top of page

Hal yang Tuhan sukai


Kebanyakan orang pada hari ini, menyukai apa yang mereka dapat dilihat dan apa yang mereka dipegang atau sentuh, namun tidak banyak orang yang menyukai perkara yang tidak dilihat dengan mata secara jasmani pada hari ini.


Mari kita dengar apa yang dikatakan pemazmur kepada kita tentang yang disukai oleh Tuhan daripada kita “...Dia tidak suka akan kuda yang kuat, ataupun askar yang berani; tetapi Dia suka akan orang yang menghormati-Nya, orang yang yakin kepada kasih-Nya yang kekal.......” Mazmur 147:10-11


Pemazmur secara duniawi memiliki segalanya terutamanya kuda yang kuat dan askar yang berani namun itu bukanlah yang Tuhan sukai tetapi apa yang Tuhan sukai adalah hati orang yang menyembah-Nya dan yang percaya kepada kasih setia-Nya.


Ingat apa yang dikatakan 2 Korintus 4:18 Kami tidak memperhatikan hal-hal yang kelihatan, melainkan hal-hal yang tidak kelihatan. Sebab, hal-hal yang kelihatan adalah sementara sedangkan hal-hal yang tidak kelihatan adalah kekal.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana kasih dan anugarahMu yang tidak berkesudahan didalam hidup saya, didalamMu hati saya tenang dan damai, biarlah hati yang menyembah dalam hati saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page