DOA PUASA KEBANGSAAN Hari 17 : Iman
- 12 minutes ago
- 2 min read

Bacaan Alkitab: Lukas 11:29-30
“Ketika orang banyak mengerumuni-Nya, berkatalah Yesus ; Angkatan ini adalah angkatan yang jahat.Mereka mengkehendaki suatu tanda, tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus.Sebab seperti Yunus menjadi tanda untuk orang-orang Niniwe, demikian pulalah Anak Manusia akan menjadi tanda untuk angkatan ini”.
Ketika Tuhan Yesus Kristus mengatakan ini kepada orang-orang Israel pada waktu itu, Ia sedang menyatakan sebenarnya bagaimana sikap sebenar orang-orang Israel di sepanjang sejarah mereka bersama dengan Allah. Sebagai contoh; Gideon berkali-kali meminta tanda dari Allah walaupun telah begitu nyata penyertaan Allah kepadanya.
Dalam ayat pembacaan itu tadi, saya ingin membawa anda untuk merenungkan tentang tiga jenis iman orang Kristian.
Pertama, ada orang kristian yang pada namanya adalah orang kristian, tetapi tidak benar-benar percaya kepada Tuhan. Mereka mengatakan seperti ini, “saya tidak akan percaya Tuhan kalau saya tidak melihat mukjizat depan mata saya”. Orang seperti ini adalah orang yang tidak ada kerinduan untuk mencari kebenaran. Baginya, kebenaran itu adalah suatu beban, kerana kebenaran itu akan membatasib kebebasannya dengan cara hidupnya sendiri yang digunakkan untuk memuaskan hawa nafsu keinginan dagingnya sendiri.
Kedua, ada pula golongan orang Kristian yang percaya, tetap perlu melihat malahan, mencari-cari mujizat. Golongan ini mengatakan bahawa Tuhan pasti akan mengadakan mukjizat kalau meminta sungguh-sungguh kepada Allah sehingga mengabaikan pengertian teologi bahawa Allah yang menentukan segala sesuatu termasuk dalam hal mukjizat(kesembuhan dan sebagainya). Iman golongan kristian ini bergantung kepada hal-hal yang dianggapnya adalah mukjizat dari Allah. Jika ada mukjizat, maka imannya teguh, tetapi kalau tidak ada, imannya akan jadi suam-suam kuku.
Golongan ketiga iman orang kristian pula adalah golongan yang tidak mencari-cari mukjizat, atau hal-hal supernatural tetapi mencari-cari kesempatan untuk melayani Tuhan kerana, baginya cukuplah Yesus Kristus yang telah mati di atas kayu salib itu sebagai mukjizat terbesar baginya. Iman orang seperti ini adalah iman orang Kristian yang sudah matang di dalam Tuhan. Sebaik-baiknya, orang kristian sepatutnya adalah seperti ini.
Marilah kita berusaha menjadi orang kristian yang matang di hadapan Tuhan. Sesungguhnya, mukjizat terbesar ialah apabila kita menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan juruselamat kita.
Fokus Doa
Doa untuk sistem perundangan Malaysia
Doakan agar sistem perundangan di negara akan terus dipertingkatkan dan memiliki quality yang sangat baik.
Doakan agar sistem perundangan ini dijauhkan daripada anasir-anasir jahat yang boleh mencemarkan insitusi perundangan negara. Sbg contoh; terjadi ketidaktelusan dalam perbicaraan kerana suapan atau rasuah.
Berdoa agar para hakim,peguam,pegawai mahkamah, dan penggubal undang-undang dipenuhi hikmat, integriti, dan ketulusan dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka.Doakan agar mereka memiliki keberanian dan tidak berat sebelah dalam menegakkan keadilan.
Berdoa agar rakyat Malaysia keseluruhannya menghormati undang-undang dan hidup sebagai warganegara yang bertanggungjawab.




Comments