DOA NECF Hari 4: Takut akan Tuhan bererti Pertaubatan dan Menjalani Kehidupan Kekudusan
- Komuniti Digital 05

- Aug 10
- 2 min read

“dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka.” (2 Tawarikh 7:14)
Janji perjanjian Tuhan kepada umat-Nya di mana Dia menekankan kesediaan-Nya untuk mengampuni dan memulihkan ketika mereka bertaubat terungkap dalam 2 Tawarikh 7:14. Pertaubatan bukan hanya merasakan kesedihan kerana dosa tetapi datang dengan tindakan nyata seperti:
(1) Merendahkan diri: mengakui dosa-dosa kita dan kebergantungan kita pada belas kasihan Tuhan (lihat Yakobus 4:10;
(2) Berdoa: berkomunikasi dengan Tuhan, mengaku dosa kita dan memohon pengampunan-Nya (lihat 1 Yohanes 1: 9);
(3) Hati dengan kehendak-Nya (lihat Mazmur 27:8 dan
(4) Berpaling daripada jalan jahat kita (lihat Yehezkiel 18:30).
Pertaubatan kita haruslah merangkumi langkah-langkah berikut:
(Langkah 1) Pembaharuan fikiran kita setiap hari. Roma 12: 2 mendorong orang percaya untuk memperbaharui fikirkan mereka secara terus-menerus untuk membezakan kehendak Tuhan dan mengelak daripada mengikut pola dosa.
(Langkah 2) Mengandalkan Roh Kudus, Galatia 5:16 mengingatkan kita untuk “berjalan dengan Roh,” yang memberi daya kepada kita untuk melawan dosa dan hidup sesuai dengan keinginan Tuhan.
(Langkah 3) Menjalani kehidupan yang bertaubat. Lukas 9:23 menyeru orang percaya untuk memikul salib mereka setiap hari, melambangkan kehidupan penyangkalan diri.
Kita pasti melakukan kesilapan, tetapi kasih karunia Tuhan cukup bagi kita (lihat 2 Korintus 12: 9) dan belas kasihan-Nya baru setiap pagi (lihat Ratapan 3: 22-23). Jaminan ini mendorong kita untuk memohon pengampunan atas dosa kita yang mungkin termasuk:
(1) Dosa peribadi seperti bergosip dan fitnah. Amsal 16:28 memperingatkan bahawa “Orang yang curang menimbulkan pertengkaran, dan seorang pemfitnah menceraikan sahabat yang karib.” Kita mungkin secara tidak sengaja menyakiti orang lain melalui perkataan yang cuai.
(2) Dosa masyarakat seperti mengabaikan orang miskin dan yang dalam keperluan. Yakobus 2: 15-16 menantang kita untuk menyediakan bagi mereka yang memerlukan.
(3) Dosa global seperti ketamakan dan materialisme. Kolose 3: 5 menggambarkan ketamakan sebagai penyembahan berhala, yang menghalang daripada menyembah Tuhan dan mengutamakan kerajaan-Nya.
Doa:
● Bapa Surgawi, ampuni kami kerana kami telah gagal mentaati perintah-Mu melalui perkataan, tindakan, dan ketidakbertindakan kami. Ampuni dosa kesombongan, kemarahan, dan gosip peribadi kami, dan tolong kami berbicara dan bertindak dengan kasih karunia dan kasih. Sebagai sebuah masyarakat, kami bertaubat mengabaikan orang miskin, menutup mata terhadap ketidakadilan, dan gagal hidup sebagai tubuh Kristus. Kami juga mengakui ketamakan dan materialisme yang telah mengalihkan perhatian kami dari mencari kerajaan-Mu terlebih dahulu. Kuduskanlah kami dari semua ketidakbenaran. Dalam nama Yesus, Amin.
● GEREJA - Berdoalah agar Tuhan memberi kuasa kepada gereja untuk melawan setiap pertempuran dengan pujian, penyembahan, dan kesyukuran, agar bangsa-bangsa akan melihat kuasa-Nya melalui Gereja dan belajar takut akan Dia. (2 Tawarikh 20:29)
● BANGSA - Berdoalah agar Perkhidmatan Awam bebas daripada rasuah dan berfungsi secara berkesan dan cekap.
Dr Henry Padin




Comments