top of page

DOA PUASA KEBANGSAAN Hari 14 : Akhir Zaman

  • 53 minutes ago
  • 2 min read

Bacaan Alkitab: Matius 24:3-8

“Ketika Yesus duduk di atas Bukit Zaitun, datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya untuk bercakap-cakap sendirian dengan Dia. Kata mereka: "Katakanlah kepada kami, bilamanakah itu akan terjadi dan apakah tanda kedatangan-Mu dan tanda kesudahan dunia?”Jawab Yesus kepada mereka: "Waspadalah supaya jangan ada orang yang menyesatkan kamu! Sebab banyak orang akan datang dengan memakai nama-Ku dan berkata: Akulah Mesias, dan mereka akan menyesatkan banyak orang. Kamu akan mendengar deru perang atau kabar-kabar tentang perang. Namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah; sebab semuanya itu harus terjadi, tetapi itu belum kesudahannya. Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa, dan kerajaan melawan kerajaan. Akan ada kelaparan dan gempa bumi di berbagai tempat. Akan tetapi semuanya itu barulah permulaan penderitaan menjelang zaman baru.”


“Semuanya itu harus terjadi”


Firman Tuhan yang mengingatkan kepada semua orang percaya bahawa apa yang sudah dikatakan oleh Firman Tuhan tentang akhir zaman, itu harus terjadi dan dengan apa cara sekalipun pasti tidak akan dapat diubah atau ditunda-tunda, termasuklah dengan berdoa puasa sekalipun.


Dalam ayat pembacaan ini kita mempelajari perkara yang sangat penting sebagai orang percaya pada zaman ini.


BERDOA SELARAS DENGAN KEHENDAK ALLAH.

Praying for the Kingdom’s purpose, not for the human cause. Satu yang selalu dilakukan oleh orang-orang kristian ialah berdoa menurut kehendaknya sendiri. Kerana kurangnya pengetahuan tentang Firman Tuhan, maka kita selalu mengabaikan kehendak Allah dalam doa kita. Selalu berdoa memohon apa yang menjadi keinginan hati kita. Itulah kebiasaan manusia walaupun selalunya doa itu kedengaran sangat baik dan sebenarnya bukan juga suatu kesalahan.


KEDENGARAN DAN KELIHATAN BAIK BELUM TENTU ALKITABIAH!

Sebagai contoh, manusia sering kali berdoa kepada manusia supaya tidak ada peperangan dan bencana alam di dunia ini dan itu kedengarannya sangat baik dan mulia. Sedangkan Firman Tuhan pula mengatakan bahawa pada akhir-akhir zaman, akan ada peperangan, bencana alam, kelaparan dan sebagainya. Ketika kita berdoa menidakkan semua nubuatan dalam alkitab, ertinya doa itu sudah tidak alkitabiah. Lebih baik berdoa memohon penyertaan dan perlindungan Tuhan ketika mengharungi apapun yang sudah dinubuatkan dalam alkitab tentang akhir zaman ini, kerana Allah menjanjikan penyertaan-Nya kepada semua orang-orang yang percaya kepada-Nya.


Mari kita mengubah cara kita berdoa. Berdoa supaya kehendak Allah yang terjadi sepertimana yang telah dikatakan dalam alkitab. Ketika kita berdoa menurut Firman Allah, pasti kita akan melihat jawaban doa kita, kerana doa kita itu sudah selaras dengan kehendak Allah.Oleh itu ketahui dan percayalah, kehendak dan perkerjaan Allahlah yang terbaik bagi kita semua, bagi semua orang dan dunia ini pada zaman ini.


Fokus Doa


Doa untuk perpaduan Kaum dan agama di Malaysia.

1.Berdoa agar semua rakyat Malaysia saling mengasihi dan menghormati sesama walaupun berlainan suku bangsa, agama dan budaya.

2.Berdoa agar anasir-anasir perkauman yang ditanamkan oleh roh jahat dipatahkan di negara Malaysia.

3.Doakan agar keadilan dan kesaksamaan menjadi asas dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia.

4.Berdoa agar Tuhan mengalirkan roh perdamaian dan toleransi kepada semua rakyat Malaysia.

5.Doakan agar kepelbagaian bangsa, budaya dan agama di Malaysia menjadi kekuatan dan bukan kelemahan.

6.Doakan pemimpin negara agar dapat menyelesaikan apa-apa isu atau konflik berkaitan kaum yang timbul dengan bijaksana.

Comments


bottom of page