DOA PUASA KEBANGSAAN Hari 3: Bertaubat dari bibir yang kotor
- 2 days ago
- 2 min read

Bacaan Alkitab: Yesaya 6:5-7
Lalu kataku: "Celakalah aku! aku binasa! Sebab aku ini seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir, namun mataku telah melihat Sang Raja, yakni TUHAN semesta alam." 6 Tetapi seorang dari pada Serafim itu terbang mendapatkan aku; di tangannya ada bara, yang diambilnya dengan sepit dari atas mezbah. 7 Ia menyentuhkannya kepada mulutku serta berkata: "Lihat, ini telah menyentuh bibirmu,maka kesalahanmu telah dihapus dan dosamu telah diampuni."
Refleksi tentang budaya yang kita jalani saat ini.
Orang-orang zaman sekarang tidak mempunyai banyak masa untuk duduk dan bergaul dengan satu sama lain seperti pada zaman dahulu. Ramai orang pada masa kini menghabiskan sebahagian besar waktu mereka siang dan malam dengan telefon pintar dan media sosial. Melalui teknologi moden, banyak pelayanan diperluas dan gerakan doa juga berkembang dan tersebar secara global.
Generasi zaman ini menggunakan IT untuk membina perniagaan mereka dalam talian dan kehidupan menjadi lebih mudah kerana kita boleh membeli-belah dalam talian. Makanan dan barangan yang anda pesan dihantar dengan selamat ke pintu anda. Pada masa yang sama media sosial juga digunakan secara meluas oleh penipu dan penggodam untuk mencuri wang daripada akaun bank orang lain. Ramai yang kehilangan wang mereka dalam beberapa saat saja. Sangat menyedihkan apabila mendengar sesetengah percaya yang menggunakan media sosial untuk memfitnah orang lain. Contohnya, pastor atau pemimpin mereka dalam kumpulan sembang mereka.
Fokus Doa
1.Berdoa dahulu untuk bertaubat secara peribadi: Tuhan, ampuni saya kerana menyalahgunakan telefon pintar untuk memfitnah orang lain. Senaraikan nama orang yang anda fitnah melalui media sosial. Anda perlu melakukan ini secara peribadi. Ingat, Tuhan akan mengampuni dosamu (1 Yohanes 1:9).
2.Berdoa agar telefon pintar kita dipersembahkan kepada Tuhan supaya ia digunakan dengan bijak untuk membawa berita baik dan berdoa bersama orang lain melalui Zoom.
3.Berdoa agar generasi baru diperlengkapi dengan baik dan dipimpin oleh Roh Kudus. Berdoa agar mereka menggunakan kemahiran mereka dalam media sosial untuk membawa berita baik kepada orang lain. 4.Berdoa agar banyak kisah benar dan kesaksian yang luar biasa tentang Tuhan dapat dikongsi melalui media sosial.




Comments