top of page

DOA NECF Hari 38: Berita Baik Yang Tidak Tergoncangkan

Kitab Suci: Ibrani 12:25-28


Renungan:

Injil adalah Berita Baik bagi semua bangsa, dan telah diwahyukan dengan jelas kepada umat manusia sejak dua ribu tahun yang lalu. Sejak penciptaan langit dan bumi, kekuasaan kekal dan sifat keilahian Tuhan telah nyata dan dapat difahami. Meskipun tidak terlihat, sifat-sifat-Nya telah diketahui melalui ciptaan, maka kita tidak mempunyai alasan untuk tidak mengenal-Nya. Tuhan terus-menerus menggoncang dunia ini dan aturan ciptaan-Nya, sentiasa mengingatkan umat manusia dan memberikan peluang bagi orang yang berdosa untuk kembali kepada-Nya. Jika kita tetap bersikap keras kepala dan menolak nasihat Tuhan serta menolak untuk bertaubat, kita pasti akan menghadapi penghakiman Tuhan.


Bagi kita yang sudah menerima keselamatan, setelah memperoleh Kerajaan yang tidak tergoncangkan, haruslah terus mengucap syukur serta mengabdi kepada Tuhan dengan kehormatan dan mengikuti kehendak-Nya. Dengan melakukan hal ini, kita dapat menjadi sumber inspirasi bagi orang-orang yang belum percaya, menuntun mereka untuk datang kepada Sang Pencipta dan Juru Selamat dengan harapan menerima kehidupan kekal dan Kerajaan yang tidak tergoncangkan. Di hari-hari terakhir ini, marilah kita memberi keutamaan kepada pemberitaan mesej pertaubatan dan kebenaran melebihi pelayanan yang lain. Mari kita meningkatkan pekerja untuk penuaian akhir zaman, dan secara kolektif menyahut panggilan misi dalam menyebarkan Berita Baik Kerajaan Syurga.


Doa:

  1. Ya Tuhan, ampunilah dosa keras kepala dan kejahilan mereka yang terus menolak undangan-Mu dan menolak Jalan hidup yang kekal. Lembutkanlah hati mereka dan tolonglah mereka agar mereka menyangkal diri dan datang dengan rendah hati di hadapan-Mu. Bantulah kami memperhatikan peristiwa-peristiwa yang sedang terjadi di zaman ini. Kerana melalui situasi yang sukar dan meresahkan ini, Engkau menyedarkan dunia untuk kembali kepada-Mu dan menerima Berita Baik Kerajaan Syurga.

  2. Berdoa agar Kementerian Luar Negeri akan terus meningkatkan hubungan dua hala dalam hubungan luar negara, berwaspada terhadap keganasan, dan cergas dalam berunding apabila nyawa golongan diaspora terancam.

  3. Berdoa agar setiap gereja tempatan akan berhubung baik dengan komuniti dan kejiranan mereka, dan berfungsi sebagai “rumah api” untuk memberikan kemesraan, pengharapan, dan sokongan hubungan.


Rev Paulus Wong

Comments


bottom of page