top of page

Fokus Rohani Lawan Fokus Digital Generasi Maya


1 Petrus 2:9 “Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Tuhan sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib:”


Penggunaan Media Sosial Remaja Generasi Z Kajian mendapati, secara purata remaja generasi Z yang dikaji menggunakan media sosial selama 11.6 jam sehari. Data ini belum ditambah dengan penggunaan internet bagi tujuan lain seperti pencarian maklumat dan bermain game secara dalam talian. Penggunaan media sosial mencapai tahap yang kritikal apabila sebilangan remaja akhir memperakui bahawa mereka menggunakan internet selama 24 jam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak lapan (8) jenis aplikasi media sosial digunakan secara meluas oleh remaja yang dikaji iaitu Facebook, Youtube, Twitter, blog, Whatsapp, WeChat, Telegram dan Instagram. Secara purata, tempoh masa penggunaan media sosial yang paling lama dalam sehari oleh remaja ialah Whatsapp (4.2 jam). Ini diikuti oleh WeChat (2.6 jam), Facebook (1.8 jam) dan Instagram (1.8 jam)


Bagaimanapun, kajian mendapati, media sosial turut memberi implikasi yang negatif kepada kita dan remaja.


Antaranya:

1. Kurang kemahiran komunikasi secara bersemuka

2. Pembaziran masa di media sosial dan pengabaian tanggungjawab

3. Terdedah kepada maklumat/fakta yang salah

4. Kebocoran maklumat peribadi yang penting

5. Terdedah kepada fitnah, penipuan dan buli siber


RENUNGAN / KONGSIKAN PENGALAMAN ANDA / EVALUASI DIRI


Evaluasi kita :


Apakah beban hati kita untuk membangunkan gaya hidup generasi penerus dan anak anak kita ke arah kehidupan dan hubungan rohani yang sehat dan berkualiti?

Sejauh manakah kita sendiri sebagai orang tua / dewasa yang menjadi contoh untuk diteladani oleh anak-anak kita dalam cara penggunaan media setiap hari ?

Apakah ada gejala jurang hubungan fizikal dan kemesraan dalam keluargamu kerana kesibukan melabur peratus waktumu melayari di ruang maya?

Sejauh manakah peratus waktu dan masukan yang engkau beri di ruang maya telah menjadi pengaruh dan kesan untuk pertumbuhan rohanimu ?



BAHAN DOA:


Kita berdoa untuk sebuah Generasi yang takut akan Tuhan dalam gaya hidup supaya :

Adanya pembentukan budaya generasi penerus bermula dari bimbingan keluarga dengan nilai yang tinggi

Adanya dan teladan dari ibu bapa membawa mereka dalam disiplin dan prinsip hidup yang benar dan takut akan Tuhan

Mereka akan mengalami Tuhan dengan limpah melalui perbuatan, kekuatan dan kuasa-Nya akan diketahui oleh mereka.

Mereka akan suka dengan Firman Tuhan, dibentuk dan belajar dari sumber kerohanian di dunia maya

Mereka tidak akan mundur dari iman. Mereka dilindungi dari tertipu dan dari penyesatan di paparan dunia maya dan menjaga kekudusan

Mereka akan menjadi efektif dan berhasil dalam pelayanan dunia maya tanpa sempadan

Mereka bangkit sebagai pemimpin untuk mempengaruhi generasi muda melalui maya dan diberi sumber kreativiti untuk bersaksi di dunia maya

Mereka diberi hikmat dalam pengurusan waktu dan prinsip yang takut akan Tuhan dalam membuat pilihan jenis tontotan dan keterlibatan mereka dalam penggunaan media sosial atau aktiviti maya


Pr Dr Richard

Comments


bottom of page