4) AVB
Halangan Zakheus tidak menghalang dirinya untuk berusaha mencapai kerinduan hatinya. Dia berlari mendahului orang ramai, dan di hadapannya ada sebatang pokok yang boleh digunakan untuk melihat Yesus.
Dia berlari lalu memanjat sebatang pokok yang ada di hadapannya, dan melalui pokok yang dipanjatnya itu, dia dapat melihat Yesus yang sebentar lagi akan melalui tempat itu. Oleh kerana sebatang pokok yang ada di hadapannya, maka Zakheus bukan sahaja melihat Yesus tetapi melalui pokok itu juga dia bertemu dengan Yesus.
Oleh itu janganlah kita putus asa sewaktu kita mengejar kerinduan hati kita, kerana di hadapan kita pasti ada pokok-pokok yang boleh kita panjat untuk mencapai kerinduan itu. Jangan mudah menyerah sewaktu kita mengejar apa yang ada dalam hati kita. Sebab di hadapan kita pasti tersedia sebatang pokok untuk kita panjat.
Dengan itu berusahalah selagi ada kesempatan, kerana di dalam Tuhan pasti ada jalan keluar untuk mencapai setiap kerinduan hati kita. Pandanglah ke hadapan—pasti ada sebatang pokok yang tersedia bagi kita.
Apakah kita melihat pokok yang tersedia di hadapan kita untuk kita panjat demi mencapai kerinduan hati kita?
Doa: Tuhan, berikanlah aku hati yang tetap percaya bahawa Engkau pasti menyediakan jalan bagi memenuhi kerinduan hatiku. Oleh itu ajarlah aku untuk melihat ke hadapan tanpa menyerah. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments