top of page

Gunakan Kesempatan Itu Dengan Sebaik-Baiknya

ree

'Dia pun berseru, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!” ' (Lukas 18:38) AVB


Oleh kerana orang buta yang sedang duduk di pinggir jalan dan mengemis itu bertanya kepada orang ramai yang lalu di tempat dia mengemis, maka dia mengetahui bahawa yang sedang melalui jalan itu ialah Yesus orang Nazaret.


Setelah dia mengetahui bahawa peribadi yang lalu di tempatnya duduk dan mengemis itu ialah Yesus orang Nazaret, maka dengan segera orang buta itu mulai berseru kepada Yesus dengan suara yang nyaring, berkata, "Yesus, Anak Daud! Kasihanilah aku!" kerana dia percaya bahawa Yesus boleh menolongnya.


Dengan itu dia berseru kepada Yesus dengan suara yang sangat nyaring tanpa rasa malu dan tanpa takut terhadap orang ramai yang bersama-sama dengan Yesus. Mendengar seruan orang buta itu, orang ramai yang mengikuti Yesus mulai memarahi dia dan menyuruhnya berhenti berteriak.


Namun dia tidak peduli terhadap teguran dan kemarahan orang ramai terhadap dirinya, sebaliknya dia semakin berseru dengan lebih nyaring lagi. Sebab dia mahu sembuh, oleh itu dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk meminta pertolongan daripada Yesus.


Mengetahui bahawa Yesus sedang lalu, orang buta itu terus-menerus berseru kepada Tuhan untuk kesembuhannya. Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Adakah kita terus berseru kepada Tuhan dengan kesempatan yang ada?


Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk terus berseru kepada-Mu tanpa merasa takut dengan larangan orang ramai, dan berikanlah aku hati yang sentiasa berdoa kepada-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page