top of page

DOA NECF Hari 36: Menemui Semula Takut akan Tuhan di Gereja

ree

Bacaan Kitab Suci: Kisah Para Rasul 5:1-11


Maka sangat ketakutanlah seluruh jemaat dan semua orang yang mendengar hal itu.  (Kis. 5:11)


Hari ini kita memulakan perjalanan lima hari untuk menemukan kembali rasa takut akan Tuhan di Gereja. Gereja-gereja kita menekankan banyak perkara- mempunyai suasana yang mesra, muzik yang bagus, khutbah yang menarik, dan sebagainya. Tidak ada yang salah dengan semua ini, tetapi mari kita lihat semula apa yang Alkitab katakan kepada kita tentang ciri-ciri gereja mula-mula.


Dalam kajian Kitab Suci, ada sesuatu yang disebut Hukum Sebutan Pertama. Ideanya adalah bahawa pertama kali perkataan muncul dalam Alkitab (atau dalam Kitab Suci), ia menentukan bagaimana kata itu harus difahami. Ertinya, keadaan, peribadi, dan peristiwa di sekitar sebutan pertama perkataan tersebut memiliki implikasi langsung terhadap makna asasnya.


Nah, pertama kali kata “gereja” (ekklesia) disebutkan di seluruh kitab Kisah Para Rasul ditemukan di sini dalam Kisah Para Rasul 5:11 - kisah tragik Ananias dan Safira. Kedua-duanya menemui kematian awal ketika mereka berusaha menipu gereja dan berbohong kepada Roh Kudus. Tetapi apakah akibat daripada seluruh kejadian itu? Dikatakan “Maka sangat ketakutanlah seluruh jemaat.” (ayat 11)


Apakah anda menangkapnya? Sebutan pertama perkataan “gereja” (dalam Kisah Para Rasul) mempunyai kaitan dengan “ketakutan besar” - takut akan Tuhan. Ini dimaksudkan untuk melekat pada sifat gereja. Ertinya tanpa takut akan Tuhan, gereja tidak lagi menjadi gereja. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.


Doa Hari Ini:

  • Tuhan Yang Maha Kuasa, terima kasih kerana menjadikan saya sebahagian daripada gereja Malaysia. Saya mengisytiharkan Mazmur 89:8 atas gereja-gereja kita: "Allah disegani dalam kalangan orang-orang kudus, dan sangat ditakuti melebihi semua yang ada di sekeliling-Nya.” Semoga demikian menurut Firman-Mu. Dalam nama Yesus, Amin.


  • Berdoalah agar Gereja sedar akan panggilan imamatnya dan bersungguh-sungguh dalam mencari kesejahteraan bangsa, komuniti, dan kejiranannya. (1 Timotius 2:1-2)


  • Jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia membimbangkan, dengan 18,750 dan 6,709 kes dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing dari tahun 2020-2022 dan 2023-Ogos 2024. Hal ini telah diserlahkan oleh kekejaman terkenal yang dikaitkan dengan GISBH. Berdoalah agar tindakan yang tegas dan efektif akan diambil oleh kerajaan untuk menangani isu tersebut.


Rev Lee Yew Meng

Comments


bottom of page