top of page

Hamba Yang Dapat Dipercaya

ree

'Tuan itu berkata kepadanya, ‘Bagus sekali, hamba yang baik. Oleh sebab engkau telah setia dalam perkara kecil ini, aku akan menjadikan engkau penguasa sepuluh buah kota.’ ' (Lukas 19:17) AVB


Yesus menceritakan sebuah perumpamaan tentang seorang bangsawan dan hamba-hambanya untuk menjelaskan keadaan Kerajaan Allah yang dibawa-Nya ke dunia ini. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya bahawa Kerajaan Allah itu seperti “seorang bangsawan yang mahu berangkat ke negeri jauh untuk dilantik menjadi raja dan akan kembali".


Namun sebelum bangsawan itu berangkat, dia memanggil sepuluh orang hambanya lalu memberikan sekeping wang emas kepada setiap seorang daripada mereka. Dia berkata, “uruskanlah wang ini sehingga aku pulang”.


Sewaktu dia mahu berangkat untuk dilantik menjadi raja, penduduk negerinya mengirim utusan untuk menyatakan bahawa mereka tidak mahu dia menjadi raja mereka, kerana mereka membenci dan tidak menyukai dirinya.


Setelah bangsawan itu dilantik menjadi raja, dia pun pulang ke negerinya. Dengan segera dia menyuruh semua hambanya yang telah menerima wang emas daripadanya untuk datang menghadap. Dia mahu mengetahui keuntungan yang diperoleh mereka selama ketiadaannya.


Hamba yang pertama datang lalu berkata, “Tuan, satu mina tuan itu telah menjadi sepuluh mina”. Setelah mendengar laporan itu, raja berkata kepadanya, “Bagus sekali, hamba yang baik. Oleh sebab engkau telah setia dalam perkara kecil ini, aku akan menjadikan engkau penguasa sepuluh buah kota.”


Hal ini mengajar kita bahawa seseorang yang tekun dan setia dalam melayani Tuhan pasti akan diberkati dan menjadi berkat. Tuhan melihat kesungguhan dan ketekunan dalam pelayanan kita. Oleh itu Tuhan akan melimpahkan berkat-Nya ke atas hidup kita.


Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk melayani-Mu tanpa merasa lelah dan tekun dalam mengerjakan pekerjaan-Mu. Tuhan, ajarlah aku untuk melayani Engkau dengan setia tanpa merasa lelah. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page