Hal Yang Menyedihkan Hati Kita
- Komuniti Digital 05

- 13 minutes ago
- 1 min read

'Yesus nampak kesedihannya lalu berkata, “Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah! ' (Lukas 18:24) AVB
Sewaktu pemimpin Yahudi itu mendengar perintah Yesus kepadanya supaya dia pulang dan menjual semua miliknya lalu memberikan wang itu kepada orang-orang miskin, sebab dengan berbuat demikian dia akan memperoleh harta di syurga. Namun hatinya menjadi sangat sedih kerana dia sangat kaya.
Secara peribadi dia mahu mengikut Yesus, namun untuk mengikut Yesus, dia perlu melakukan satu perkara iaitu “…pulang dan menjual semua miliknya lalu memberikan wangnya kepada orang-orang miskin. Dengan begitu kamu akan memperoleh harta di syurga. Kemudian datanglah kepada-Ku dan ikutlah Aku…”.
Apabila dia mendengar perintah Yesus itu, maka hatinya menjadi sangat sedih sebab dia sangat kaya. Hal ini bermakna kesedihannya terjadi kerana dia tidak siap untuk melepaskan apa yang dia miliki lalu memberikannya kepada orang yang lebih memerlukan (orang miskin).
Oleh yang demikian, untuk mengikut Yesus seseorang itu harus bersiap sedia untuk melepaskan sesuatu yang dia cintai dalam hidupnya demi mengikut Yesus. Sekiranya pemimpin Yahudi ini tahu bahawa segala yang dia miliki dalam hidup ini datang daripada Tuhan atau merupakan berkat Tuhan, pasti dia tidak merasa sedih melepaskannya.
Apakah yang menyebabkan hati kamu sedih sewaktu Tuhan memerintahkan diri kamu melakukan sesuatu…?
Doa: Tuhan, aku datang kepada-Mu, memohon pengampunan daripada-Mu atas segala kelemahan aku dan sikap aku yang tidak menyenangkan hati-Mu, Tuhan. Berikanlah kepada aku hati yang rela untuk melepaskan segala perkara yang menghalang aku untuk menghadap Engkau. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments