top of page

DOA KEBANGSAAN HARI KE 28 : Mendengar Suara TUHAN Sewaktu Darurat(Kesukaran Hidup)

  • 13 hours ago
  • 3 min read

Bacaan Alkitab: Yeremia 34 (Rujuk 2 Raja-Raja 24-25)

Pengenalan

Mendengar suara TUHAN adalah normal dan sepatutnya bagi setiap orang Kristian. Namun pada saat genting atau kesusahan ia menjadi amat penting dan kritikal. Pada saat – saat beginilah kita dan lebih – lebih lagi pemimpin perlu membuat keputusan dan ketetapan yang betul bagi kesejahteraan semua orang. Bagi orang percaya tindakan betul ialah patuh kepada apa yang diperintahkan TUHAN. Bagi mematuhi perintah-Nya, kita perlu mendengar dengan teliti suara TUHAN dan melaksanakannya. TUHAN berbicara melalui Firman-Nya iaitu Injil (Yohanes 1:1, 14 dan Ibrani 1:2). TUHAN juga pernah berbicara melalui para nabi (Ibrani 1:1) dan melalui peranan Roh Kudus dalam setiap hidup orang percaya (Yohanes 14:26; Roma 5:5 dan Wahyu 2:11).


Pemerhatian

Nabi Yeremia, selama 40 tahun di panggil dan diutus oleh TUHAN pada sejak tahun 626 masihi di ketika kaum Yahuda iaitu dibawah Kerajaan Selatan (melalui lima raja Yehuda; Yosia, Yehoahas, Yehoyakim, Yehoyakhin dan Zedekia), mengalami peperangan, kelaparan dan penyakit. Kejadian penjarahan (peralatan) bait Allah, runtuhnya Kota Yerusalem dan penawanan atau pembuangan umat TUHAN ke Babel (Yeremia 52).


Penerapan

(i) Secara ringkas, kitab Yeremia bab 34 boleh dilihat dalam empat bahagian penting iaitu:

  • Pemberitahuan rancangan TUHAN: Amaran dan Belas Kasihan (ayat 1 – 7)

  • Janji dibuat dan dicabuli (ayat 8 – 11)

  • Sikap buruk nenek – moyang yang diulangi (ayat 12 – 16)

  • Amarah TUHAN terhadap sikap dan perlakuan khianat (ayat 17 – 22)

(ii) Peringatan dan Pelajaran pada Kesimpulan berikut:

  • Siap – siaga dalam apa jua keadaan dan waktu bagi memenuhi amanat TUHAN

  • Peka kepada suara TUHAN, dan tidak mudah terpengaruh - berprinsip

  • TUHAN tetap berdaulat. Dia memperhitungkan setiap perbuatan manusia

  • TUHAN guna pakai apa sahaja cara bagi mendisiplin umat-Nya dan melaksanakan tujuan-Nya

  • TUHAN menegakkan keadilan-Nya kepada yang patuh dan setia kepada-Nya


Kesimpulan

Sebagai hamba TUHAN, kita diasingkan (dikuduskan) bagi tujuan melaksanakan kehendak TUHAN. Yeremia dipanggil untuk mengajar dan memberi amaran kepada suku Yehuda dibawah pimpinan raja Zedekia supaya bertobat dan kembali setia kepada Yahweh dalam penyembahan mereka dan taat kepada hukum Taurat (Yeremia 16:11 – 12). Dia, Yeremia sanggup mengabaikan ‘impiannya hanya semata – mata memenuhi perintah TUHAN dan keutamaan panggilan (Yeremia 16:2), kerana dia tahu tindakannya itu betul. Namun mereka tetap menolak, malah menghina-Nya terutama sekali dalam perjanjian yang dibuat oleh mereka sesuai dengan perintah TUHAN (ayat 13 – 14) dan mereka sendiri khianatinya (ayat 8 – 11 dan 16).


Sepatutnya, pada detik sukar beginilah mereka bertobat dan berbalik kepada TUHAN sambil bersandar sepenuhnya kepada Dia, sebaliknya mereka percaya kepada nabi palsu (Yeremia 23:16). Apabila kuasa politik tidak berpihak kepada kita dan terlalu banyak ajaran keliru di dalam gereja (Matius 24:4 – 5, 24 dan 2 Timotius 4:3 – 4), dibeban pula dengan keresahan ekonomi, sosial dan kesihatan, inilah masanya kita bersatu sebagai “Tubuh Kristus” dan mengharapkan kesejahteraan dan kuasa Roh Kudus mengikat dan meneguhkan iman kita didalam Yesus. Legasi nabi Yeremia (setelah kematiannya di Mesir pada 570 sebelum masihi); “senangilah hati TUHAN, bukan manusia” dan “setialah kerana TUHAN setia pada janji-Nya”.


Fokus Doa

  1. Untuk Penyembuhan dan Kedamaian: Tuhan Yang Maha Kuasa, kami mengangkat bangsa-bangsa di dunia kepada-Mu. Sembuhkan luka perpecahan, peperangan, dan keganasan. Hantarkan ketenangan anda untuk menenangkan hati yang gelisah dan membimbing pemimpin ke arah penyelesaian yang adil. Semoga kasih sayang anda menjadi asas di mana negara membina jambatan pemahaman. (Yakobus 3:17).

  2. Untuk Kebijaksanaan dalam Kepimpinan: Bapa Syurgawi, kami berdoa memohon hikmat bagi semua orang yang memimpin negara. Berikan mereka kebijaksanaan untuk membuat pilihan yang benar yang memberi manfaat yang lebih besar. Penuhi mereka dengan belas kasihan-Mu dan bimbing mereka ke arah dasar yang menggalakkan kesejahteraan semua rakyat. (Amsal 2:6)

Comments


bottom of page